Wednesday 18 March 2015

kegigilan melanda

salam dari keheningan malam untuk sahabat maya sekalian.. setelah sekian lama tidak menjenguk blog kecil ini.. hampir bersawang rasanya.. tiba-tiba malam ini teringat nasihat dan pandangan dari super upline.. blog adalah mudah.. mudah tu menjengah dalam fikiran lalu terzahirlah entry tengah malam ni sebab nak tengok networkblog masih jalan ke tidak!

sesungguhnya hati memang teraasa tawar seketika pada hujung tahun 2014 apabila di selubungi kerunsingan menyiapkan pembetulan VIVA.. kemudian rasa itu kembali manis apabila munculnya tahun 2015 setelah berjaya menghantar draf akhir dan bermakna berakhirlah juga status mendaftar sebagai pelajar sarjana di UPSI..

tetapi kemanisan 2015 tidak banyak di sulami oleh entry blog comel ini kerana kesibukan yang melampau melanda. bermula dengan kisah awal persekolahan ... berita abah di masukkan ke hospital dan melalui frasa pembedahan. diikuti sesi persekolahan yang mengharukan kerana anak aku baru mendaftar sebagai pelajar tahun satu. bermula era anak di sekolah rendah dua minggu kemudian suami aku perlu menghadiri kursus di terengganu..

masa tu memang semuanya huru hara dan rasa serba tak kena.. di tambah pula setelah dua minggu berkursus suami pula di timpa kemalangan. keadaan suami yang merisaukan... keadaan anak-anak yang masih belum dapat menyesuaikan diri dgn alam persekolahan membuatkan masa semakin terbatas untuk aku mencoretkan rasa dan tawa di dinding blog ini.

berlanjutan lagi dengan suami yang perlu menjalani pembedahan. ingatkan habis kisah haru biru kehidupan setakat itu. rupanya tidak.. sebaik sahaja suami keluar dari wad.. aku pula terpaksa menghadirkan diri ke kursus luar selama 3 hari. tiada budi bicara yang aku perolehi dari pentadbir apabila aku meluahkan rasa berat hati nak pergi.

namun suami bersikap terbuka.. pergilah katanya.. dia pandai lah nak urus semua.. walau dalam keadaan tangan yang masih berbalut dan berdarah.. aku meneruskan langkah kelangsungan dunia pekerjaan.

setelah balik.. kepenatan melanda.. empat hari bercuti.. dan.... hari ni mood untuk berkongsi tinta bisu ini kembali!!!

doakan ianya akan berterusan ye kengkawan sekalian!

dan jangan lupa cari daku ketika perlu!

Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally

No comments:

Post a Comment