Thursday, 11 September 2014

diabetes dan kehidupan

salam sahabat maya sekalian.. baru teringat nak sambung cerita tentang diabetes.. cerita ni adalah pengalaman peribadi sendiri ye. takde kena mengena dengan sesiapa pun.. berguna pada korang alhamdulillah... tak berguna pun.. takde apa aku boleh buat!

sebelum ni aku dah ceritakan tentang dua jenis diabetes yang melanda dalam kehidupan kita kan.. boleh cari balik entry tu ye sahabat.. cuma di sini aku ceritakan jenis diabetes yang melanda aku dan keluarga aku.. iaitu diabetes jenis II

diabetes jenis ini biasa berlaku.. selalu berlaku pada mereka yang berusia 35 tahun ke atas.. terjadi perlahan-lahan sejajar dengan faktor umur tadi.. mempunyai sejarah keluarga, dan selalu di kaitkan dengan kadar kegemukan yang tinggi!

kalau yang jenis I memang boleh dikesan dari awal.. jenis II ini pulak sukar di kesan di peringkat awal.. hanya boleh diketahui apabila berlaku kompilasi atau secara kebetulan! bahaya kan?

pada peringkat ini pada awalnya pengidap diabetes akan di sarankan berjumpa pakar pemakanan. mereka ni nak kena makan teratur dan terjaga! senaman juga selalu di syorkan kerana dah diketahui tadi antara faktor diabetes jenis ini adalah faktor kegemukan.

ok.. sekarang kita tengok pulak apakah gejala awal yang menunjukkan anda telah di hinggapi penyakit ini.

1 nafas berbau manis..
2 kerap membuang air kecil
3 kabur penglihatan
4 selalu berasa dahaga yang keterlaluan
5 penurunan berat badan
6 keletihan
7 luka yang lambat sembuh..

ada tujuh gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes ini.. nanti aku ceritakan kenapa gejala ini boleh berlaku satu persatu..

dan bagaimana untuk mencegah penularan kompilasi diabetes pada seseorang















No comments:

Post a Comment