hari ni saya akan kongsikan sebahagian lagi bahagian-bahagian yang terdapat dalam novel saya.. pada masa sama saya ingin kongsikan buku motivasi yang saya cadangkan untuk diterbitkan serentak bersama novel saya kelak..InsyaAllah.. doakan saya ye..
“Bang,
Julia nak tanya sikit.. boleh?” Julia cuba mengawal suaranya selunak mungkin.
“Ye..
tanyalah .. Apa dia?” Hakimi menjawab tanpa emosi. Dia hanya memandang kosong
ke arah Julia. Tidak dapat meneka apakah pertanyaan yang bakal keluar dari
mulut Julia.
“Siapa
Irdina?” Julia bertanya. Pendek sahaja soalannya. Namun di lihatnya airmuka
Hakimi tiba-tiba keruh.
“Irdina?
Macam pernah dengar nama itu.. Tapi di mana ya?!” Hakimi menjawab semula dengan
airmuka yang ceria. Menjawab dalam nada berjenaka.
“Abang
ni.. Jue tanya betul-betul ni..” Julia seakan merajuk apabila Hakimi
mempermainkannya.
Kemelut semakin memuncak bila momen ini berlaku dalam penulisan novel saya.. ikuti perkembangannya lagi ye..
Tanpa
pengetahuan Hakimi sebenarnya Syakira pernah menghubunginya bertanya tentang
Irdina. Azhar tidak mampu berbohong. Berbohong bermakna menambah kelukaan
Syakira. Itu pendapat Azhar. Syakira pernah menghubunginya bertanyakan adakah
Azhar mengenali Irdina. Azhar secara jujur mengaku kepada Syakira memang dia
mengenali Irdina. Mereka sekelas semasa bersekolah menengah dahulu. Azhar minta
maaf kepada Irdina. Azhar sendiri tidak tahu atas dasar apa dia minta maaf.
Sedangkan dia tidak terlibat langsung dengan agenda perkahwinan Hakimi dan
Irdina. Dia sendiri tahu perkahwinan Irdina dengan Hakimi setelah mereka
bergelar suami isteri.
Jumpa lagi di entry saya yang akan datang.. selepas ini saya akan memulakan satu entry khas mengikut bab penulisan saya.. saya harap rakan sekalian boleh komen untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan saya,..
No comments:
Post a Comment