Bertemu kita sekali
lagi untuk menambah ilmu walau sekadar sebesar zarah. Seperti yang saya
maklumkan saya menulis banyak berdasarkan pengalaman sendiri dan dari sumber
bacaan ilmiah yang saya buat.
Kali ini saya
ceritakan serba sedikit peringat ke enam yang pengidap darah tinggi akan alami.
Semakin kronik bunyinya kan..? Peringkat Ke 6 ialah Masalah Buah Pinggang,
Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder. Buah pinggang menjadi
semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu
menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja
keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang pernah
kita makan.
Tanda
Simpton Penyakit Buah Pinggang pula bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Secara keseluruhannya tahap kesihatan kita amat
bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu,
kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan
penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat
dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure).
Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang – kegagalan akut dan kronik – akan
mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.
Pengalaman saya
sendiri melihat ayah saya yang perlu melakukan pembedahan untuk membuang bisul
di perut beliau amat menakutkan. Ayah saya memang seorang pengidap darah tinggi
dan diabetis dan juga telah singgah juga penyakit jantung pada diri beliau.
Bayangkan kerana tekanan darah tinggi dan diabetis yang dihidapinya dia perlu
mencuci buah pinggangnya terlebih dahlu baru doctor akan melakukan pembedahan
pada perut yang mengandungi bisul yang sangat besar! Puncanya? Semua itu adalah berkait rapat dengan fungsi
buah pinggangnya semakin merosot.
Bila keadaan sudah
sampai ke tahap ayah saya yang berumur 70 tahun, pengambilan suplimen tidak
lagi efektif sepeti umur kita yang muda.. Jadi..sedari awal ini amalkanlah
pemakanan suplimen yang dapat membantu kita mengekalkan kesihatan yang
berpanjangan.
Sehingga jumpa
lagi.. kepada yang sudi membaca.. terima kasih! Saya doakan anda sentiasa
diberkati dan dirahmatiNya..
kredit kepada
Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally
No comments:
Post a Comment