Wednesday 7 January 2015

berfikir di luar kotak

Semoga kehadiran hari ini adalah lebih baik..lebih indah dan lebih bermakna dari semalam. Dan jangan bawa duka semalam ke hari ini kerana ianya bisa merosakkan selautan rasa kita untuk mengharungi hari ini dengan aman....

Kali ini aku kongsikan buah fikiran aku yang tengah serabut menyiapkan pembetulan ni. Kali ni tentang berfikir di luar fikaran yang biasa. Aku coretkan ini sebagai luahan rasa aku yang selalu sangat dengan orang sekeliling meremehkan usaha aku untuk menyambung pengajian yang tak kunjung selesai ini. Coretan aku ini adalah dalam ruang lingkup aku sebagai seorang guru yang berkhidmat dalam kerajaan persekutuan!

Sekarang ni masih ramai lagi yang beranggapan belajar selepas mendapat pekerjaan yang terjamin dan tidak membawa pulangan apa-apa dalam bentuk wang ringgit adalah pekerjaan sia-sia. Seolah-olah perkara itu adalah perbuatan yang membazir.. membazir masa..membazir duit, membazir tenaga. tak tahu lah berapa ramai yang masih berfikir sebegitu bila 2015 ini menjengah!

Aku mengajak berfikir di luar kotak tu adalah kerana.. jangan fikir terlalu sempit. jangan fikir tiada gunanya sampai bila-bila pengajian tu. terkini mulai 2014.. tangga gaji permulaan untuk DG41 dah pun berbeza antara yang ada ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran! haaa.. bayangkan kalau dulu korang yang muda-muda tu terus je sambung pengajian sarjana.. sekarang masuk ke perkhidmatan awam.. gaji yang selalu jadi topik utama tu memang berbeza. 

aku sebenarnya ingin meletakkan diri aku berada dalam keadaan selamat pada masa akan datang. selamat dari segi perkhidmatan maksud aku. selain dari mengejar cita-cita yang terhenti suatu ketika dulu. bayangkan suatu hari nanti aku dah takde minat langsung nak belajar.. tiba-tiba wajib guru menengah mempunyai sarjana. kala itu aku pasti aku antara yang akan menerima kesannya. aku sayangkan kerjaya aku. dan aku mahu aku relavan dalam perkhidmatan aku sampai aku pencen!

pada masa yang sama belajar membuatkan kita mahu tak mahu perlu membaca sebanyak mungkin bahan rujukan.. minat membaca aku tak mati sampai bila-bila. aku memang suka membaca. walau sekarang minat untuk membaca bahan ringan seperti novel adalah sangat terhad tetapi pembacaan ilmiah yang aku lakukan hampir setiap hari membuatkan otak aku sentiasa berfikir ke arah positif dan buat otak aku menjadi segar!






No comments:

Post a Comment