Sunday 28 September 2014

daran tinggi di sebabkan shaklee?

salam sahabar sekalian. semoga sihat sentiasa.. aku macam rasa menulis surat cinta lak! kali ini aku coretkan tentang perkaitan pengalaman aku sebagai pesakit darah tinggi dan shaklee. sedar tak sedar kini telah berbulan aku meninggalkan penyakit itu.

semenjak aku melahirkan anak kedua.. aku perasan aku kerap pening.. kerap nak marah tanpa sebab dan kerap rasa berdebar-debar. apabila aku ke klinik..rupanya itu adalah tanda awal aku telah mengidap penyakit darah tinggi. pada awalnya aku kontrol secara sendiri dan makan ubat tahan sakit.. bila sakit datang. lama-kelamaan dalam tahun lepas.. aku mula mengambil ubat secara berkala.. tetapi lepas aku keguguran awal tahun baru ni.. aku mcam nekad nak try cara lain untuk mencegah darah tinggi..

semuanya bermula dengan pengambilan omega dan garlic dengan konsisten sejak dari bulan februari dahulu sehinggalah sekarang. aku membuat eksperimen pada diri sendiri. semua tu aku buat kajian melalui pembacaan aku terhadap kandungan produk dahulu. bukan suka-suka makan. Aku makan alfalfa dan omega lepas makan pagi, dan makan alfalfa dengan garlic lepas makan malam. secara konsisten selama 6 bulan. pada bulan ketiga lagi aku dah mula dapat bacaan stabil setiap kali aku pergi ke farmasi untuk check tekanan darah aku.

sekarang tekanan darah aku adalah 130/80.. seumur aku sekarang 40 tahun bacaan begitu dikatakan normal untuk paras umur aku. alhamdulillah sangat berpuashati. walau penat, walau stress bila check tekanan tak pernah naik mendadak macam sedikit masa dulu. bahagia kan?

sekarang ni aku dalam usaha membuat eksperimen untuk melihat kesan jika aku tak makan omega bersama dengan set tu. nak kekalkan alfalfa dan garlic je. alfalfa ni dah tiga tahun lebih aku makan. tak boleh tinggalkan dengan mudah kerana alfalfa sangat membantu aku dari segi masalah keputihan dan juga toksik dalam badan. aku akan tinggalkan pengambilan omega. untuk sebulan ni. nak tengok adakah kombinasi hanya alfalfa dan garlic akan menjadi untuk terus kekalkan tekanan darah normal..

berani nak cuba?

sebenarnya banyak lagi suplimen lain di pasaran yang ada kandungan garlic.. tetapi keserasian aku terhadap produk ini membuatkan keyakinan aku tak pernah goyah untuk mencuba satu demi satu produknya dan mengalami sendiri pengalaman menggunakannya.

sesiapa nak berkongsi pengalaman dan nak cuba set ini boleh pm aku. khidmat nasihat akan aku berikan berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai pengguna..


Norlida ali SID no 1076533
whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

Saturday 27 September 2014

selamat bersama shaklee

salam sahabat sekalian.. peminat misteri ku dan pembaca blog ku.. bertemu sekali lagi kita dalam tinta bisu ini. pada kali ini kita cerita tentang keselamatan. aspek keselamatan amatlah di titikberatkan dalam setiap penghasilan produk. kalau tidak pasti banyak komplen dari pengguna dan jenama pun akan jadi tidak di percayai lagi. 

dengan shaklee kita tak perlu risau tentang keselamatan.. shaklee di jamin selamat kerana mereka di shaklee mengadakan 350 ujian kepada setiap produk baru mereka.. bayangkan.. bukan dua tiga kali ujian..tapi 350 ujian di jalan kan pada setiap produk shaklee yang baru. tu sebab bila ada kes baru ni yang komplen kata sebab produk shaklee dapat ketumbuhan tu cepat je wakil shaklee bagi feedback. mereka suruh orang yang berkenaan tampil untuk membawa bukti klinikal jika benar produk shaklee adalah penyebabnya! hhaaa!! sudahnya diam je kes tu..

dalam masa sama semua produk shaklee tidak dibuat ujikaji terhadap haiwan. tidak ada satu pun produk shaklee berdasarkan unsur haiwan. semua produk shaklee adalah bebas dari sebarang perasa tiruan atau pemanis tiruan. Tu sebab pencuci muka shaklee tidak wangi dan tidak banyak mengandungi buih.. sebab dia takde bahan kimia. pembungkusan shaklee juga menggunakan bahan kitar semula. 

yang paling best shaklee ada menerbitkan jurnal penyelidikan saintifik. bilangannya terbitannya lebih dari 100! ada ke suplimen lain menerbitkan jurnal penyelidikan? sebenarnya semua ini menunjukkan betapa shaklee sangat komited dalam penyelidikan dan pembangunan produk..

so.. kalau rasa nak cuba boleh membaca pelbagai sumber sahih dahulu..

 
Norlida ali SID no 1076533
whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

kisah aku VIVIX dan anti penuaan

salam sahabat yang dihormati,

sekali lagi kita bertemu di maya ini. kali ini aku bawakan lagi kisah aku dengan shaklee. Khasnya pada produk VIVIX. aku akan bercetika kisah aku sebagai pengguna dahulu baru bercerita apakah kandungan yang terdapat dalam vivix yang sangat membantu dalam mengurangkan kompilasi diabetes. Ya.. aku adalah pengidap diabetes.! selain kelebihan dalam membantu pesakit diabetes, VIVIX sebenarnya ramuan anti aging.. iaitu anti penuaan. kali ini kisah aku vivix dan anti penuaan.


VIVIX berfungi melawan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu.. kandungannya yang terdiri dari muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum sememangnya banyak manafaat terhadap kesihatan. jadi... aku sebagai pengguna tegar shaklee sememangnya mendapat manafaat yang baik dari penggunaan VIVX ni. selain mengawal kompilasi diabetes, aku dapati kulit semakin cerah dan sekata. bawah mata tidak lagi kelihatan kusam dan bergaris. bukan makan seminggu terus dapat kesan tu.. tidak!! ia memerlukan penggunaan yang berterusan dan kena sabar menggunakannya utnk mendapatkan hasil yang baik!

aku menggunakan VIVIX sudah masuk botol kelima. kusam kulit semakin hilang. bukan sahaja pada kulit muka tetapi pada semua tempat! sebagai contoh kusam di leher juga semakin pudar. kulit kering di tepi-tepi kaki jugak tak kelihatan lagi.. so.. memang berbaloi-baloi penggunaannya. di samping itu juga badan terasa semakin ringan..bangun pagi tidak lagi terasa berat kepala dan berat kaki..

kalau nak di bandingkan dengan harganya..memang agak mahal tetapi dengan kesan hasil penggunaannya rasa berbaloi membeli suplimen dari membeli pakaian mahal-mahal!

nak try?

Silakan whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

Friday 26 September 2014

ahli politik vs pengedar shaklee

salam sahabat maya sekalian.. moga terus seronok membaca coretan tinta bisu aku nih.. kali ini aku nak kongsikan cerita yang agak berbeza dari biasa. Tak pernah lagi sentuh hal ni dalam penulisan maya ni.. kisah ni rentetan dari berbual dengan seorang bekas pelajar yang menceburkan diri dalam bidang politik. Pelajar ni aku ajar dia masa dia form 1 dan form 2 masa di kajang. syamil azmim nama student ni..

dia ni aku kenal sebagai seorang yang periang.. senang memberi kerjasama dan dia seorang yang sangat berminat dengan komputer.. ingat lagi di awal aku di skolah tu.. aku jadi guru penyelaras ICT.. di selangor kalau pasal ICT sekolah memang up to date.. kursus sampai ke pangkor.. kuantan.. melaka.. dalam usaha memperkasakan ICT.. masa tu penyelaras ICT di arahkan menubuhkan briged cyber. ni macam kata pengawas ICT la.. dan dia ni antara pelajar lelaki melayu yang ke depan memberi kerjasama di saat semua pelajar lelaki lain menikus. 

setahu aku ayahnya memang seorang yang boleh dikatakan pakar dalam bab komputer ni. syamil ni juga berbakat dalam teater. dan aku tak boleh lupa pasal dia.. dia ada 'klik' di sekolah. yang nyata bukan klik yang tak baik lah. klik kaki meronda time rehat.. mesti dia kelihatan berjalan sekumpulan dan dia macam raja yang di iringi dayang-dayang! aku dengan sorang lagi rakan sekerja selalu cakap.. tengok tu.. syamil dan dayang-dayangnya!

dia ada otak yang boleh tahan dalam akademik.. tapi tak mahu berpindah ke kelas yang lebih baik. alasannya tak suka!

itu cerita dulu. cerita dia semasa awal persekolahan menengahnya. malam tadi aku tanpa sengaja terlihat wall facebook nya.. wah! tak sangka .. seusia 21 tahun dia sudah mula melibatkan diri dalam politik. bertanding untuk parlimen putrajaya bagi jawatan belia. aku sendiri kurang pasti pertandingan macam mana pada awalnya. bila dah bersembang dengan dia rupanya memang baru di wujudkan satu lagi sayap dalam parlimen untuk wakil belia. itu penerangannya pada aku. dan dalam sembang singkat aku dengan dia, dia cakap dia memang aim untuk jadi ahli politik pada usia 23 tahun. dia sudah mempunyai syarikat sendiri dan bergerak aktif.. bukan sekadar pada nama dan pendaftaran sahaja.

semoga dia terus sukses. aku yakin dia boleh jadi pemimpin yang di senangi. sikapnya yang mudah mesra dan pandai bergaul serta senang memberi kerjasama dah ada dari awal usia remajanya.

tu kisah anak murid aku..

kisah aku lak berkaitan dengan politik ni.. sebenarnya aku memang berbakat ke arah itu.!! hahahaa!! puji sikit diri sendiri. ramai yang mengatakan aku berkemampuan bercakap untuk pengaruh orang. dan abah aku adalah orang yang nak sangat tengok aku memasuki era politik! dulu sebelum aku bergelar guru dia akan bertanya setiap kali aku pulang ke kampung.. dia akan tanya.. 'dah masuk ke jadi AJK mana-mana cawangan UMNO! huhuhuhu!

sebenarnya.. pada awal memang aku ada rasa seronok nak join.. tapi bila usia makin meningkat.. persepsi aku terhadapa politik berubah.. dan minat tu tidak aku asah dan kembangkan. aku biarkan sahaja ia berlalu. sememangnya minat bercakap dan berhujan adalah kekuatan diri aku.. tapi politik bukan medan aku mengasah minat tu nampaknya. aku bercita-cita untuk menjadi peguam pada asalnya. tapi terjerumus ke bidang grafik. menjadi guru bukan pilihan aku.. tetapi bila aku masuk ke UPSI yang tanpa sedar rupanya wajib posting ketika itu, menjadikan minat itu datang dan bercambah hari ke hari..

sebagai pengakhirannya aku merasakan menjadi pendidik adalah medan untuk aku mengasah dan mempertajamkan bakat dalam berhujah dan berkata-kata. bak kata pelajar aku.. aku suka PAKU orang. yang bila aku siasat maksud paku tu adalah mematikan cakap orang. mungkin dengan pelajar lain.. dengan orang dewasa lain. tapi berpaksikan pada ketentuanNya.. aku yakin memang menjadi pendidik adalah medan terbaik aku. dan aku bercadang mengembangkan bakat untuk menjadi motivator selepas ni..dalam masa sama mendalami bisnes shaklee juga pengisian dalam rutin kehidupan aku. siapa tahu.. aku akan resign sebagai guru sepenuh masa.. menjadi motivator dan bisnes woman yang berjaya!!!


doakan ye!


SYAMIL - pelajar yang di maksudkan.







bertambah sihat dengan shaklee

salam sejahtera sekalian .. terima kasih kerana sudi membaca titipan dari aku yang tak seberapa ni. kali ini aku kongsikan cerita tentang faedah kesihatan yang aku dapat dengan mengambil suplimen shaklee ni. kali ini aku nak lebih berfokus berkongsi cerita manis berkaitan penggunaan aku dengan produk ini.

sebetulnya aku terbeli je VIVIX tu pada bulan 5. itu pun sebab nak mencukupkan korum kengkawan nak main kutu VIVIX.. lawak kan? siap main kutu lagi nak dapatkan VIVIX tu.. tengok betapa powernya VIVIX SHAKLEE. kuasa tarikan yang hebat untuk orang terus membelinya.

pada diri aku pulak.. kebetulan banyak dah info yang aku tahu banyak tertimoni pasal VIVIX ni. aku membaca pelbagai sumber tentang kandungannya yang membantu menurunkan kadar gula. apakah fungsi kandungan yang dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah. jadi.. kebetulan dapat VIVIX di tangan tu aku mencubanya. nak pulak time tu aku memang ada masalah pada kaki aku yang sering aku garu dan jadi berkudis dan berkuping setiap masa.. elok je .. garu.. jadi balik.. macam tu la berulang-ulang. kebimbangan memang ada.takut merebak ke celah jari.





ini adalah kaki sebenar aku! memang segan.. tapi demi nak membuktikan aku bersunguh nak berkongsi kebaikan produk ini aku tunjukkan. InsyaAllah untuk kesihatan tiada mudarat untuk aku tunjukkan kaki ini. sekarang aku amat berpuashati dengan keadaan kaki aku yang dulu teruk sekarang tidak lagi.. tiada kesan hitam dan kulit punya tekstur seperti biasa. tidak jadi licin je macam sesetengah orang mampu sembuhkan luka.. tapi tempat tu jadi licin tanpa tektur kulit semulajadi..

so.. aku harap ini pengkongsian berguna. berbelanja lebih tidak mengapa janji berbaloi. itu prinsip aku. sehingga sekarang sudah 4 bulan aku makan suplimen yang sangat mudah di ambil ini. aku berhasrat untuk meneruskan sehingga ke enam bulan. selepas itu baru nak stop .. nak tengok adalah perlu bergantung selamanya dengan vivix atau bila dah tak makan kudis menjadi semula.. eksperimen pada diri sendiri!

ada yang berminat.. jangan malu jgn segan..

Silakan whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

 

Thursday 25 September 2014

pengedar shaklee kehilangan misteri

salam sahabat maya sekalian.. untuk kesekian kalinya terputus hubungan sehari semalam. ntah la mana silapnya update dengan telefon tak ada post tu. dan lebih malang taktau ke mana hilang. sebenarnya kerap kali dah aku alami kehilangan misteri ini. bukan sekadar update blog. pernah berlaku aku update page.. update wall.. Facebook.. HILANG! tak apa lah .. kita tinggalkan kisah kehilangan misteri tu.. jangan kehilangan pembeli sudah! 

kali ni meh aku kongsikan cerita tentang aktiviti mengedar shaklee! hehehe! bagi bahasa power sikit.. biarlah orang kata syok sendiri! kerana aku penuh yakin suatu hari pasti muncul pembeli setia melalui blog aku ni.. sebab aku adalah pengedar SAH SHAKLEE di kawasan balik pulau, teluk kumbar dan bayan baru. sesiapa yang nak kan barang.. belum jadi ahli.. meh join ahli.. kalau rasa bersedia nak terjun dalam dunia bisnes online atau bisnes yang bermodal rendah.. SHAKLEE adalah bisnes yang tepat dan berbaloi-baloi.

sekarang ni di samping boleh menjadi pengedar.. aktiviti aku adalah sebagai pengguna TEGAR SHAKLEE. percaya atau tidak, sejak sembilan bulan lepas.. sejak aku bergiat aktif sebagai pengedar, aku telah mempelbagaikan lagi penggunaan aku pada produk SHAKLEE ini. kalau sebelum ni aku hanya mengambil Alfalfa dan Vitamin E.. sekarang aku menggunakan hampir 10 jenis suplimen shaklee!

aku guna = omega+alfalfa+garlic - untuk mendapatkan bacaan tekanan darah yang normal. penggunaan yang ni memang dah pun aku nikmati kesannya. yang mana dah lebih 6 bulan aku tidak lagi pernah ada bacaan DARAH TINGGI.

aku guna = vivix + Performance drinks + ESP - untuk mendapat kestabilan gula dalam darah. tetapi vivix aku ambil hari-hari. manakala performance drink sewaktu memerlukan. anggaran 3-4 kali seminggu. ketika badan terlalu penat dan nak menghalang makan terlalu banyak bila tiba waktu makan.

aku guna = AJHT + ostemetrix - untuk melegakan sakit kaki dan berkaitan dengan sendi. memang menampakkan hasil yang berbaloi-baloi. sejak menggunakan lebih dari 6 bulan dahulu.. memang sangat-sangat membantu melegakan sendi dan kaki aku yang selalu bermasalah ini.

aku guna vitamin c - untuk mencantikkan kulit aku dan nak jadikan tumit tidak merekah lagi.. alhamdulillah tumit kaki aku makin halus dan pendarahan sewaktu memberus gigi dah tidak ada lagi. selepas dua bulan aku menggunakan dengan konsisten.

haa... korang hadoo? hahaaha! tu tak termasuk yang baru aku cuba seperti herbalax .. COQ10, corotomax, zinc.. aku juga sudah mula menggunakan pencuci muka serta syampoo jenama SHAKLEE!

jadi penggunaan produk ni korang boleh tanya aku direct keberkesanannya.. kalau yang lain bukan takde penerangan tapi tidak lah ada testimoni sendiri!

so.. sapa yang rasa tertarik nak tau.. silakan!!

Silakan whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally


Tuesday 23 September 2014

kenapa pilih shaklee tidak yang lain

Salam sahabat maya sekalian.. Semog  semua sentiasa di lindungi rahmatNya. Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang pilihan dan kita. Dalam kehidupan kita ada pelbagai pilihan. Selalu kita sebut tuhan yang menentukan.. Tetapi sebenarnya kita yang pilih..sebab usahadan ikhtiar adalah hak kita.

Sebagai contoh mudah.. Join shaklee ni.. Ia adalah pilihan samada korang nak join sekadar untuk belian keperluan diri dan keluarga atau korang pilih untuk menjadi pwngguna dan pwnjual. Pilihan kan? Jadi tidak ada sebab kita nk rasa alaaaa.. Dia boleh la.. Rezeki dia.. Tu berjaya.. Hakikatnya kita yang dah pilih taknak pun cuba berniaga..

Dalam situasi join shaklee sebagai pengguna sahaja pada awalnya. Tetapi perkenalan dengan upline secara tidak dirancang menerbitkan rasa minat untuk mencuba sebagai peniaga pula. Keahlian hanya rm65+10 untuk mendapatkan starter kit dan kos pos.. Kos 75 tu hanya sekali seumur hidup.. Aku merasakan tidak ralat untuk keluar rm75 seumur hidup untuk memulakan tapak bisnes secara online..

Bila dah mula join.. Aku merasakan pilihan aku tepat dan berbaloi. KERANA aku menjadi lebih sihat dengan menggunakan pelbagai lg produkshaklee. Dan paling penting.. Tanpa akusangka sale mencecah 4 angka berjaya aku erolehi seawal 3 bulan aku menyertai shaklee!

Sejak itu aku tak pernah rasa nak berhenti mencari sale dan peluang meningkat ruang naga aku.. Bermula hnya di facebook.. Sampai l disini.. Di blog comel ini..

Kalau ikutkan.. Pendapatan aku mencukupi untuk kehidupan aku sendiri kerana suamj aku pun bekerja tetap. Pendapatan 9 ribu sebulan untuk kami berdua cukup untuk kami dan dua anak kami. Tetapi aku merasakan PELUANG untuk mendapat pedapatan sampingan ada.. Jadi kenapa aku nak lepas kan?

PILIHAN kan?

So.. Kepada sesiapa di luar sana.. Rebutlah peluang perniagaan berisiko rendah ini.. Atau hampir tiada risiko yang erlu kita tanggung.. Shaklee adalah produk yang dah kukuh jenamanya di pasaran.. Kita sebagai pwngantara sahaja!

Jom..! Cuba dulu.. Pilih yg terbaik




Monday 22 September 2014

duka di hati tiada siapa yang tahu...

salam sahabat maya sekalian.. bertemu lagi kita di bait-bait kata tanpa suara ini.. aku tahu setiap hari memang ada pengunjung setia yang akan membaca blog aku ni.. tapi belum ada yang berani berkenalan dengan aku dengan lebih dekat lagi! hehehee! takpe .. aku masih sabar menanti..

kali ini aku kongsikan kisah warna warni yang berada disekitar kehidupan aku dan keluarga terdekatku.. tiba-tiba ketika memikirkan entry apakah yang aku nak buat untuk skop peribadi kali ini teringatkan kisah saudara-saudaraku yang pelbagai situasi.. dan situasi paling orang suka nak tau atau nak baca atau nak kutuk dan isu yang tak pernah sunyi dan tak pernah basi sejak lama dulu adalah POLIGAMI.

ramai yang menuding jari ke arah yang menjadi isteri kedua jika membincangkan isu ini. sedangkan tiada salahnya menjadi isteri kedua. ramai juga yang mengatakan suami orang tu gatal kalau beristeri lebih.. sedangkan dalam islam ia adalah halal. terpulang pada diri masing-masing untuk menilai dan melabelkannya.

sekadar pandangan peribadi dari pengalaman dan persekitaran aku.. (tak perlu boikot ye.. aku takde kepentingan menulis entry ni) ada je keluarga aku yang aman damai walau berkongsi suami.. tapi tak kurang jugak yang porak peranda dan karam di lautan huru hara!

ada saudara aku yang duduk serumah dengan dua isterinya.. aman je.. rasanya lebih 15 tahun dah begitu.. takde pulak perang dunia terjadi antara mereka.. ada yang tak tinggal serumah.. tetapi madu datang hari-hari kerumah isteri tua untuk hantar baby yang di jaga bibik di rumah isteri pertama.. dan ada yang berpuluh tahun kawin rahsia sehingga meninggal baru pecah rahsia! semua tu kisah yang berlaku pada orang yang memang wujud di alam realiti aku. ini kisah benar.. bukan rekaan!

itu kisah yang aman..

kisah tak aman rasanya tak perlu lah aku huraikan sebab banyak sangat dah kita baca pasal kisah tak aman dalam poligami ni. Sebenarnya aman ke tak dalam poligami adalah berpunca dari peranan masing-masing. suami terutamanya tidak boleh berat sebelah. isteri tua tidak boleh membolot sangat dan isteri muda memang kena banyak beralah.. kalau semua pelaku-pelaku ini membawa peranan masing-masing dengan baik.. dan bersangka baik.. huru hara tu akan semakin sepi bila lama dah bersama makin serasi..

cuma.. dalam hati hanya pelaku berkongsi dengan Allah sahaja.. bak kata salah seorang saudara ku yang bermadu.. aku mengatakan dia sangat baik kerana isteri kedua suaminya dia yang pinangkan.. hantaran kawin dia yang sediakan.. jawapan nya segar di ingatan aku.... HATI KITA AWAK MANA TAHU!

Ada nak kongsi pengalaman?


Silakan whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally


jom rawat sendi sendiri

 Salam sahabat maya sekalian..

pernah atau tidak korang merasakan penyebab paling malas nak bangun pagi adalah kerana ketidak selesaan kaki.. bila sedar je pagi.. buka mata.. nak bagun.. rasa bercinta... maknanya malas.. sebab teringat ni kang bergerak sikit je kaki rasa semut-semut orang kata.. kalau lebih parah rasa simpul mengkarung yang datang.

pernah? pernah?

haaaa.. kalau pernah.. meh sini aku kongsikan pengalaman aku sendiri yang menghadapi situasi ini.. setiap kali bangun pagi perkara paling malas muncul di kepala ni.. ala.. mesti sakit tumit ni nanti bila pijak lantai pagi-pagi ni..nak mengeliat sat lagi kang simpul mengkarung pulak yang datang.. simpul mengkarung tu ada yang panggil krem.. tu bahasa paling mudah..

ada orang kata sebab semua ni terjadi berpunca dari sikap aku yang suka minum ais.. aku ni kalau dengan ais bukan lagi minum tapi ketul ais tu boleh jadi biskut pada aku! tu sebab aku suka beli ais ketul yang kecik-kecik tu sebab rangup! hahaha! korang tak percaya korang boleh cuba!

sambung balik pasal sakit sendi tadi.. selepas aku mula makan dua suplimen ni .. semua masalah tu semakin hilang.. jadi.. logik ke sebab ais semua kesakitan tu aku dapat? sedangkan lepas ambik suplimen ni pun aku bedal ais macam biasa je! (dalam entry ni aku ceritakan satu je suplimen dulu.. supaya korang follow lagi)

dalam shaklee suplimen untuk sendi di panggil advance joint health tablet.. atau singkatnya AJHT.. kandungan  Ekstrak Boswellia di dalamnya memberi extra keselesaan sendi dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ia juga anti-radang yang semulajadi. tu sebab keselesaan kaki amat terasa bila aku memulakan pengambilan AJHT ni. 

dalam masa sama kandungan ekstrak jagung merupakan sumber kepada glukosamina (bahan binaan utama bagi membina tulang rawn dan melincirkan sendi). so apabila berfungsi melincirkan sendi.. takde la sendi rasa keras semacam je bila bangun pagi..dan akan menjadi krem bila bergerak secara tiba-tiba..
Seterusnya kandungan zink, tembaga, dan vitamin C yang terkandung dalam AJHT juga boleh memelihara tisu penyambung supaya sentiasa sihat. Kandungan ini jugalah yang membekalkan nutrien bagi menyokong kolagen dan tisu peyambung lain yang memberi kekuatan kepada struktur sendi.
so.. sehingga entry ini aku tulis masalah sendi aku memang hampir lenyap.. aku semakin lupa rasa krem kaki pagi-pagi.. makin lupa rasa sakit lutut bila berjalan naik tangga banyk!! 

lepas ni aku ceritakan tentang pasangan AJHT ni yang aku ambil sebagai pelengkap merawat sendi aku!

nak try? nak tau lebih lanjut?

meh la..


Silakan whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

Sunday 21 September 2014

perkongsian bijak shaklee

Salam sahabat maya sekalian..

kali ini aku bawakan cerita untuk korang buka minda dan jiwa untuk terjun dalam bidang bisnes ni.. khususnya shaklee lah! sebab aku buat shaklee.. takkan nak promote biz lain pulak kan..

sebenarnya dalam banyak MLM atau apa jua bisnes yang ada hari ini menjanjikan pulangan berbentuk wang yang lumayan KALAU kita rajin.. dalam shaklee contohnya.. jika korang menyertai keluarga besar shaklee sebagai ahli korang akan menikmati harga ahli dan juga menikmati faedah pengumpulan point atau UV setiap barangan.

ramai yang menyangka jika tidak menjual dengan harga retail sepenuhnya keuntungan TIADA. salah tu. Sekarang harga produk boleh di jual antara harga ahli hingga ke harga retail.. TETAPI walau korang MUNGKIN seronok jika saudara mara korang bagi produk di beli dengan harga ahli .. (sebab sedara mara yang biasa memang nak harga ahli.. sedara la katakan!) tetapi mereka yang menjadi ahli tetap SERONOK kerana point atau UV barang tetap masuk bawah sale diaorang.

itulah bezanya kalau korang membeli sebagai ahli atau hanya membeli dengan gembira kerana dapat harga ahli! memang korang tak rasa rugi.. tapi kalau seorang yang bisnes minded dia akan pandang semua itu duit! setiap UV yang dikumpul shaklee akan kirakan bonusnya berbentuk WANG TUNAI dan di masukkan terus setiap tengah bulan kedalam akaun ahli TANPA GAGAL!

memang susah nak dapat sale.. kalau dari awal tembok kesusahan tu dah kita bina.. bagi aku tiada susahnya selagi minat dan kehendak bergabung dengan baik dalam minda dan jiwa.. tak pandai berniaga bukan lah alasan yang boleh di guna pakai untuk memulakan bisnes shaklee kerana bukan korang perlu bertemu empat mata dengan kastemer..(walau kadang-kadang ada kastemer COD)

kalau dah rasa terbuka minda dan jiwa.. please.. contack la aku tanpa segan..



whatsapp/telegram 011 35078334
FB norlyda ali
IG idaally
wechat nelly020974
page pakar nyata jelita


Cinta Shaklee.. cinta suci!



CINTA? Ramai yang suka menuturkannya. Samada secara serius.. secara bergurau dan tak kurang juga dalam lakonan!
 
Korang macamana?

Kalau Tanya aku.. aku ada beberapa perkara yang ku anggap telah jatuh cinta! Selain Allah.. Allah tidak boleh di banding dengan cinta terhadap apa jua yang lain ye!

Aku nak ceritakan cinta terbaru aku aje!! Apa lagi kan kalau tidak bersama Shaklee!

Cinta kali ni membawa makna juga kerana sedikit sebanyak perubahan berlaku dalam hidup. Antara yang ketara. Aku semakin berubah ke arah yang lebih posititf sentiasa, lambat nak dating rasa down juga.. walau kadangkala down juga! tapi tidak lah macam dulu selalu sikit hal je akan rasa down sangat dan sedih sangat.

Setiap hari group Shaklee aku ni akan ada kata-kata motivasi dari leader yang telah Berjaya.. perkongsian pengalaman dan mcam-macam tips berguna untuk orang baru macam aku ni..semua tu akan menyumbang kepada positif nya diri aku untuk mengharungi ranjau kehidupan..khususnya dalam melayari bisnes Shaklee ini berseorangan tanpa sokongan sesiapa.. hanya ada kata sindir dan pandangan sinis dari orang terhampir je yang melingkari kehidupan aku..


Ni kisah pendek je.. supaya korang stay tune kat blog nih!! hehehe

nak kenal aku? nak join shaklee under group aku? jommm!!

whatsapp/telegram 011 35078334
FB norlyda ali
IG idaally
wechat nelly020974
page pakar nyata jelita



Saturday 20 September 2014

pengubat hati lara!

Salam teman maya sekalian.. Agak lama kali nitiada post dari blog comel ku ini.. Sejak selasa.. Bawa ke rabu.. Memang faham line di kampung dan perjalanan ke penang semula membataskan.. Tapi bila balik di rumah sendiri.. Wifi juga bermasalah.. Aduhhh! Memang mencabar minda..sudahnya terpaksa tunggu dan lihat.. Mungkin ada benarnya line dan jenis fon memainkan peranan..

Akhirnya setelah 4 hari tidak dapat menulis disini.. Berjaya juga di saat ini ku terjah blog ini.. Setelah beberapa kali sign in dan sing out..Akhirnya.. Coretan ni jadi tatapan kalian.

Mlm ini nak aku kongsikan kisah tentang motivasi diri.. Untuk kalian dan untuk diri aku jugak..

Tadi aku terbaca status seorang yang telah bergelar master dalam shaklee.. Ceritanya begini..

Ada org bertanya pada dia bagaimana hendak mencapai kejayaan.. Mcm org duk tnya dia la bagaimana dia boleh berjaya dalam masa yang tak terlalu panjang..

Tapi soalan itu dibalas dengan aoalan juga.. Di soalnya balik.. Dah buat ke semu yang di ajarkan?

Lalu aku terfikir.. Tak memberi faedah mengkaji bagaimana si polan..si polan boleh berjaya.. Tetapi mendatangkan faedah jika aku lakukan semua yang telah di ajarkan oleh yang telah berjaya.. Oleh upline..

Moralnya.. Tak perlu sibuk hal orang yang berjaya atau tidak.. Tapi sibukkan diri kita dengan melengkapkan semua ilmu yang telah di ajar pada kita!

Hendak pulak leader yang baik memang ada dalam group biz shaklee aku..

Ada yang berminat nak join? Semangat ak amalkan segala ilmu?

Silakan whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

Twitter lupa!! Jap eh.. Esok lak! Hehehe

Monday 15 September 2014

shaklee, artis dan aku

salam sahabat maya sekalian..

hari ni isnin dah.. sekejap lagi aku nak bertolak balik ke kampung ku di pahang. sebelum tu nak aku coretkan buat tatapan kalian sebagai sajian untuk korang tersenyum sumbing bila membaca blog aku ni! hehehe!

shaklee rasanya takde duta tertentu untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk dia. tapi secara tidak langsung.. pengakuan artis macam ayu raudhah mengatakan pengambilan vivix membantu penjagaan kesihatan dia.. so.. ada la juga sumber promosi dari kalangan artis!

tu kisah shaklee dan artis..

ni kisah aku dan artis lak! hahaha! aku sangat sukakan hiburan suatu ketika dulu. sanggup redah ladang sayur dan di kejar anjing semata nak tengok konsert wing! sanggup datang naik bas  ke KL nak cari umah artis! bayangkan lah kegilaan aku terhadap hiburan..! tapi tu suatu ketika dulu la ye, zaman jahiliah aku..

paling aku tak boleh lupa .. aku adalah peminat tegar kumpulan SLAM..! aku amat meminati lagu-lagu diaorang. dan peluang aku terbuka luas untuk berbaik dengan diaorang secara alam realiti kerana ketika zaman mereka popular.. aku bekerja dalam bidang penerbitan majalah hiburan!

kemana sahaja aktiviti mereka aku akan ikut. kalau jauh aku sanggup ambik cuti tu!! sudahnya dari sekadar peminat dan artis.. aku jadi sahabat diaorang.. bertahun jugak lah aku rapat dengan diaorang dan sekali dengan pengurus diaorang dan PR diaorang.. abg johan dan kak yati pun baik orangnya..

itu kisah berbelas tahun dulu.. sekarang seiring dengan peningkatan usia.. dan kerjaya yang berbeza.. dunia hiburan bukan lagi satu kegilaan buat aku. perubahan diri dan situasi kerja aku sekarang tak pulak bawak aku membenci segala benda berkaitan hiburan.. aku masih berkawan dengan rakan-rakan yang bekerja sebagai wartawan hiburan.. menghormati kerjaya dan minat depa..

aku bukan sesiapa nak menghukum kehidupan dan kerjaya mereka. aku adalah manusia biasa.. yang hidup untuk terus saling menghormati dan melengkapi .. 

p/s kengkadang kan.. aku rasa aku syok sendiri je mengarang entry.. tapi aku tau ada orang suka baca sebab setiap hari viewer naik bilangannya!! wakakakka!!

Sunday 14 September 2014

cegah shaklee?

wah!! takut la nak cegah shaklee!

salam sahabat sekalian.. hari ni di awal pagi ni kita sambung topik semalam.. kalau ada yang belum baca boleh cari-cari dalam blog comel aku ni! huahuahua!

ok.. kali ni entry mungkin pendek aje. sebab aku memang nak buat satu tingkat pencegahan tu untuk satu entry sebagai satu pujukan pembacaan yang berterusan ye! boleh ye? boleh la kan.. senyum sikit!! hehehe!

pencegahan peringkat kedua ni dah di lihat sebagai tertumpu kepada golongan yang memang dah di syaki.. kalau peringkat pertama tu sesuai untuk di buat pada semua.. sebagai awareness.. lebih mudah cakap.. kempen kesedaran lah!

bila menjurus kepada yang di syaki.. kita akan pergi pada mereka yang 

~ mempunyai keturunan yang mengidap diabetes.. 
~ mereka yang obes.. 
~ dan mereka yang tetiba terkesan ada tanda-tanda paras glukosa yang           melebihi tahap biasa.

so.. kat sini pulak meh kita link kan dengan pengambilan suplimen shaklee jugak..

untuk yang obes = set diet (ada pelbagai pilihan)
tanda-tanda glukosa tinggi = boleh amalkan minum performance drink.. dan vivix..(sekadar beberapa contoh)

kalau korang nak tau lagi apa produk yang sesuai untuk padanan situasi tu.. meh pm 011-35078334 .. aku akan usahakan berikan khidmat nasihat yang sihat untuk korang!

sampai jumpa lagi yer!!

kisah duka ulang berulang

salam pagi minggu yang aman damai..

kisah duka ulang berulang memang ada terjadi pada seseorang. Kadang-kadang kita rasa orang tu punya lah baik.. tapi nasib dia selalu malang. ada jugak kita jumpa kehidupan orang tu memang haprak la orang cakap.. sembahyang tidak .. dengan mak ayah pun biadap.. tapi hidup dia sukses  jer! sakit hati kan?

aku nak kupas cerita kisah duka ulang berulang je.. yang satu lagi tak menarik sangat nak stori!

kisah motivasi ni untuk aku jugak.. dan berdasarkan pengalaman aku jugak.. so .. lahirlah coretan ini.

sebagai permulaan jika kisah duka asyik menyelubungi hidup kita.. kita kena yakin dan percaya.. semua itu ada hikmahnya.. dan aku selalu mengingatkan diri sendiri juga.. duka yang datang mungkin sebagai penghapus dosa-dosa kecil kita.. dan adakalanya mungkin.. aku letak MUNGKIN ye.. mungkin kita pernah buat orang lain juga berduka. seolah dalam part ni aku gambarkan kisah duka tu adalah BALASAN..

tetapi.. sebagai seorang islam.. kita kena ingat bahawa.. jika kita merasakan kita tidak pernah buat orang aniaya.. tidak pernah lukakan sesiapa.. maka duka yang jadi pada kita adalah merupakan DUGAAN. Allah menduga hambanya setakat kemampuan sepatutnya.. so jangan lah kita merintih kecewa apabila duka melanda kita..

tak kisah lah duka tu sebab orang lain ke.. sebab suami yang buat perangai ke atau bos yang menyakitkan hati!!

semua itu ada sebab dan akibatnya..

Saturday 13 September 2014

pencegahan diabetes bersama shaklee

hai! hai! hai!

bertemu lagi warga pelawat sekalian!

semoga terus setia bersama blog comei aku nih! hehehe! hidup kena perasan baru ada perasaan!

kali ni meh kita cerita tentang diabetes lagi.. ada yang menggelarkan penyakit ni sebagai penyakit orang kaya! sebab semuanya berpunca dari pemakanan.. ada logik gak la kan.. kalau tak kaya makan tak banyak macam! ehehe1 tak setuju jangan boikot ok!

dari pembacaan ilmiah yang aku lakukan.. dalam satu jurnal kesihatan ni.. dapatan kajian nye menyatakan ada 4 peringkat pencegahan yang utama bagi pesakit diabetes jenis II. (cewah!! macam menulis tesis lak rasa!)

ingat lagi ke diabetes jenis II tu? hmmm.. tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok balik entry lama aku.. ok?

ok.. pada kali ini aku nak kongsikan dapatan kajian tu tentang peringkat pertama pencegahan. iaitu; 

 ~ mengamalkan gaya pengambilan makanan yang sihat dan seimbang setiap hari secara berterusan. di galakkan mengambil sayur dan buah.. bataskan pengambilan makanan berlemak dan karbo ambik sederhana sahaja.

cadangan yang ni memang betul lah kan.. cumanya ramai yang tak boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat ni secara berterusan!

~ mempertahankan berat badan normal mengikut kesesuaian tinggi dan umur.

yang ni pun memang selalu kita dengar kan? rupanya ni baru tahap pertama je!

 ~ melakukan senaman yang mencukupi mengikut kesesuaian dan kemampuan individu.

jangan pulak kita melakukan senaman dengan memaksa diri sangat.. senaman perlu berterusan. bukan sekali buat berjam-jam sehari.. lepas tu berhenti berminggu-minggu baru buat pulak.. memang tak berjaya jugak lah!

ok.. sekarang meh kita lihat kesinambungannya dengan pengambilan suplimen. ni dapatan peribadi aku ye.. setelah membuat pembacaan dan menilai beberapa situasi yang aku alami sendiri. pengambilan makanan kita memang tidak seimbang SELALU  nya. so.. untuk menyeimbangkan pengambilan keperluan pemakanan seperti sayur.. buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin dan zat galian tu boleh di gantikan dengan suplimen yang mempunyai sumber yang berkaitan..

di galakkan mengambil sayur dan buah 
= sumber suplimen berkaitan = vitamin c

mempertahankan berat badan normal
= sumber berkaitan = set slim (ada banyak pilihan mengikut bajet)

melakukan senaman
= sumber berkaitan untuk mereka yang bergerak aktif = performance drink..

Selamat mencuba ye sahabat sekalian.. yang ni adalah sesuai untuk di amalkan sebelum diabetes menyerang lagi.. 

kalau korang ada nak tanya lagi pendapat atau nak kongsi pendapat.. boleh PM aku di no 01135078334

aku masih menunggu respon kalian..! 

 

suka buku - buku shaklee

Salam sahabat maya sekalian.. sekali lagi aku bawakan coretan tinta bisu ni.. terima kasih kerana masih setia mengikut setiap entry yang aku paparkan.. 

suatu ketika dulu aku memperuntukkan sedikit duit gaji memang khas untuk bahan bacaan.. Paling ringkas aku akan beli novel. dan selalunya akan di iringi buku motivasi. Aku sangat suka membaca buku motivasi. Mungkin sebab itu diri aku senang untuk di motivasikan! penulis kegemaran aku adalah HM Tuah Iskandar. buku-buku dia ni sangat santai.. dan aku amat menghormati penulisan dan pendapat yang di tulisnya kerana aku mengenalinya secara peribadi sebelum aku dan dia popular seperti sekarang! wakakaka!!

tak la.. dia je popular.. aku tetap norlida yang dulu. cuma berubah kerjaya je. Dia pernah menjadi bos kecil aku ketika aku bekerja di kumpulan karangkraf dulu. aku masih ingat kata-kata dia ketika aku menangis bila di pindahkan dari team majalah bacaria kepada unit buku karya bestari. dua unit yang sangat berbeza.. masa tu unit buku tidak segah yang wujud sekarang di KKSB tu.. unit buku adalah unit yang tak glamour dan tersorok.. 

aku pulak masa tu muda lagi.. terlalu taksubkan hiburan.. dan.. bila aku kena membuat sekadar layout cover buku.. aku rasa macam takde dunia! tapi si HM tuah Iskandar ni.. yang aku panggil abang tuah je.. cakap kat aku.. buku la bagus.. sebab orang simpan.. kalau majalah jarang orang nak simpan lama kerana ia mudah rosak!

Nah!! bila aku semakin matang.. aku sedari sendiri.. buku memang lebih bagus dari majalah.. selain pengisian.. cara simpanan pun orang akan lebih menghargai buku..

dan.. jangan taktau.. aku ada hajat untuk menulis.. aku ada mengarang novel.. yang dah bertahun tapi masih kekal 275 muka surat!

membaca memang habit aku dari kecil.. cuma kelemahan aku.. kurang membaca dari sumber bahasa lain. kalau orang lain bila membaca akan jadi mengantuk.. aku pulak sebaliknya.. membaca akan membuatkan aku segar! 

baru-baru ni aku di hadiah kan buku berkaitan kandungan dan keistimewaan produk shaklee! dari 'neni' dalam group biz aku.. buku tu buat aku rasa wah!! banyak benda yang boleh tulis ni.. walau isinya adalah dari individu biasa.. tapi individu biasa tu dah berjaya dalam shaklee!

dek kata-kata abang tuah iskandar tu lah .. aku sangat-sangat menghargai buku!!

 




Friday 12 September 2014

DUNIA VITAMIN NELLY'S DAN FAMILI: prejudis sungguh terhadap suplimen

https://www.facebook.com/norlydaali

prejudis sungguh terhadap suplimen

salam sahabat sekalian..

bersiaran lewat malam hari dek kesibukan megurus rumah tangga! hari ni hari jadi anak sulong aku.. so sibuk puaskan hati dia!

kali ini aku ceritakan tentang pandangan atau penerimaan sese orang terhadap pengambilan suplimen dalam kehidupn mereka.. 

semua catatan aku tidak ada kena mengena dengan sesiapa ye.. sekadar pandang peribadi dan pengalaman aku sendiri je..

ada sorang kawan aku ni memang bekerjaya profesional.. berpendapatan 4 angka tetap sebulan. tapi sangat tidak membina segala komen dan pendapatnya kalau bercerita pasal suplimen..  aku taktau la kalau yang dia memang anti dengan shaklee tapi tak produk lain kan.. tapi boleh jadi bergaduh kalau bercerita pasal suplimen dengan dia.. sudahnya aku malas nak layan segala macam pertanyaan dia. dan apa dia buat lepas tu tag aku pada negatif story pasal shaklee la.. tapi aku takde apa pun sebab segala mak viral dalam internet tu dah ada jawapan dari shaklee secara formal..

tu cite sorang yang profesional tapi prejudis


sorang lagi ni dia tidak bekerjaya profesional.. juga rakan aku.. tetapi dia sangat optimis dengan pengambilan suplimen. katanya dia sangat berminat dengan pemakanan tambahan ni. dia faham situasi sumber pemakanan kita sekarang memang tak mencukupi segala nutrisi yang di perlukan badan.. dia memberitahu aku.. dia takde sebarang penyakit tapi dia nak consume secara tetap vivix mulai bulan depan!!

haaaa..!! tu la cerita tengah malam aku!!

Thursday 11 September 2014

diabetes dan kehidupan

salam sahabat maya sekalian.. baru teringat nak sambung cerita tentang diabetes.. cerita ni adalah pengalaman peribadi sendiri ye. takde kena mengena dengan sesiapa pun.. berguna pada korang alhamdulillah... tak berguna pun.. takde apa aku boleh buat!

sebelum ni aku dah ceritakan tentang dua jenis diabetes yang melanda dalam kehidupan kita kan.. boleh cari balik entry tu ye sahabat.. cuma di sini aku ceritakan jenis diabetes yang melanda aku dan keluarga aku.. iaitu diabetes jenis II

diabetes jenis ini biasa berlaku.. selalu berlaku pada mereka yang berusia 35 tahun ke atas.. terjadi perlahan-lahan sejajar dengan faktor umur tadi.. mempunyai sejarah keluarga, dan selalu di kaitkan dengan kadar kegemukan yang tinggi!

kalau yang jenis I memang boleh dikesan dari awal.. jenis II ini pulak sukar di kesan di peringkat awal.. hanya boleh diketahui apabila berlaku kompilasi atau secara kebetulan! bahaya kan?

pada peringkat ini pada awalnya pengidap diabetes akan di sarankan berjumpa pakar pemakanan. mereka ni nak kena makan teratur dan terjaga! senaman juga selalu di syorkan kerana dah diketahui tadi antara faktor diabetes jenis ini adalah faktor kegemukan.

ok.. sekarang kita tengok pulak apakah gejala awal yang menunjukkan anda telah di hinggapi penyakit ini.

1 nafas berbau manis..
2 kerap membuang air kecil
3 kabur penglihatan
4 selalu berasa dahaga yang keterlaluan
5 penurunan berat badan
6 keletihan
7 luka yang lambat sembuh..

ada tujuh gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes ini.. nanti aku ceritakan kenapa gejala ini boleh berlaku satu persatu..

dan bagaimana untuk mencegah penularan kompilasi diabetes pada seseorang















Wednesday 10 September 2014

shaklee bersama di hati



Cinta Shaklee.. cinta suci!

CINTA? Ramai yang suka menuturkannya. Samada secara serius.. secara bergurau dan tak kurang juga dalam lakonan!

Korang macamana?

Kalau Tanya aku.. aku ada beberapa perkara yang ku anggap telah jatuh cinta! Selain Allah.. Allah tidak boleh di banding dengan cinta terhadap apa jua yang lain ye!

Aku nak ceritakan cinta terbaru aku aje!! Apa lagi kan kalau tidak bersama Shaklee!

Cinta kali ni membawa makna juga kerana sedikit sebanyak perubahan berlaku dalam hidup. Antara yang ketara. Aku semakin berubah ke arah yang lebih posititf sentiasa, lambat nak datang rasa down juga.. walau kadangkala down juga! tapi tidak lah macam dulu selalu sikit hal je akan rasa down sangat dan sedih sangat.

Setiap hari group Shaklee aku ni akan ada kata-kata motivasi dari leader yang telah Berjaya.. perkongsian pengalaman dan mcam-macam tips berguna untuk orang baru macam aku ni..semua tu akan menyumbang kepada positif nya diri aku untuk mengharungi ranjau kehidupan..khususnya dalam melayari bisnes Shaklee ini berseorangan tanpa sokongan sesiapa.. hanya ada kata sindir dan pandangan sinis dari orang terhampir je yang melingkari kehidupan aku..