Salam sahabat maya sekalian..
semoga masih ingat pada
coretan-coretan saya yang lepas juga.
Kali ini saya bawakan perkongsian tentang penyakit keturunan
yang diwarisi keluarga saya sendiri iaitu Hypertensi atau lebih kita kenali
sebagai darah tinggi. Darah tinggi boleh menjadikan kita cepat marah..cepat
stress dan cepat pengsan jugak kalau tak betul jaga!
Sebelum saya teruskan penulisan ini, ingin saya tegaskan
pada rakan taulan semua. Apa yang saya jelaskan dan juga contoh dalam kes ini
adalah dari pengalaman sendiri dan melalui pembacaan saya pada naskah-naskah
yang sahih dan juga nasihat dari para doktor yang selalu saya rujuk untuk
masalah ini.
Pada dasarnya ada beberapa tahap bagaimana kita nak mengesan
darah tinggi hadir. Permulaannya kita akan dapati darah kita merah kehitaman..
Jika kita terluka.. kita dapati darah pekat yang keluar. Semacam darah kotor
bukan darah segar. Pada tahap ini kita tidak lagi berasa tanda-tanda besar yang
mengganggu kesihatan kita. Sebenarnya saya mengalami gejala ini tanpa sedar.
Saya hanya ketahui apabila saya bertemu doktor. Kerana tiada kemalangan yang
boleh menyebabkan luka saya hadapi. Doktor mengesahkan darah saya pekat. Dan alirannya
tidak bagus.
Jadi faktor ini menyebabkan darah tidak kuat untuk dialirkan di
dalam tubuh yang boleh menyebabkan bacaan darah akan meningkat. Pada peringkat inilah saya mengenali OMEGA. Kerana kandungan
omega itu ada fungsi untuk mencairkan darah kita. Asid lemak Omega 3 antaranya
adalah dari minyak ikan.. dan omega shaklee berasal dari lemak ikan laut dalam
yang terbaik. Bermula dengan hanya sebiji sehari saya mengambilnya kerana
hendak mengesan sesuai atau tidak dengan badan. Alhamdulillah sesuai. Setelah
setahun saya mengambilnya sebanyak dua biji pula.
Kesannya? Bacaan darah tinggi saya sangat stabil walau
pemakanan saya tidak sesihat mana. Alhamdulillah...
Mahu percaya pada cerita saya atau tidak.. terpulang anda..
tapi tanpa mencubanya tiada siapa yang
boleh memberikan keyakinan itu pada kita. Saya mencubanya..dan saya yakin..
maka kejayaan ada pada saya! Selepas ini saya kongsikan faedah lain yang saya dapat dari pengambilan omega ini. Pengambilan
secara konsisten ye! Ingat tu... bukan sekali ambik..seminggu tak ambik!
Sehingga jumpa lagi..
Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally
Instagram idaally
No comments:
Post a Comment