Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

Tuesday, 13 October 2015

Pilihan di tangan sendiri

Bercerita tentang pilihan, rasanya kita semua punya pilihan yang hampir sama.. Cuma yang membezakan adalah apa yg kita pilih itu sahaja.

Sebagai contoh.. pilihan untuk jodoh kita. Kita berhak memilih kerana kita punya pilihan..walau akhirnya Allah yang menentukan segalanya. Tetapi kita di suruh berusaha dan berikhtiar terlebih dahulu sebelum berserah sepenuhnya kepada Allah..

Begitu juga pilihan dalam pengambilan vitamin atau suplimen ni. Sebagai dealer dan pengguna tegar shaklee sudah pasti saya berkongsi pengalaman dan keyakinan saya terhadap produk ini. Agak pelik lah kalau saya pengguna Shaklee tetiba saya promosi atau kongsikan produk yang lain kan?

kali ini meh saya kongsikan produk yang memang saya makan tanpa jemu! kerana pengambilannya memang memberikan kesan yang baik pada tahap kesihatan saya.. produknya adalah OMEGA. saya dapat menstabilkan darah saya di samping kulit semakin kurang tanpda pigmen hitam. Dalam masa sama saya dapat menurunkan berat badan secara sihat kerana pengamilan omega yang teratur boleh membuatkan metabolisme kita semakin meningkat. Berpeluh je kerjanya.. walau agak rimas tapi lama kelamaan saya lega kerana berat badan makin menurun.. saya makan secara konsisten bersama dengan alfalfa serta garlic complex..

jom sihat bersama saya!



Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram ideally

Saturday, 10 October 2015

buah pinggang rosak?


Bertemu kita sekali lagi untuk menambah ilmu walau sekadar sebesar zarah. Seperti yang saya maklumkan saya menulis banyak berdasarkan pengalaman sendiri dan dari sumber bacaan ilmiah yang saya buat. 

Kali ini saya ceritakan serba sedikit peringat ke enam yang pengidap darah tinggi akan alami. Semakin kronik bunyinya kan..? Peringkat Ke 6 ialah Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder. Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang pernah kita makan.

Tanda Simpton Penyakit Buah Pinggang pula bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.  Secara keseluruhannya tahap kesihatan kita amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang – kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Pengalaman saya sendiri melihat ayah saya yang perlu melakukan pembedahan untuk membuang bisul di perut beliau amat menakutkan. Ayah saya memang seorang pengidap darah tinggi dan diabetis dan juga telah singgah juga penyakit jantung pada diri beliau. Bayangkan kerana tekanan darah tinggi dan diabetis yang dihidapinya dia perlu mencuci buah pinggangnya terlebih dahlu baru doctor akan melakukan pembedahan pada perut yang mengandungi bisul yang sangat besar! Puncanya?  Semua itu adalah berkait rapat dengan fungsi buah pinggangnya semakin merosot.

Bila keadaan sudah sampai ke tahap ayah saya yang berumur 70 tahun, pengambilan suplimen tidak lagi efektif sepeti umur kita yang muda.. Jadi..sedari awal ini amalkanlah pemakanan suplimen yang dapat membantu kita mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Sehingga jumpa lagi.. kepada yang sudi membaca.. terima kasih! Saya doakan anda sentiasa diberkati dan dirahmatiNya..


kredit kepada 
 
  

Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally
 


Tuesday, 6 October 2015

lemah tenaga batin?






Salam sahabat maya sekalian.. kita teruskan cerita tentang hypertensi atau darah tinggi..

masuk pada tahap ketiga tanda mengalami darah tinggi ini agak menakutkan! Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama. Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda. 

Part yang ni sukar untuk di jelaskan. sebab dia bergantung juga pada setiap individu. Kekerapan hubungan seks tidak bermakna seks itu berkualiti. Sistem hormon yang terganggu ini mungkin menyebabkan pasangan akan terasa perubahan pada persembahan pasangan mereka.

Jadi, jika anda rasakan kualiti hubungan seks semakin menurun...berhati-hatilah! bimbang anda salah seorang dari mangsa hypertensi tanpa sedar!

jika entry sebelum ini saya kongsikan pengalaman saya dapat menurunkan berapt badan sebanyak 14kg dalam masa 18 bulan. kali ini saya kongsikan pengalaman saya setelah saya berhenti mengambil omega. Berat badan saya naik 2.8kg dlm masa lebih tiga bulan tanpa OMEGA! dan bacaan darah ssaya tidak stabil.. bak kata orang turun naik!

Jesteru itu saya tekad untuk mengambil OMEGA semula. dan jangan lupa omega lebih baik di ambil secaa berpasangan! apa pasangannya? ikuti saya pada entry akan datang!

stay tune!


Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally
 

Sunday, 28 September 2014

daran tinggi di sebabkan shaklee?

salam sahabar sekalian. semoga sihat sentiasa.. aku macam rasa menulis surat cinta lak! kali ini aku coretkan tentang perkaitan pengalaman aku sebagai pesakit darah tinggi dan shaklee. sedar tak sedar kini telah berbulan aku meninggalkan penyakit itu.

semenjak aku melahirkan anak kedua.. aku perasan aku kerap pening.. kerap nak marah tanpa sebab dan kerap rasa berdebar-debar. apabila aku ke klinik..rupanya itu adalah tanda awal aku telah mengidap penyakit darah tinggi. pada awalnya aku kontrol secara sendiri dan makan ubat tahan sakit.. bila sakit datang. lama-kelamaan dalam tahun lepas.. aku mula mengambil ubat secara berkala.. tetapi lepas aku keguguran awal tahun baru ni.. aku mcam nekad nak try cara lain untuk mencegah darah tinggi..

semuanya bermula dengan pengambilan omega dan garlic dengan konsisten sejak dari bulan februari dahulu sehinggalah sekarang. aku membuat eksperimen pada diri sendiri. semua tu aku buat kajian melalui pembacaan aku terhadap kandungan produk dahulu. bukan suka-suka makan. Aku makan alfalfa dan omega lepas makan pagi, dan makan alfalfa dengan garlic lepas makan malam. secara konsisten selama 6 bulan. pada bulan ketiga lagi aku dah mula dapat bacaan stabil setiap kali aku pergi ke farmasi untuk check tekanan darah aku.

sekarang tekanan darah aku adalah 130/80.. seumur aku sekarang 40 tahun bacaan begitu dikatakan normal untuk paras umur aku. alhamdulillah sangat berpuashati. walau penat, walau stress bila check tekanan tak pernah naik mendadak macam sedikit masa dulu. bahagia kan?

sekarang ni aku dalam usaha membuat eksperimen untuk melihat kesan jika aku tak makan omega bersama dengan set tu. nak kekalkan alfalfa dan garlic je. alfalfa ni dah tiga tahun lebih aku makan. tak boleh tinggalkan dengan mudah kerana alfalfa sangat membantu aku dari segi masalah keputihan dan juga toksik dalam badan. aku akan tinggalkan pengambilan omega. untuk sebulan ni. nak tengok adakah kombinasi hanya alfalfa dan garlic akan menjadi untuk terus kekalkan tekanan darah normal..

berani nak cuba?

sebenarnya banyak lagi suplimen lain di pasaran yang ada kandungan garlic.. tetapi keserasian aku terhadap produk ini membuatkan keyakinan aku tak pernah goyah untuk mencuba satu demi satu produknya dan mengalami sendiri pengalaman menggunakannya.

sesiapa nak berkongsi pengalaman dan nak cuba set ini boleh pm aku. khidmat nasihat akan aku berikan berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai pengguna..


Norlida ali SID no 1076533
whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally