Tuesday 6 January 2015

pra viva pembetulan 6 bulan..

salam sahabat sekalian.. hari ni bersiaran lewat sikit.. siang tadi sibuk menghabiskan beberapa lembaran data untuk di terjemahkan..

hari ni aku bawakan sedikit coretan yang mungkin memberi manafaat kepada sahabat yang ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana. bagi rakan yang sudahpun memiliki sarjana mahupun kedoktoran pula.. coretan ini aku lontarkan sekadar pengalaman sendiri dan luahan rasa aku melalui pahit getir menghabiskan sarjana ini.

Genap sebulan lepas aku menghadiri sesi pra viva peringkat master aku. sebelum ini tidak pernah terlintas yang aku perlu menghadiri pra viva. rupanya sesi ini di adakan di peringkat UPSI sahaja. Ada baiknya sesi ini di adakan..dalam masa yang sama ada juga pendapat ianya membebankan pelajar. bagi aku pula yang dah pun melalui frasa tu rasanya ada baiknya dan ada juga lah sedikit bebannya.

melalui sesi pra viva pada awal tafsiran aku adalah sesi santai melibatkan dalaman fakulti sahaja. tetapi aku terkejut rupanya ia adalah satu sesi rasmi. yang berjalan dengan ada pengerusi majlis, dengan adanya pemeriksa dalaman, pencatat rasmi dan juga rakan-rakan sesama supervisor dan rakan sesama master dan PHD...dan siap ada tajaan makanan!

semasa melalui sesi pembentangan itulah aku baru faham terjemahan dan hamparan idea aku belum cukup untuk memperolehi ijazah sarjana multimedia melalui mod B. hmmm.. inilah kisah yang nak aku highligt kan.. perbezaan mod. atau lebih mudah cara pengajian. aku masih ingat salah seorang pemeriksa dalaman aku mengatakan bahawa data dan analisis yang aku bentangkan tidak cukup untuk mencapai tahap sarjana mode B. katanya kalau mod C aku dah boleh selesai dah! masa tu aku pegang kepala yang rasa berpinau!

sebenarnya mod pengajian ni adalah beza pengajian itu di jalankan. kebanyakkan rakan yang berjaya menghabiskan sarjana dengan mudah adalah di bawah pengajian kerja kursus. Di mana mod pengajian sebegini kalau di UPSI di kenali dengan mod C. Pelajar perlu menghadiri kelas dan kerja yang selalu di sebut 'tesis' tu hanya perlu di siapkan untuk melengkapkan 6 jam kredit pengajian. Bukan nak memperlekehkan pengajian peringkat ini. susah senang nak menghabiskan sarjana..hanya yang melaluinya sahaja yang tahu. cuma di sini bezanya yang paling ketara bila tesis yang sebenarnya di panggil kertas projek pada mod C ini penulisannya tidak melibatkan pemeriksa lain. hanya supervisor sendiri yang menilai dan meluluskannya. Jadi tak hairan ramai yang boleh habis on time.. dan patah perkataannya juga tidak lebih dari 20k.. 

dalam hal mod B yang aku lalui pulak.. tesis tu di panggil disertasi.. melibatkan 18 jam kredit. dan ada dua pemeriksa lain. seorang dari fakulti..iaitu selain supervisor kita..dan seorang lagi dari IPS. jadi, di sinilah konflik tu di lihat akan menjadi lebih sukar. ada tiga orang manusia yang berbeza pendapat dan berbeza latar pendidikan yang akan menilai hasil kajian kita.. so .. tentu ada rumit dan kelirunya kita di situ. jadi time aku menjalani sesi pra viva tu.. hanya wakil IPS je takde.. lain-lainnya ada!

setelah selesai .. pengerusi membuat rumusan dan aku di berikan masa 6 bulan untuk menyiapkan pembetulan! bayangkan pembetulan 6 bulan itulah yang aku tengah kejarkan untuk siapkan dalam tempoh sebulan ni! penyelia aku dr maizatul hayati inginkan aku menghabiskan pada semester ini juga. katanya sementara cuti sekolah ini insyaAllah aku boleh selesaikan. tempoh 6 bulan tu hanya syarat atas kertas kerana beberapa faktor seperti mod yang aku jalankan dan juga status aku sebagai pelajar separuh masa. Jarang sebenarnya yang ambil PJJ membuat mod B ni. cabaran menghabiskannya memang besar. itu bagi aku lah.. yang bergelar guru..ibu..isteri.. dan pelajar!

aku akan ceritakan tentang mod A di lain coteran ye.. mungkin sesuai waktu aku mengambil Phd nanti.

moga dapat  memberi sedikit manafaat kepada rakan dan taulan.. sapa nak tahu lagi boleh pm 0125656085 selain tanya pasal SHAKLEE boleh je tanya pasal nak buat master atau kongsi tajuk untuk PHD lak!



No comments:

Post a Comment