Friday, 9 October 2015

Novel online

Entry kali ini saya mulakan dengan pengenalan atau sinopsis novel saya. Semoga post yang saya buat secara online ini akan meningkatkan lagi semangat saya untuk membuat penamatnya. Penulisan saya ini dah berlangsung 5 tahun tanpa penghujung lagi. Saya amat berharap ada komen membina.. apakah yang anda harapkan sebagai pengakhirannya.

Antara bait-bait kata yang terdapat dalam novel saya;


Khalida merasakan Hakimi bukan jenis lelaki yang memikirkan keluarga dan anak-anak. Kalau tidak masakan dia sanggup bercinta lagi dengan Irdina ketika isterinya mengandung. Hakimi berjumpa semula dengan Irdina ketika isterinya mengandungkan zuriat mereka yang ke lima!

Agaknya ada tak yang sudi membeli novel saya jika kisahnya berkisarkan keluarga yang agak kucar kacir kerana poligami yang tidak di urus dengan baik?? 

 Irdina memandang temannya yang duduk bertentangan di hadapan mejanya itu. Umairah memang manis. Mungkin itulah faktor dia bertemu jodoh awal. Giginya yang berlapis itu menjadikan senyumannya memang manis di pandang sesiapa sahaja. Pernah sekali Irdina bertanya kepada Umairah, kenapa terlalu awal melangsungkan perkahwinan. Jawab Umairah mengundang derai tawa di kalangan rakan yang mendengar. Aku laku.. Katanya. Sudahnya Irdina tersenyum sendiri.

Saya akan kongsikan bab-bab awal penulisan saya untuk korang ikuti.


Julia Amrita Exzora. Satu nama yang glamor bak kata budak-budak sekarang. Maklumlah lahir di zaman 90an. Memang pelbagai nama gabungan wujud pada anak-anak muda yang lahir pada zaman itu. Sampailah sekarang nama-nama seperti Siti Aisyah, Mariam, Khatijah semakin di lupakan. Ibubapa lebih senang menggabungkan nama mereka untuk menghasilkan nama untuk anak mereka. Maka wujudlah nama Julia Amrita Exzora!  

ikuti kisahnya secara berturutan di entry saya yang berikutnya!

 

 


2 comments:

  1. Ida try htr ke karya seni...klu ada online novel ok gak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks niza.. insyaAllah ada kawan di tempat keje lama nak uruskan..

      Delete