Showing posts with label cerita peribadi. Show all posts
Showing posts with label cerita peribadi. Show all posts

Friday, 27 July 2018

Setelah lebih setengah tahun,,,

Assalamualaikum semua

Ada ke tak ntah la pembaca lagi.. tapi tak apalah kan.. ni blog aku maka aku punya suka lah nak tulis apa walau takde sesapa baca! heheh

Sebenarnya memang merudum tahap kerajinan nak update blog ni sejak tak berapa aktif berniaga online shaklee.. Sekarang lebih banyak offline je. Meniaga mary kay lak takde ajar suh ber blog bagai.. ikut cara memasing jer!
 
Aku ni tetiba rajin nak menulis kat sini sebab dah tiga hari aku mc. Berbaki lagi 21 hari mc yang perlu aku habiskan! Ahaks! yang perlu di habiskan kauuuu!! kau hado? haaa.. jangan jeles ye! Kisah kenapa mc panjang tu tak tragis mana.. Nanti lah kalau ada orang tanya aku ceritakan ye.

Zaman ni orang sibuk dengan twitter.. instagram.. aku sibuk nak urus blog sendu aku ni! korang tau kenapa? Sebab aku masih percaya blog  ni hubungan dengan rakan maya amat berpanjangan.. aku masih dapat kastemer melalui blog ni walau tak aktif menulis.

Blog kekal berpanjangan bertahun .. klik je tajuk apa nak.. kalau insta.. sakit jari kau scroll kak oii! twitter lak lagi la kan... menciap je la katakan...! Ciap sikit.. padam! hahaha

tu pendapat peribadi aku.. korang tak perlu setuju dengan aku.. dan korang pun takyah la kecam aku.. buat kerja yang lebih berfaedah hokey?

Chow dulu la.. coretan tghmalam aku sempena hari mc ketiga!

apapun.. korang masih minat nak sambal..nak shaklee..nak marykay.. jgn malu jgn segan contact aku ehh!! nanti rajin aku buat review produk ye!!


whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page Nelly's collection
Instagram idaally

Sunday, 19 November 2017

Menjelang berakhir nya 2017

Salam sahabat maya sekalian.. moga selepas ini blog ini tidak lagi bersawang. Saya akan usahakan membuat catatan walau sedikit. Sebagai empat luahan cerita dan juga aktiviti seharian dan tentunya untuk promosi bisnes la  kan.. Bisnes apa? Mary kay lah! shaklee tetap terus berlangsung cuma bukan lagi keutamaan. Samabl hitam juga masih berniaga sejak bertahun dulu tak pernah berhenti!

Menjelang hujung bulan ni saya tidak lagi berada di negeri pulau ini. Akan kembali semula di daerah impian saya di selangor sana. Cuma sehingga catatan ini di tulis saya masih menunggu keputusan pertukaran. Kalau menjelang akhir minggu sekolah tak dapat jugak.. kena fikir apa ayat  nak buat rayuan!

saya belum pernah merayu untuk pertukaran empat kali sebelum ni. Nanti kalau saya tak dapat tukar, harap ada kawan boleh share petua ye! hehehe! taknak menulis panjang cukup sekadar bahan bacaan ringan tentang kak nelly.

P/S:  nak try skincare yang owesome? moh ler!

whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page Nelly's collection
Instagram idaally

Monday, 27 March 2017

Dan sekolah pun bermula!

Salam dan semoga semua yang membaca di rahmati Allah..

Seperti biasa isnin di kaitkan dengan blues! kenapa kan .. Hahah! Korang fikirkan lah sendiri!

Entry ini saya tulis malam tadi. Nak on trak la kononnya satu entry dalam masa sehari..

Sempena hari pertama sekolah.. moh kita cerita pasal sekolah.. Saya pernah bersekolah di sebuah daerah yang saya kira sangat jauh di pedalaman. Di daerah itu saya belajar sampai darjah lima. Zaman saya sekolah rendah dulu saya aktif bersukan sampai pengsan pun ada sebab penat! Hahaha! Saya sangat aktif dan antara top student juga..

Bila naik ke sekolah menengah saya melalui zaman gelap ketika belajar di temerloh. tak aktif cuma sekadar pengawas sekolah. Pernah sampai satu tahap saya macam taknak dah sekolah. Dengan kenakalan dan jiwa yang memberontak ketika itu..saya rasa saya hanyut dengan dunia saya sendiri. Mujurlah ibubapa saya beri peluang untuk saya tinggal di rumah bapa saudara.

Bila di menengah atas saya suka masuk pertandingan forum lah.. pidato lah.. deklamasi puisi..penulisan esei dan macam-macam lagi..Dunia persekolahan saya perlahan. Saya bukan pelajar cemerlang lagi ketika di sekolah menengah. Saya pelajar yang melalui detik tingkatan enam,

Dannn..paling penting saya tidak berjaya untuk ke menara gading dengan result STPM saya. Lantaran pula ketika tu keluarga saya melalui detik sukar.. adik saya pun nak sambung belajar..

Cita-cita hendak menjadi doktor terkubur begitu sahaja apabila saya gagal untuk ke kelas sains masa tingkatan 4. Saya juga hanya sempat mengambil kelas perakaunan selama 6 bulan sahaja.

tapiiii.. Siapa sangka setelah enam tahun meninggalkan alam pelajaran secara formal..saya terdetik untuk menyambung pelajaran. Ketika itu ekonomi sangat teeruk. saya di berhentikan kerja. lalu terfikir untuk sambung pelajaran. Kebetulan pula bidang pekerjaan yang saya ceburi melayakkan ianya di kira sebagai pengalaman bekerja yang formal..

Lalu bermula lah langkah saya sebagai mahasitua di universiti!

okay... nanti saya sambung lagi ye..moralnya di sini.. bijak awal persekolahan belum tentu bijak sehingga hujungnya. Juga tak bermakna selepas abis sekolah tak lepas masuk universiti memang peluang tu dah teertutup rapat. itulah yang di katakan masa depan kita tak tahu.. semua rahsia Allah..

hokey.. macam biasa cari saya untuk sihat.. cari saya untuk cantik! 0125656086



Monday, 12 October 2015

Doktor Nelly Ali!



Salam sahabat sekalian


Korang tau tak? Beberapa hari ni saya habiskan memblog walking.. pergi lawat blog-blog tersohor! Nampaknya semua blog yang tinggi rankingnya tu adalah blog anak dan tak pun baru jadi mak dara yang cun melecun!


Agak-agaknya bagi orang yang tak cun macamana ye nak tarik perhatian orang untuk datang melawat blog kita hampir setiap hari? Beribu-ribu pulak tu! Hmmm... Setelah berfikir seketika saya memutuskan.. berpijak pada bumi nyata.. jadi diri sendiri. Perbezaan umur dan target membina blog juga berbeza.


Sebenarnya saya sendiri tidak mensasarkan blog saya akan jadi popular. Cuma saya perlu ada blog kerana bisnes kecil saya yang bernama SHAKLEE! Sebelum saya join Shaklee rasanya ada dah dua ke tiga blog saya.. yang sudahnya bersawang je jadinya.. blog ini lah satu-satunya yang bertahan lebih setahun dan agak aktif walau adakala bersawang juga!


Saya terfikir satu cara  yang mungkin membolehkan orang terus berkunjung ke blog saya iaitu novel online. Secara tidak langsung saya mungkin boleh menjana pendapatan sendiri secara online! Saya memang minat menulis. Dari yang seringan-ringan bentuk penulisan sehinggalah kepada sepenunya ilmiah yang berat kepala untuk difahami!


InsyaAllah saya akan usahakan kelangsungan blog saya untuk sesuatu yang lebih berguna untuk saya dan untuk anda juga. Mana tahu kan? Dengan usaha saya dalam waktu terdekat ni saya mampu mengumpul dana untuk mendaftar sebagai pelajar lagi sekali bagi mendapatkan ijazah kedoktoran atau dalam bahasa mudahnya PHD pula?! Saya sangat berharap saya mampu untuk mendapat gelaran doctor di depan nama saya dalam masa beberapa tahun ni..InsyaAllah..

Doakan saya ye! 


Sunday, 11 October 2015

mencintai UPSI



Salam sahabat maya sekalian.. santai-santai hari minggu ni saya bawakan coretan kepada kisah diri sendiri. Semoga boleh di jadikan sumber inspirasi untuk kalian juga. Moga ada sedikit ilmu yang bermanafaat juga.

Saya kongsikan pengalaman saya menyambung pelajaran peringkat ijazah pertama kepada ijazah lanjutan di university  yang  sama. Saya selalu dengar ada yang menyatakan universiti yang sama sahaja kita belajar macam tidak mencabar kita lagi. Kadang-kadang ada juga terdengar suara sumbang mengejek.. sudah lah di universiti yang sama... Universiti Pendidikan Sultan Idris pulak tu!

Sebenarnya pada pandangan peribadi saya sendiri setelah saya alaminya, belajar di universiti yang sama adalah lebih memudahkan kita untuk serasi dengan sekeliling. Cabaran untuk menyiapkan tesis tidak sama dengan cabaran kita hanya ke kelas setiap hari. Jadi perlu ada keserasian dengan persekitaran kita barulah kita akan rasa selesa dan mood belajar pun tidak kelaut!.

Dulu saya rasa sedikit kecewa bila ramai jugak yang memperlekehkan universiti tempat saya belajar. Tetapi setelah dua ijazah saya dari sana.. saya semakin bangga menjadi salah seorang alumni UPSI. Kami di panggil ibu kandung suluh budiman. Dari sana lahir pendidik yang mendidik generasi masa kini. Jadi mengapa sayah arus malu? Betul tak?

Saya rasa selesa di sana. Walau jarak tempat tinggal saya untuk kesana memang jauh tetapi saya sudah bulatkan tekad, ijazah kedoktoran saya juga bakal di kurniakan dari universiti yang sama. Bukan universiti pengukur minat dan kehendak kita untuk belajar, tetapi kelangsungan kesanggupan kita meneruskan cabaran untuk belajar setinggi mungkin!

Semangat saya belum pernah pudar.. untuk ke peringkat tertinggi dalam bidang ilmiah saya dan juga dalam bisnes Shaklee saya! Jangan takut dikatakan tamak  kerana kita bukan tamak jika semua benda kita mahu yang terbaik tetapi kita adalah seorang yang sentiasa positif kerana memikir sesuai yang berkembang bukannya menguncup!

Fikir-fikirkan lah! Sambil tu kalau nak suplimen Shaklee jangan lupas saya SID anda!



Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

Saturday, 3 October 2015

Setelah lima bulan berlalu....

Salam sahabat sekalian..

Rasanya bersawang dah blog kecil ini kerana tiadanya post baharu. Bukan kerana tiada idea. Tetapi lebih kepada kekangan masa untuk mengadap PC. Hendak update dengan h.set belum berapa mahir! Semoga rakan taulan dan stalker semua gembira membaca coretan saya yang berikutnya dan seterusnya ya!


Mulai coretan ini saya ingin biasakan gantinama diri SAYA bukan lagi AKU. Agar rasa mesra pada yang tidak pernah mengenali saya...

Mahu kongsikan apa ye?

Rasanya banyak yang telah berlaku sepanjang lima bulan ini. Pertama yang paling gembira saya telahpun menamatkan sesi pembelajaran sarjana saya! Saya sangat berterima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr Ing Maizatul Hayati Mohamad Yatim. Seorang pensyarah yang sebaya saya.. dan telah mempunyai ijazah kedoktoran lebih 5 tahun lalu. Sangat memahami dan tidak pernah menyinggung perasaan saya sebagai student 'tua' ni!

Selepas ini  melangkah ke alam Phd... InsyaAllah.. Tapi buat masa ini saya mahu melapangkan sejenak fikiran yang sudah lama sarat dengan bahan yang berat kandungan ilmiahnya.


Bercerita tentang bisnes kecil saya pula... hmmm.. agak suam kerana kemahuan dan kehendak saya lebih kepada untuk menghabiskan sarjana saya. Tetapi tidaklah sampai saya langsung tidak memikirkanya. Saya telah membuat satu kesimpulan kenapa saya tidak boleh pergi jauh dalam biznes ini dalam masa yang singkat seperti beberapa orang master di atas saya. Saya tidak ada perancangan untuk berhenti kerja secara total! saya hanya merancang untuk ada bisnes yang berterusan tanpa target yang keras!

Sungguhpun begitu.. saya masih berharap saya akan terus ada momentum yang baik untuk meneruskan bisnes shaklee dan juga keinginan untuk penymabung pelajaran saya lagi.

doakan saya ye rakan taulan!

dalam masa sama .. jangan lupa.. saya pengedar sah shaklee..!!


Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally



Wednesday, 7 January 2015

berfikir di luar kotak

Semoga kehadiran hari ini adalah lebih baik..lebih indah dan lebih bermakna dari semalam. Dan jangan bawa duka semalam ke hari ini kerana ianya bisa merosakkan selautan rasa kita untuk mengharungi hari ini dengan aman....

Kali ini aku kongsikan buah fikiran aku yang tengah serabut menyiapkan pembetulan ni. Kali ni tentang berfikir di luar fikaran yang biasa. Aku coretkan ini sebagai luahan rasa aku yang selalu sangat dengan orang sekeliling meremehkan usaha aku untuk menyambung pengajian yang tak kunjung selesai ini. Coretan aku ini adalah dalam ruang lingkup aku sebagai seorang guru yang berkhidmat dalam kerajaan persekutuan!

Sekarang ni masih ramai lagi yang beranggapan belajar selepas mendapat pekerjaan yang terjamin dan tidak membawa pulangan apa-apa dalam bentuk wang ringgit adalah pekerjaan sia-sia. Seolah-olah perkara itu adalah perbuatan yang membazir.. membazir masa..membazir duit, membazir tenaga. tak tahu lah berapa ramai yang masih berfikir sebegitu bila 2015 ini menjengah!

Aku mengajak berfikir di luar kotak tu adalah kerana.. jangan fikir terlalu sempit. jangan fikir tiada gunanya sampai bila-bila pengajian tu. terkini mulai 2014.. tangga gaji permulaan untuk DG41 dah pun berbeza antara yang ada ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran! haaa.. bayangkan kalau dulu korang yang muda-muda tu terus je sambung pengajian sarjana.. sekarang masuk ke perkhidmatan awam.. gaji yang selalu jadi topik utama tu memang berbeza. 

aku sebenarnya ingin meletakkan diri aku berada dalam keadaan selamat pada masa akan datang. selamat dari segi perkhidmatan maksud aku. selain dari mengejar cita-cita yang terhenti suatu ketika dulu. bayangkan suatu hari nanti aku dah takde minat langsung nak belajar.. tiba-tiba wajib guru menengah mempunyai sarjana. kala itu aku pasti aku antara yang akan menerima kesannya. aku sayangkan kerjaya aku. dan aku mahu aku relavan dalam perkhidmatan aku sampai aku pencen!

pada masa yang sama belajar membuatkan kita mahu tak mahu perlu membaca sebanyak mungkin bahan rujukan.. minat membaca aku tak mati sampai bila-bila. aku memang suka membaca. walau sekarang minat untuk membaca bahan ringan seperti novel adalah sangat terhad tetapi pembacaan ilmiah yang aku lakukan hampir setiap hari membuatkan otak aku sentiasa berfikir ke arah positif dan buat otak aku menjadi segar!






Monday, 5 January 2015

Terkejut!

Salam semua! terkejut?

sebenarnya saya terkejut dengan bacaan gula yang semakin stabil. beberapa hari lepas saya ke farmasi untuk memeriksa bacaan darah tinggi.. Alhamdulillah semua ok.. baik baik sahaja.. dalam masa sama saya ambik peluang untuk check kencing manis sebab strip di rumah telah habis. lama jugak dah tak check kencing manis ni..

saya selalu merasa kaki dan tangan kebas di waktu malam.. ada orang cakap tu tanda kencing manis tinggi. tapi tidak pulak berlaku pada saya. bacaan kencing manis saya..ok-ok saja. saya rasa mungkin di sebabkan oleh hobi saya makan ais! ais bagi saya macam biskut! so.. sejuk melanda.. dengan usia yang dah menjangkau 41 tahun ni.. rasanya badan makin tak tahan dengan sejuk.. apatah lagi tidur dalam aircond sentiasa!

sebenanrya bukan senang nak dapatkan bacaan gula yang stabil dalam keadaan saya yang makan takde pantang larang.. teh tarik.. nasi minuman manis.. memang hobi! kadang ada rasa.. kalau tetiba aku mati.... tapi selalunya fikiran tu cepat berlalu apabila memikirkan.. tu semua urusan Allah..

tetapi.. sempena 2015 ni saya berazam untuk cuba mengekalkan pengambilan suplimen yang sangat membantu saya ni di samping nak menjalankan diet! InsyaAllah saya akan mencubanya dengan jaya demi kelangsungan kesihatan yang baik.. Sebenarnya saya berhajat untuk stop pengambilan suplimen ni sebab harganya agak mahal.. tetapi kebetulan bulan ni PROMOSI produk berlangsung! saya pun tak jadi lah stop..!

Nak tau apa suplimen yang saya maksudkan? meh la pm saya di number 0125656085.. saya kongsikan pengalaman saya menggunakan produk ini sejak hampir setahun yang lepas 




Sunday, 4 January 2015

kenangan terindah

Assalamualaikum sahabat sekalian.. kali ini aku kongsikan pengalaman paling manis aku sebagai seorang ibu..

rania menghadiri sesi orentasi hari ni.. mulanya dia excited masa kat rumah. tapi bila singgah minum pagi tetiba dia mula muncung! bila aku tanya kenapa jawabnya kakyong macam takut sikit! aku gelakkan je la.. lalu aku cakap .. kan nak masuk ceria popstar.. mana boleh takut! kemudia dia ceria kembali..

indah sekali pengalaman menghantar dia ke sekolah. tengok gelagat dia yang berani.. walau tak de seorang kawan pun dia kenal di sekolah tu. maklum lah dia bersekolah tadika di teluk kumbar.. sekolah di balik pulau memang takde kawan lah dia.

anak aku ni memang perangai berani. anak  yang aku panggil anak niat! menunggu kehadirannya pahit manis aku lalui hampir 4 tahun. selepas tiga kali keguguran.. barulah dia lahir dengan selamat dan melengkapkan impian aku menjadi seorang ibu
.

perangai dia ni mak aku cakap memang menurun aku.. bijak berkata-kata. pemikirannya dah sampai kepada aras aplikasi.. bukan lagi tahap tahu dan faham sahaja.. ceria keluarga kami memang dengan keletah dan isu-isu dia je lah.. di samping adik dia yang manja tu..

jangan taktau.. anak aku yang sorang ni suka makan vit C chewable tau! dia ckp SHAKLEE bagus! hahaha! like mother like dotter!

Friday, 2 January 2015

Malam pertama

Salam sahabat maya sekalian..

Tajuk gempak kali ni eh! sebenarnya tidak ada kena mengena dengan sesiapa! Malam pertama yang saya maksud kan adalah malam pertama di tahun 2015 ini. itu sahaja..

ketika saya menulis entry ini saya masih belum tidur kala jam menunjukkan 2.00 pagi.. masih berbaki pembetulan yang belum di buat untuk tesis saya. Lelah memikirkan kena menghantarnya sebelum ahad ini.. tapi lelah juga jika tidak beriklan tentang SHAKLEE!.

saya sukakan bisnes saya.. dalam masa sama saya ingin menggapai impian agar suatu hari nanti akan bergelar dr norlida ali. begitu besar harapan..seiring dengan begitu besar cabaran dan dugaan yang perlu saya hadapi..

saya pernah balik jam 1 pagi turun dari keretapi ketika tinggal di batu gajah dahulu semata-mata menghadiri kelas yang habis jam 11 mlm.. ketika itu anak saya rayyan masih kecil.. belum pun setahun umurnya.. kini anak saya telah berusia 4 tahun lebih.. saya masih belum menyempurnakan pengajian saya.. kadang-kadang timbul rasa menyesal kerana menukar mode program dari kerja kursus ke mixmode.. tapi semuanya sudah tersurat.. 

kata-kata panel penilai semasa sesi pra viva baru ni menusuk ke kalbu saya.. mereka kata jika saya membuat kerjakursus.. kertas projek saya done! takde pertikaian! tapi di sebab kan saya mengambil mod campuran.. segalanya perlu di detail kan lagi.. aduhai.. ni baru master! kalau Phd nanti bagaimana? sesekali rasa putus asa.. takmau dah menyambung pengajian lepas nih.. tapi.. keazaman untuk melangkah setapak je lagi masih ada berbaki di sanubari saya..

saya suka yang membaca entry saya mengambil semangat dan keazaman saya.. tetapi kalin perlu lebih nekad dari saya kerana waktu saya ambil untuk menghabiskan tesis selama 5 semester agak lama.. sungguhpun begitu saya tetap bangga dengan diri sendiri.. kerana saya bekerja..bekerluarga..tanggung semua perbelanjaan sendiri!

ok lah.. semangat kena membara selalu.. seperti semangat malam pertama!

Monday, 3 November 2014

masak sambal suka-suka!

salam sahabat sekalian.. sapa suka sambal? hahaha!! aku tetiba jadi penjual sambal.. syok la jugak.. tapi ntah la sampai bila suka tu.. penat weh!!

sambal ni nama dia sambal hitam pahang.. selalu orang buat campur belimbing buluh.. akan rasa masam dan kalau tak terlalu manis sebb tambah gula untuk ubah rasa masam tu.. versi aku ni biasa je.. tapi nak masaknya.. huhuhu!! mencabar kesihatan kaki dan tangan! kahkahkah!

sebab apa aku cakap gitu? sebab nak mengacau hampir 4 jam tu bukan semua orang sanggup.. tenaga kaki.. ketahanan tangan.. semua main peranan.. tapi.... nasib lah shaklee ada kan.. ajht..oste.. sangat membantu menyediakan kesihatan kaki yg sagat bagus!!!

entry kali ni pendek je.. tapi padat ok!

korang nak  tau resepi sambal ni .. haaaa!! meh whatsapp..012-5656085 sambil beli shaklee!!

Thursday, 9 October 2014

mencari dan menjadi yang terbaik

Salam sahabat sekalian.. sekali lagi kita bertemu di medan ini.. semoga kita sentiasa baik-baik sahaja.


kali ini aku coretkan harapan dan impian kehidupan aku yang dah pun berumur 40 tahun pada 2014 ini. umur yang dah memasuki era orang tua. era 4 series. ketika ini aku amat bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang aku hadapi adalah bahagia atas bertahun derita yang aku harung penuh onak dan duri. kalau nak di ceritakan pengalaman pahit dan kedukaan silam memang tak pernah habis. tapi aku dah mampu tinggalkan memori itu di satu sudut hati aku yang paling dalam.. hendak melupakan terus adalah mustahil kerana aku manusia yang punya akal fikiran..

kehidupan aku kala ini aku teruskan dengan rasa bahagia disamping keluarga tersayang. mencari yang terbaik untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik. itulah harapan aku setiap hari.. menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik bukan semudah menuturkannya. kerana manusia memang takkan melupakan siapa kita pada masa silam dengan mudah. walaupun siapa kita pada masa silam tidak penting, yang penting adalah siapa kita hari ini dan akan datang boleh diperbaiki hari demi hari.

kita tidak boleh hidup dengan gembira andai terlalu menangisi masa silam yang kelam. itu adalah prinsip aku. kalau aku ikutkan rasa duka rasanya aku tidak mampu untuk segembira sekarang. duka yang terbit dari kekhilafan dalam mengharungi kehidupan seharusnya kita jadikan ikhtibar dan rangsangan untuk kita menceriakan hari-hari mendatang bersama orang baru.. suasana baru dan azam baru..

so.. sebagai sahabat.. walau kita saling tak mengenali.. mari aku bawakan korang berfikir sepositif yang mungkin! kerana bersikap positif sentiasa akan membuatkan kita di lingkungi aura positif. salah satu cara untuk menjadi positif adalah berkawanlah dengan mereka yang sentiasa positif!

sekian.. moga bermanafaat walau sebesar zarah!


Sunday, 5 October 2014

raya dan dua hari yang sepi

salam sejahtera sahabat sekalian.. selamat hari raya aidil adha di ucapkan.. rasanya masih belum terlewat mengucapkannya.. setelah bisu tanpa bicara dua hari.. kita bertemu lagi.. kesihatan yang tidak berapa baik menyebabkan tiada bait kata mampu di lontarkan.. nak pulak sekarang laptop sahaja yang boleh menembusi wifi manakala desktop dah mula buat perangai. dengan telefon pulak aku selalu gagal untuk menghantar berita ke sini..!

malam ni takde cerita rasmi yang nak di kongsikan. sekadar cerita rasa hati yang semakin tua ini menyambut hariraya. untuk pertama kali aku beraya hanya bertemankan anak-anak yang tidak tahu apa-apa. suami aku bekerja akan balik esok pagi. so.. pagi raya tadi aku takde rasa pun hariraya.. hanya seawal pagi tadi aku menelefon mak kat kampung. dia ceria sahaja bunyinya. ye lah.. hanya aku seorang yang tak balik. adik-adik yang lain semua ada di kampung. nasib lah ni raya haji.. kalau raya puasa mustahil aku akan tunggu macam ni kat rumah!

selalu dulu masa awal kawin aku takde anak.. di kajang.. pasti akan balik raya mana pun.. masa duduk di perak pernah sekali suami kerja jugak pada hari raya.. tapi aku ada bibik indon yang menemani aku dan anak-anak.. tahun lepas pertama kali beraya di penang tapi adik aku kakteh dan ibu aku ada di sini menemani aku berhariraya. jadi tahun ni paksa rela.. beraya lah tiga beranak je.

tiada persiapan langsung yang menggambarkan suasana hari raya. semalam aku berhajat nak membuat rendang ayam.. tapi pergi pasar punya la ramai orang beratur nak beli ayam! sudahnya aku balik dengan santan..kerisik dan serai yang sebeban!! ayam takde! 

pagi tadi seawal tujuh pagi suami aku dah keluar bekerja.. aku sambung tidur sehingga anak-anak bangun! kemudian bersiap untuk ke rumah pengasuh anak-anak aku. kat rumah pengasuh yang aku panggil kaksu ni lah merasa makan rendang.. lemang dan ketupat.. kebetulan pulak hujan je.. so .. mood nak berjalan tu takde.. terbantut.. balik dari rumah kaksu hujan renyai.. aku sambung tidur lagi!! mewah dengan tidur hari raya aku kali ni!

sehingga detik aku menulis ni.. tiada aktiviti menarik.. anak-anak mengadap movie.. aku mengadap lappy.. dengan mood yang kurang dan dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan....

 

 

Thursday, 2 October 2014

kelangsungan yang belum selesai

selamat wahai sahabat sekalian.. kali ini aku bawakan kisah peribadi yang sedang aku hadapi.. tak menarik tapi elok sebagai pengajaran berguna kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran. kisah study aku ni dah berlarutan hampir empat tahun. aku sendiri sudah mula naik bosan bila memikirkan kesudahannya. sesekali terdetik nak tukar mod pengajian kepada kerja kursus. tetapi aku perlu menghadiri kelas untuk dua semester lagi lah pulak!

jumaat baru ni aku dikejutkan dengan berita bahwa notis untuk VIVA yang aku hantar rupanya tak lengkap.. dah lebih sebulan fakulti tidak dapat hubungi aku kerana aku tukar number fon. aku sebenarnya rasa pelik la jugak sebab supervisor aku tahu number aku. aku guna whatsapp dan facebook berhubung dengan supervisor aku. sudahnya aku anggap saje lah dia terlepas pandang nak maklumkan. sekarang pulak dia dekan fakulti lagilah sibukkan. bersangka baik adalah terbaik dan harap yang akan jadi pun baik-baik belaka.

sekarang aku tengah memikirkan mcamana nak pergi ke tanjung malim dalam masa terhampir.. dah la baru saje membayar yuran semester ni. sekarang kena lagi bayar sebanyak 600 yuran untuk VIVA. aku tengak klasifikasi yuran tu tulis yuran peperiksaan! aduhai.. macam-macam.. so.. semester ni kena keluar 930 untuk selesai semua. apakan daya kan.. kehendak hati punya pasal.. ku turut kan jua!

nampaknya mungkin aku perlu naik train untuk kesana. mengulangi rutin semasa aku mengadap kelas setiap hujung minggu masa semester pertama dan kedua 3 tahun dahulu!

aku amat berharap semester ni adalah semester terakhir. sebab dah terlalu lama rasanya berada di takuk ini. terhenti terlalu lama membuatkan ruang masa yang ada menjadikan aku rasa makin jauh untuk menyambung pelajaran pada peringkat kedoktoran pula.. usia dah mula menyentuh kaki senja ni..! aku harap impian dan harapan ini takkan berkubur besama semangat yang dah mula goyang..

doakan kejayaan aku ye kengkawan. terima kasih aku dahulukan!

Friday, 26 September 2014

ahli politik vs pengedar shaklee

salam sahabat maya sekalian.. moga terus seronok membaca coretan tinta bisu aku nih.. kali ini aku nak kongsikan cerita yang agak berbeza dari biasa. Tak pernah lagi sentuh hal ni dalam penulisan maya ni.. kisah ni rentetan dari berbual dengan seorang bekas pelajar yang menceburkan diri dalam bidang politik. Pelajar ni aku ajar dia masa dia form 1 dan form 2 masa di kajang. syamil azmim nama student ni..

dia ni aku kenal sebagai seorang yang periang.. senang memberi kerjasama dan dia seorang yang sangat berminat dengan komputer.. ingat lagi di awal aku di skolah tu.. aku jadi guru penyelaras ICT.. di selangor kalau pasal ICT sekolah memang up to date.. kursus sampai ke pangkor.. kuantan.. melaka.. dalam usaha memperkasakan ICT.. masa tu penyelaras ICT di arahkan menubuhkan briged cyber. ni macam kata pengawas ICT la.. dan dia ni antara pelajar lelaki melayu yang ke depan memberi kerjasama di saat semua pelajar lelaki lain menikus. 

setahu aku ayahnya memang seorang yang boleh dikatakan pakar dalam bab komputer ni. syamil ni juga berbakat dalam teater. dan aku tak boleh lupa pasal dia.. dia ada 'klik' di sekolah. yang nyata bukan klik yang tak baik lah. klik kaki meronda time rehat.. mesti dia kelihatan berjalan sekumpulan dan dia macam raja yang di iringi dayang-dayang! aku dengan sorang lagi rakan sekerja selalu cakap.. tengok tu.. syamil dan dayang-dayangnya!

dia ada otak yang boleh tahan dalam akademik.. tapi tak mahu berpindah ke kelas yang lebih baik. alasannya tak suka!

itu cerita dulu. cerita dia semasa awal persekolahan menengahnya. malam tadi aku tanpa sengaja terlihat wall facebook nya.. wah! tak sangka .. seusia 21 tahun dia sudah mula melibatkan diri dalam politik. bertanding untuk parlimen putrajaya bagi jawatan belia. aku sendiri kurang pasti pertandingan macam mana pada awalnya. bila dah bersembang dengan dia rupanya memang baru di wujudkan satu lagi sayap dalam parlimen untuk wakil belia. itu penerangannya pada aku. dan dalam sembang singkat aku dengan dia, dia cakap dia memang aim untuk jadi ahli politik pada usia 23 tahun. dia sudah mempunyai syarikat sendiri dan bergerak aktif.. bukan sekadar pada nama dan pendaftaran sahaja.

semoga dia terus sukses. aku yakin dia boleh jadi pemimpin yang di senangi. sikapnya yang mudah mesra dan pandai bergaul serta senang memberi kerjasama dah ada dari awal usia remajanya.

tu kisah anak murid aku..

kisah aku lak berkaitan dengan politik ni.. sebenarnya aku memang berbakat ke arah itu.!! hahahaa!! puji sikit diri sendiri. ramai yang mengatakan aku berkemampuan bercakap untuk pengaruh orang. dan abah aku adalah orang yang nak sangat tengok aku memasuki era politik! dulu sebelum aku bergelar guru dia akan bertanya setiap kali aku pulang ke kampung.. dia akan tanya.. 'dah masuk ke jadi AJK mana-mana cawangan UMNO! huhuhuhu!

sebenarnya.. pada awal memang aku ada rasa seronok nak join.. tapi bila usia makin meningkat.. persepsi aku terhadapa politik berubah.. dan minat tu tidak aku asah dan kembangkan. aku biarkan sahaja ia berlalu. sememangnya minat bercakap dan berhujan adalah kekuatan diri aku.. tapi politik bukan medan aku mengasah minat tu nampaknya. aku bercita-cita untuk menjadi peguam pada asalnya. tapi terjerumus ke bidang grafik. menjadi guru bukan pilihan aku.. tetapi bila aku masuk ke UPSI yang tanpa sedar rupanya wajib posting ketika itu, menjadikan minat itu datang dan bercambah hari ke hari..

sebagai pengakhirannya aku merasakan menjadi pendidik adalah medan untuk aku mengasah dan mempertajamkan bakat dalam berhujah dan berkata-kata. bak kata pelajar aku.. aku suka PAKU orang. yang bila aku siasat maksud paku tu adalah mematikan cakap orang. mungkin dengan pelajar lain.. dengan orang dewasa lain. tapi berpaksikan pada ketentuanNya.. aku yakin memang menjadi pendidik adalah medan terbaik aku. dan aku bercadang mengembangkan bakat untuk menjadi motivator selepas ni..dalam masa sama mendalami bisnes shaklee juga pengisian dalam rutin kehidupan aku. siapa tahu.. aku akan resign sebagai guru sepenuh masa.. menjadi motivator dan bisnes woman yang berjaya!!!


doakan ye!


SYAMIL - pelajar yang di maksudkan.







Monday, 22 September 2014

duka di hati tiada siapa yang tahu...

salam sahabat maya sekalian.. bertemu lagi kita di bait-bait kata tanpa suara ini.. aku tahu setiap hari memang ada pengunjung setia yang akan membaca blog aku ni.. tapi belum ada yang berani berkenalan dengan aku dengan lebih dekat lagi! hehehee! takpe .. aku masih sabar menanti..

kali ini aku kongsikan kisah warna warni yang berada disekitar kehidupan aku dan keluarga terdekatku.. tiba-tiba ketika memikirkan entry apakah yang aku nak buat untuk skop peribadi kali ini teringatkan kisah saudara-saudaraku yang pelbagai situasi.. dan situasi paling orang suka nak tau atau nak baca atau nak kutuk dan isu yang tak pernah sunyi dan tak pernah basi sejak lama dulu adalah POLIGAMI.

ramai yang menuding jari ke arah yang menjadi isteri kedua jika membincangkan isu ini. sedangkan tiada salahnya menjadi isteri kedua. ramai juga yang mengatakan suami orang tu gatal kalau beristeri lebih.. sedangkan dalam islam ia adalah halal. terpulang pada diri masing-masing untuk menilai dan melabelkannya.

sekadar pandangan peribadi dari pengalaman dan persekitaran aku.. (tak perlu boikot ye.. aku takde kepentingan menulis entry ni) ada je keluarga aku yang aman damai walau berkongsi suami.. tapi tak kurang jugak yang porak peranda dan karam di lautan huru hara!

ada saudara aku yang duduk serumah dengan dua isterinya.. aman je.. rasanya lebih 15 tahun dah begitu.. takde pulak perang dunia terjadi antara mereka.. ada yang tak tinggal serumah.. tetapi madu datang hari-hari kerumah isteri tua untuk hantar baby yang di jaga bibik di rumah isteri pertama.. dan ada yang berpuluh tahun kawin rahsia sehingga meninggal baru pecah rahsia! semua tu kisah yang berlaku pada orang yang memang wujud di alam realiti aku. ini kisah benar.. bukan rekaan!

itu kisah yang aman..

kisah tak aman rasanya tak perlu lah aku huraikan sebab banyak sangat dah kita baca pasal kisah tak aman dalam poligami ni. Sebenarnya aman ke tak dalam poligami adalah berpunca dari peranan masing-masing. suami terutamanya tidak boleh berat sebelah. isteri tua tidak boleh membolot sangat dan isteri muda memang kena banyak beralah.. kalau semua pelaku-pelaku ini membawa peranan masing-masing dengan baik.. dan bersangka baik.. huru hara tu akan semakin sepi bila lama dah bersama makin serasi..

cuma.. dalam hati hanya pelaku berkongsi dengan Allah sahaja.. bak kata salah seorang saudara ku yang bermadu.. aku mengatakan dia sangat baik kerana isteri kedua suaminya dia yang pinangkan.. hantaran kawin dia yang sediakan.. jawapan nya segar di ingatan aku.... HATI KITA AWAK MANA TAHU!

Ada nak kongsi pengalaman?


Silakan whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally


Monday, 15 September 2014

shaklee, artis dan aku

salam sahabat maya sekalian..

hari ni isnin dah.. sekejap lagi aku nak bertolak balik ke kampung ku di pahang. sebelum tu nak aku coretkan buat tatapan kalian sebagai sajian untuk korang tersenyum sumbing bila membaca blog aku ni! hehehe!

shaklee rasanya takde duta tertentu untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk dia. tapi secara tidak langsung.. pengakuan artis macam ayu raudhah mengatakan pengambilan vivix membantu penjagaan kesihatan dia.. so.. ada la juga sumber promosi dari kalangan artis!

tu kisah shaklee dan artis..

ni kisah aku dan artis lak! hahaha! aku sangat sukakan hiburan suatu ketika dulu. sanggup redah ladang sayur dan di kejar anjing semata nak tengok konsert wing! sanggup datang naik bas  ke KL nak cari umah artis! bayangkan lah kegilaan aku terhadap hiburan..! tapi tu suatu ketika dulu la ye, zaman jahiliah aku..

paling aku tak boleh lupa .. aku adalah peminat tegar kumpulan SLAM..! aku amat meminati lagu-lagu diaorang. dan peluang aku terbuka luas untuk berbaik dengan diaorang secara alam realiti kerana ketika zaman mereka popular.. aku bekerja dalam bidang penerbitan majalah hiburan!

kemana sahaja aktiviti mereka aku akan ikut. kalau jauh aku sanggup ambik cuti tu!! sudahnya dari sekadar peminat dan artis.. aku jadi sahabat diaorang.. bertahun jugak lah aku rapat dengan diaorang dan sekali dengan pengurus diaorang dan PR diaorang.. abg johan dan kak yati pun baik orangnya..

itu kisah berbelas tahun dulu.. sekarang seiring dengan peningkatan usia.. dan kerjaya yang berbeza.. dunia hiburan bukan lagi satu kegilaan buat aku. perubahan diri dan situasi kerja aku sekarang tak pulak bawak aku membenci segala benda berkaitan hiburan.. aku masih berkawan dengan rakan-rakan yang bekerja sebagai wartawan hiburan.. menghormati kerjaya dan minat depa..

aku bukan sesiapa nak menghukum kehidupan dan kerjaya mereka. aku adalah manusia biasa.. yang hidup untuk terus saling menghormati dan melengkapi .. 

p/s kengkadang kan.. aku rasa aku syok sendiri je mengarang entry.. tapi aku tau ada orang suka baca sebab setiap hari viewer naik bilangannya!! wakakakka!!

Sunday, 14 September 2014

kisah duka ulang berulang

salam pagi minggu yang aman damai..

kisah duka ulang berulang memang ada terjadi pada seseorang. Kadang-kadang kita rasa orang tu punya lah baik.. tapi nasib dia selalu malang. ada jugak kita jumpa kehidupan orang tu memang haprak la orang cakap.. sembahyang tidak .. dengan mak ayah pun biadap.. tapi hidup dia sukses  jer! sakit hati kan?

aku nak kupas cerita kisah duka ulang berulang je.. yang satu lagi tak menarik sangat nak stori!

kisah motivasi ni untuk aku jugak.. dan berdasarkan pengalaman aku jugak.. so .. lahirlah coretan ini.

sebagai permulaan jika kisah duka asyik menyelubungi hidup kita.. kita kena yakin dan percaya.. semua itu ada hikmahnya.. dan aku selalu mengingatkan diri sendiri juga.. duka yang datang mungkin sebagai penghapus dosa-dosa kecil kita.. dan adakalanya mungkin.. aku letak MUNGKIN ye.. mungkin kita pernah buat orang lain juga berduka. seolah dalam part ni aku gambarkan kisah duka tu adalah BALASAN..

tetapi.. sebagai seorang islam.. kita kena ingat bahawa.. jika kita merasakan kita tidak pernah buat orang aniaya.. tidak pernah lukakan sesiapa.. maka duka yang jadi pada kita adalah merupakan DUGAAN. Allah menduga hambanya setakat kemampuan sepatutnya.. so jangan lah kita merintih kecewa apabila duka melanda kita..

tak kisah lah duka tu sebab orang lain ke.. sebab suami yang buat perangai ke atau bos yang menyakitkan hati!!

semua itu ada sebab dan akibatnya..

Saturday, 13 September 2014

suka buku - buku shaklee

Salam sahabat maya sekalian.. sekali lagi aku bawakan coretan tinta bisu ni.. terima kasih kerana masih setia mengikut setiap entry yang aku paparkan.. 

suatu ketika dulu aku memperuntukkan sedikit duit gaji memang khas untuk bahan bacaan.. Paling ringkas aku akan beli novel. dan selalunya akan di iringi buku motivasi. Aku sangat suka membaca buku motivasi. Mungkin sebab itu diri aku senang untuk di motivasikan! penulis kegemaran aku adalah HM Tuah Iskandar. buku-buku dia ni sangat santai.. dan aku amat menghormati penulisan dan pendapat yang di tulisnya kerana aku mengenalinya secara peribadi sebelum aku dan dia popular seperti sekarang! wakakaka!!

tak la.. dia je popular.. aku tetap norlida yang dulu. cuma berubah kerjaya je. Dia pernah menjadi bos kecil aku ketika aku bekerja di kumpulan karangkraf dulu. aku masih ingat kata-kata dia ketika aku menangis bila di pindahkan dari team majalah bacaria kepada unit buku karya bestari. dua unit yang sangat berbeza.. masa tu unit buku tidak segah yang wujud sekarang di KKSB tu.. unit buku adalah unit yang tak glamour dan tersorok.. 

aku pulak masa tu muda lagi.. terlalu taksubkan hiburan.. dan.. bila aku kena membuat sekadar layout cover buku.. aku rasa macam takde dunia! tapi si HM tuah Iskandar ni.. yang aku panggil abang tuah je.. cakap kat aku.. buku la bagus.. sebab orang simpan.. kalau majalah jarang orang nak simpan lama kerana ia mudah rosak!

Nah!! bila aku semakin matang.. aku sedari sendiri.. buku memang lebih bagus dari majalah.. selain pengisian.. cara simpanan pun orang akan lebih menghargai buku..

dan.. jangan taktau.. aku ada hajat untuk menulis.. aku ada mengarang novel.. yang dah bertahun tapi masih kekal 275 muka surat!

membaca memang habit aku dari kecil.. cuma kelemahan aku.. kurang membaca dari sumber bahasa lain. kalau orang lain bila membaca akan jadi mengantuk.. aku pulak sebaliknya.. membaca akan membuatkan aku segar! 

baru-baru ni aku di hadiah kan buku berkaitan kandungan dan keistimewaan produk shaklee! dari 'neni' dalam group biz aku.. buku tu buat aku rasa wah!! banyak benda yang boleh tulis ni.. walau isinya adalah dari individu biasa.. tapi individu biasa tu dah berjaya dalam shaklee!

dek kata-kata abang tuah iskandar tu lah .. aku sangat-sangat menghargai buku!!

 




Friday, 12 September 2014

prejudis sungguh terhadap suplimen

salam sahabat sekalian..

bersiaran lewat malam hari dek kesibukan megurus rumah tangga! hari ni hari jadi anak sulong aku.. so sibuk puaskan hati dia!

kali ini aku ceritakan tentang pandangan atau penerimaan sese orang terhadap pengambilan suplimen dalam kehidupn mereka.. 

semua catatan aku tidak ada kena mengena dengan sesiapa ye.. sekadar pandang peribadi dan pengalaman aku sendiri je..

ada sorang kawan aku ni memang bekerjaya profesional.. berpendapatan 4 angka tetap sebulan. tapi sangat tidak membina segala komen dan pendapatnya kalau bercerita pasal suplimen..  aku taktau la kalau yang dia memang anti dengan shaklee tapi tak produk lain kan.. tapi boleh jadi bergaduh kalau bercerita pasal suplimen dengan dia.. sudahnya aku malas nak layan segala macam pertanyaan dia. dan apa dia buat lepas tu tag aku pada negatif story pasal shaklee la.. tapi aku takde apa pun sebab segala mak viral dalam internet tu dah ada jawapan dari shaklee secara formal..

tu cite sorang yang profesional tapi prejudis


sorang lagi ni dia tidak bekerjaya profesional.. juga rakan aku.. tetapi dia sangat optimis dengan pengambilan suplimen. katanya dia sangat berminat dengan pemakanan tambahan ni. dia faham situasi sumber pemakanan kita sekarang memang tak mencukupi segala nutrisi yang di perlukan badan.. dia memberitahu aku.. dia takde sebarang penyakit tapi dia nak consume secara tetap vivix mulai bulan depan!!

haaaa..!! tu la cerita tengah malam aku!!