Wednesday 16 July 2014

kenali Jenis diabetes

Salam rakan maya sekalian!

Hari ni meh kita berkenalan lebih dekat dgn apa itu yg kita sebut kencing manis @ diabetes dalam bahasa perubatannya...

Sbnrnya...terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.


Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.


Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi. 


Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.

Bagi diri sy.. sy pengidap kencing manis jenis 2. Seingat saya kencing manis mula di perkatakan dalam kehidupan saya adalah ketika ibu saya mengandung adik saya yg bongsu. Ketika itu saya berumur 25 tahun! Ibu mengandung dan menigdap kencing manis jenis 2.

itulah permulaan perkataan kencing manis tu saya kenali.. sedar tak sedar 15 tahun dulu lg dah tau kan??

hmmm.. mcmana lak terkena pada diri sendiri.. ? tunggu pada entry berikutnya..!

 

No comments:

Post a Comment