Sunday 26 March 2017

Cerita pasal masak-masak pulak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan yang datang menjenguk blog comel saya ni.. Sempena hari ahad ni meh kita cerita santai-santai je.. Kali ni pasal masak memasak.

Sebenarnya saya sendiri tak pasti bila saya di kesan suka memasak. Saya hanya ingat lepas berkahwin.. suami memang nak makan selalu di rumah dan suka bawa bekal ke tempat kerja. Itu kisah dua tahun lepas lah. Sejak suami bekerja dekat dengan rumah.. hanya perlu berjalan kaki sahaja.. tiada lagi istilah bekal.. balik makan tiba waktunya..

Cerita pasal makanan.. saya ni mak orang negeri sembilan..so memang suka makan pedas-pedas. tapi dek kerana suami dan anak-anak tak makan pedas.. ada makanan saya inovasikan cara penggunaan cilinya..

Korang pernah dengar sardin masak lemak cili padi?? Rasa mesti ada yang tau.. tapi sebelah utara ni memang kengkawan tak pernah tau masak macamtu!

Ok.. Cuba try lepas ni ye..

Bahan-bahannya

1. Sardin (sebaiknya sardin cap ayam)
2. Bawang besar
3. Santan
4. kentang
5. Cili padi
6. Garam secukup rasa
7. Asam keping
8. Kunyit


Mula-mula masakkan santan .. isi bersama air sedikit supaya tidak teerlalu pekat. Lepas tu masukkn kentang dan bawang yg di potong besar. lepas kentang empuk masukkan kuah sardin. Biarkan menggelegak dalam 5 minit.
Akhir sekali baru masukkan ikan sardin dan asam keping. Biar lagi menggelegak lima minit untuk hasil masam asam keping dan masak ikan sardin.

petua untuk kentang cepat lembut memang kena masukkan asam keping kemudian sekali.

cili pula saya ceritakan asing diakhir resepi ni.. tu saya kata saya inovaasikan. sepatutnya cili padi tu di tumbuk dan di masukkan pada awal lagi time santan nak menggelegak tu. Tapi di sebab kan keluarga tak makan pedas.. saya hanya letakkan cili yang vietnam tu sebiji-sebiji. takde potong.. kalau potong nanti pedasnya akan meresap ke kuah..

jadi bila time makan cili tu nanti saya pecahkan saya untuk dapat rasa pedas!

Selamat  mencuba!


Pssttt..! sambil masak kalau teringat nak cantik-cantik lepas tu.. hubungi saya ye! kita ber mary  kay pulak! 0125656085.. nak suplimen pun ada! sila kan.. jangan segan ye

No comments:

Post a Comment