sambungan dari entry lepas...
“Biasa-biasa
sahaja. Suka tidak. Marah pun tidak.” Khalida menjawab. Memang itulah yang
benar-benar berlaku. Salina yang kini sudah pun menjadi bekas madunya tidak
berapi-api memarahinya. Salina cuma memberitahu dia malu dengan orang
sekeliling. Suaminya dianggap seorang yang baik. Pendiam orangnya Yahya itu,
tetapi dalam diam menduakannya. Saat itu Khalida hanya membisu. Tiada guna dia
meluah bicara.
Bebalik
kepada situasi Irdina yang mahu menyamakan kisah mereka. Khalida berkira-kira
mahu berceramah panjang atas keputusan Irdina itu. Tetapi itu dahulu. Sebelum Irdina
berkahwin. Sekarang tidak ada gunanya lagi. Tiga tahun dahulu tidak sama lagi
situasinya dengan keadaan sekarang. Irdina sudahpun sah menjadi isteri kedua
Hakimi. Sedangkan Khalida sejak dua tahun yang lepas tidak lagi berkongsi
suami. Tidak lagi bergelar isteri kedua yang membawa maksud berkongsi suami.
Dua tahun lalu madu Khalida telah meminta cerai dari Yahya. Tanpa alasan kukuh
surat panggilan untuk pengesahan lafaz cerai di terima Yahya. Yahya mengambil
keputusan melepaskan isteri pertamanya kerana memikirkan jarak tempat tinggal
sekarang, memikirkan Salina yang meminta cerai dan memikirkan tiada sudahnya
jika bergaduh sepanjang masa. Khalida masih ingat. Tiga tahun pertama
perkahwinannya bersama Yahya, Salina madunya tidak pernah bermasalah dengan Yahya.
Walau Yahya kadang-kadang pening kepala dengan pelbagai syarat baru dari
Salina, tetapi tidaklah membawa kepada perkataan cerai. Begitu juga dengan
Khalida. Salina tidak pernah mencari masalah dengan Khalida. Khalida dan Salina
yang memang pernah ditemukan oleh Yahya di rumah yang di diami oleh Salina.
Ketika itu Salina juga kelihatan tenang dan rasional. Masalah mula timbul
apabila Yahya bertukar tempat kerja. Bukan kehendak Yahya. Tetapi arahan tugas.
Sebagai anggota keselamatan Yahya terikat dengan arahan.
No comments:
Post a Comment