Thursday 9 October 2014

mencari dan menjadi yang terbaik

Salam sahabat sekalian.. sekali lagi kita bertemu di medan ini.. semoga kita sentiasa baik-baik sahaja.


kali ini aku coretkan harapan dan impian kehidupan aku yang dah pun berumur 40 tahun pada 2014 ini. umur yang dah memasuki era orang tua. era 4 series. ketika ini aku amat bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang aku hadapi adalah bahagia atas bertahun derita yang aku harung penuh onak dan duri. kalau nak di ceritakan pengalaman pahit dan kedukaan silam memang tak pernah habis. tapi aku dah mampu tinggalkan memori itu di satu sudut hati aku yang paling dalam.. hendak melupakan terus adalah mustahil kerana aku manusia yang punya akal fikiran..

kehidupan aku kala ini aku teruskan dengan rasa bahagia disamping keluarga tersayang. mencari yang terbaik untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik. itulah harapan aku setiap hari.. menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik bukan semudah menuturkannya. kerana manusia memang takkan melupakan siapa kita pada masa silam dengan mudah. walaupun siapa kita pada masa silam tidak penting, yang penting adalah siapa kita hari ini dan akan datang boleh diperbaiki hari demi hari.

kita tidak boleh hidup dengan gembira andai terlalu menangisi masa silam yang kelam. itu adalah prinsip aku. kalau aku ikutkan rasa duka rasanya aku tidak mampu untuk segembira sekarang. duka yang terbit dari kekhilafan dalam mengharungi kehidupan seharusnya kita jadikan ikhtibar dan rangsangan untuk kita menceriakan hari-hari mendatang bersama orang baru.. suasana baru dan azam baru..

so.. sebagai sahabat.. walau kita saling tak mengenali.. mari aku bawakan korang berfikir sepositif yang mungkin! kerana bersikap positif sentiasa akan membuatkan kita di lingkungi aura positif. salah satu cara untuk menjadi positif adalah berkawanlah dengan mereka yang sentiasa positif!

sekian.. moga bermanafaat walau sebesar zarah!


No comments:

Post a Comment