Salam sahabat sekalian
Korang tau tak? Beberapa hari ni saya habiskan memblog
walking.. pergi lawat blog-blog tersohor! Nampaknya semua blog yang tinggi
rankingnya tu adalah blog anak dan tak pun baru jadi mak dara yang cun melecun!
Agak-agaknya bagi orang yang tak cun macamana ye nak tarik
perhatian orang untuk datang melawat blog kita hampir setiap hari? Beribu-ribu
pulak tu! Hmmm... Setelah berfikir seketika saya memutuskan.. berpijak pada
bumi nyata.. jadi diri sendiri. Perbezaan umur dan target membina blog juga
berbeza.
Sebenarnya saya sendiri tidak mensasarkan blog saya akan
jadi popular. Cuma saya perlu ada blog kerana bisnes kecil saya yang bernama
SHAKLEE! Sebelum saya join Shaklee rasanya ada dah dua ke tiga blog saya.. yang
sudahnya bersawang je jadinya.. blog ini lah satu-satunya yang bertahan lebih
setahun dan agak aktif walau adakala bersawang juga!
Saya terfikir satu cara
yang mungkin membolehkan orang terus berkunjung ke blog saya iaitu novel
online. Secara tidak langsung saya mungkin boleh menjana pendapatan sendiri
secara online! Saya memang minat menulis. Dari yang seringan-ringan bentuk
penulisan sehinggalah kepada sepenunya ilmiah yang berat kepala untuk difahami!
InsyaAllah saya akan usahakan kelangsungan blog saya untuk
sesuatu yang lebih berguna untuk saya dan untuk anda juga. Mana tahu kan?
Dengan usaha saya dalam waktu terdekat ni saya mampu mengumpul dana untuk
mendaftar sebagai pelajar lagi sekali bagi mendapatkan ijazah kedoktoran atau
dalam bahasa mudahnya PHD pula?! Saya sangat berharap saya mampu untuk mendapat
gelaran doctor di depan nama saya dalam masa beberapa tahun ni..InsyaAllah..
Doakan saya ye!
No comments:
Post a Comment