Saturday 25 March 2017

Novel yang tak kunjung Habis

Salam sahabat maya saya sekalian.. kali ini saya bersiaran dengan sedikit sambungan novel saya.. Saya bercadang untuk menjadikan ianya sebuah novel nyata suatu hari nanti.. doakan saya ye!



“Macamana sekarang? Seronok dah jadi ibu?” Ceria sahaja bunyi suara Umairah bertanyakan soalan biasa-biasa kepada Irdina.
“Seronok.. tapi aku cepat rasa penat lah. Maklumlah.. aku beranak sulong umur dah tua..” Merendah diri bunyinya jawapan dari mulut Irdina.
“Weh! Tak tua mana kau tu. Nun di luar negara sana, baru-baru ni aku ada terbaca, umur 53 tahun masih boleh bersalin normal tau!” Seloroh atau benar kenyataan Umairah itu Irdina kurang pasti.
“Kau ni ada-ada aje cerita lawak..” Berbunga riang sedikit hati Irdina mendengar celoteh Umairah yang tidak langsung menunjukkan sikap prejudis terhadap Irdina.
Irdina tahu, dalam ramai teman di SMK Seri Pagi ini, Umairah memang seorang yang periang. Ceria dan tidak pernah di dengarnya Umairah mengata sesiapa di kalangan rakan mereka. Umairah yang berkahwin muda. Umurnya menjangkau 18 tahun sahaja sudah mendirikan rumahtangga. Tetapi tekad dalam dirinya besar. Walau sudah mendirikan rumahtangga Umairah tetap melanjutkan pelajaran. Tepat jangkamasa sepatutnya menamatkan pengajian, Umairah juga mampu tamat seperti orang lain yang bujang. Itu lah Umairah.

“Hehehe! Betul apa aku cakap.. Bukan nak ambik hati kau tau!” Celoteh Umairah sedikit sebanyak menceriakan Irdina pagi itu.

kita jumpa lagi pada entry berikutnya ya.. jangan lupa.. time baca ni lepas tu bayangkan.. produk apa nak beli? Hehe!! Shaklee dan mary kay tentunya ya!
0125656085 number whatsapp sy

No comments:

Post a Comment