selamat membaca!
Khalida
pula sebagai seorang guru memang mudah berpindah untuk mengikut suami.
Sedangkan Salina tidak boleh. Salina bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah
kilang elektronik. Mana mungkin dia bertukar kerja. Kecuali berhenti dan
memohon pekerjaan di tempat baharu. Lantaran itu Salina terus menetap di Selangor.
Khalida pula mengikut Yahya berpindah ke Perak. Semenjak itu hubungan Yahya
dengan Salina mula panas. Ada sahaja alasan dan kekangan yang tidak membolehkan
Yahya pulang menjenguk Salina. Yahya pernah menyatakan yang dia sudah habis
rasa untuk meneruskan perkahwinan bersama Salina. Salina yang bagi Yahya pandai
bermuka-muka. Salina yang macam singa lapar bila berhadapan dengan Yahya
apabila hatinya tidak berkenan dengan apa jua keadaan. Tetapi ketika itu Yahya menyatakan
dia tidak akan melepaskan Salina. Kecuali Salina yang meminta.
Yahya
memberitahu Khalida, walaupun Khalida memaksa dia menceraikan Salina sekalipun,
dia tidak akan melakukan perkara tersebut. Kecuali Salina yang memintanya. Itu
keputusan Yahya. Khalida hanya menurut. Khalida malas mahu memikirkan banyak
perkara berkaitan madunya itu. Cukuplah hubungan dia dengan Yahya baik. Itu sudah
memadai. Khalida cuba faham dan menerima dengan hati yang terbuka alasan Yahya.
Yahya kasihan kepada Salina. Itu alasan yang Yahya berikan kepada Khalida bila
Khalida bertanya apa perlu perkahwinan itu di teruskan jika tiada sefahaman
lagi. Khalida merujuk kepada sikap Yahya yang langsung tidak mahu menjenguk
Salina dan sentiasa berperang mulut setiap kali Salina menghubunginya.
semoga berterusan membacanya ye! di samping tu shaklee jgn lupa!
No comments:
Post a Comment