Friday 15 August 2014

lelah KRSV

Salam sahabat maya...

rasanya ramai tak tahu apa KRSV.. maksud perkataan tu adalah kajian rekaan seni visual. PBS gak ni.. tapi berpusat dan berdasarkan lembaga peperiksaan dan markahnya di kira dalam SPM sebenar.

Setiap tahun soalan yang berbeza perlu di buat oleh pelajar. mula febuari hingga julai. tamatnya kursus pentaksiran hari ni maka nyaman lah sikit nyawa aku nak bernafas!

so, perlu beralih tumpuan kepada tesis yang masih tidak di hantar notis. sebenarnya kelewatan ni pun di sebabkan KRSV. aku perlu mendahulukan emosi aku untuk kerjaya tetap dan sumber utama rezeki aku ni dulu. senang cerita tesis tu sekadar kepuasan peribadi .. tidak menyumbang apa-apa kenaikan gaji atau pangkat dalam kerjaya aku..kecuali aku beralih arah ke IPT.

so far tiada cadangan untuk ke arah itu kerana selagi belum konvo semuanya masih tergantung!

apapun habis sahaja ber viva kelak.. lelah kedua ku juga hilang.. tika itulah fikiran bersih untuk memikirkan bisnes kecil ku ini. Aku suka menjalankannya. macam update entry blog ni .. aku belum lagi pernah mendapat pelanggan dari blog walau dah beratus entry yang aku buat.. tapi keseronokan aku untuk berkongsi cerita dan kebaikan produk membuatkan aku sentiasa bersemangat nak buat!!

kita buat, insyaAllah hasil tu pasti dapat.. cepat atau lambat sahaja yang membeza kan!!

No comments:

Post a Comment