Monday 6 April 2015

Menjadi yang terbaik impian semua orang

Salam pagi isnin kepada sahabat maya sekalian..Meh kita berbicara soal rumah tanggan kali ni.. moga ada manafaat untuk kita bersama.. renung-renungkan lah..

Rasanya tiada siapa yang tidak pernah mengimpikan yang terbaik dalam kehidupan mereka.. begitu jugalah diri saya.. saya inginkan yang terbaik untuk diri dan keluarga saya. lantaran itu saya bertekad saya perlu berusaha kearah itu dengan lebih bersungguh lagi.

ada wanita yang terlalu berkira dalam soal rumah tangga sehingga akhirnya diri sendiri merana. konsep kerjasama langsung tidak di praktikkan. semuanya perlu mengikut kehendak dan keperluan naluri sendiri. memang suami wajib menyediakan segalanya untuk seorang isteri. tetapi di sinilah letaknya kerjasama dan sefahaman kita berkongsi hidup. kalau kita sentiasa hidup untuk mempertikaikan keperluan kita yang tidak pernah dapat di penuhi oleh suami..maka selagi itulah kita akan hidup dalam ketidak puasan hati..

bagi pendapat saya senang aje.. kita bekerja.. dengan izin suami. tidak salah jika kita pulak membantu meringankan segala bebanan hidup bersama, jika keperluan kita sendiri yang kita pertikaikan.. mengapa tidak kita memenuhinya sendiri dengan gaji yang kita ada..kerana dengan keizinan suami kita bekerja itu..

terlalu berkira menyebabkan hidup kita suami isteri pasti tidak aman. saya sendiri melihat ramai sahabat handai hidup penuh rasa tidak puashati bila suami tidak mampu melunaskan semua. segalanya menjadi ungkitan.. mula menyalahkan suami kerana tidak mematuhi ajaran agama. bagi saya bukan isu tidak patuh kepada arahan agama.. tetapi perlu ada kerjasama,..

itu pendapat saya.. anda tidak perlu bersetuju.. dan tidak perlu juga boikot saya!

seperti biasa walau apa isu yang saya bawa shaklee tetap saya war-war kan!

Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

Sunday 5 April 2015

sakit kaki sampai tak boleh berjalan?

Pengalaman yang sangat mengerikan ni berlaku dalam kalangan keluarga terdekat saya.. iaitu adik saya sendiri.. sehinggakan dadah jenis moffin disuntik pun tak dapat menghilangkan sakit kaki dia! bayang kan! Setiap pergerakan sangat terbatas, dan dia pernah rasa tertekan kerana memikirkan kemungkin LUMPUH!

sebenarnya saya sendiri memang pernah mengalaminya lima tahun lepas.. walau hanya beberapa hari.. tapi semua tu merupakan igauan ngeri dalam kehidupan saya.. selelasp kejadian itulah kaki saya sentiasa mudah rasa kebas.. dan sendi rasa macam longgar je..

rasa ngilu bangun pagi tak usah cakap lah.. memang tu lah yang kena hadapi bertahun-tahun.. tapi.. sejak setahun kebelakangan ini saya dah temui jalan penyelesaian kepada masalah saya ni.. sangat mujarab untuk saya.. tapi mungkin juga tak mujarab kepada orang lain.. hendak pulak kalau masalah dah lama berterusan..

selalu kita fikir umur dah banyak baru akan ada gangguan begini.. masa muda takyah la makan apa-apa suplimen.. hakikatnya dalam kehidupan serba moden sekarang.. doktor sendiri memang mengesyorkan kita mengambil makanan tambahan secara terancang..

so untuk kesihatan sendi dan tulang saya ni.. ada petua yang saya amalkan. ada suplimen yang saya makan hari-hari tanpa GAGAL!!

nak tau lebih lanjut.. meh hubungi saya.. dgn salah satu cara di bawah ni..


Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

Saturday 4 April 2015

kekeringan melanda!

Siapa yang rasa hidupnya sentiasa di kelilingi oleh perkataan KERING?


Sebenar perkataan kering ni punyai banyak makna kalau kita teliti bebetul.. kalau selalu tempat tu berair.. tetiba takde air boleh di kategorikan kering.. kalau kemarau lama hujan tak menjelma juga boleh dikatakan kering lah alam sekitar.. dan.. ada juga org menggunakan perkataan kering ni untuk menggambarkan ketiadaan wang!!

macam-macam kan? 

dalam situasi saya kali ni.. saya kering jugak! tapi bukan kering duit..bukan kering takde air.. tapi saya kekeringan idea! semenjak kebelakangan ini rasanya tepu kepala nak berkongsi cerita tentang apa di dalam blog yang tak seberapa ini.. kalau dulu rasanya idea sentiasa ada untuk di kongsikan ataupun perasaan hendak di curahkan..

mulanya dengan kekangan masa ketika suami cedera.. kekeringan idea tu datang seiring dengan kekangan masa tu.. so.. memang rencahnya cukup.. maka keringlah jugak post-post di dada blog saya nih..

ketika saya menulis ni jam dah pun cecah pukul dua pagi.. kalau dulu dengan kesibukan belajar.. siapkan tesis.. saya masih mampu cabar diri untuk seiring menjalankan bisnes.. tapi sekarang.. sudah selesai tesis.. tapi bisnes pun seakan lesu.. cuma.. saya masih beruntung kerana dalam perniagaan online ni.. kastemer tetap akan return pada kita. nak pulak kalau dia rasa kita seller yang ramah dan menjaga hati mereka... Alhamdulillah.. cuma bonus tak boom! mcam selalu..

tapi hari ni.. ketika saya menulis ni.. saya tetiba bersemangat..!! sebab april menjanjikan double bonus untuk mereka yang rajin! so saya memang kena rajin sebab nak double bonus yang shaklee tawarkan!!

jom lah sertai bulan ini juga sebagai salah seoang keluarga shaklee yang sangat membantu saya menjaga kesihatan dengan lebih baik dan menjana pendapatan sampingan yang menarik!


sesiapa yang berada di sekitar balik pulau.. boleh PM kalau nak berjumpa secara real life... kita bincang-bincang plan pendapatan ni.. secara sampingan berbaloi.. secara sepenuh masa lagi berbaloi-baloi..



Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally