Thursday 19 March 2015

berpendidikan tinggi belum tentu lebih membawa rezeki..

Salam sahabat sekallian...

perasan tak.. sebenarnya tidak semua orang yang bijak berjaya dalam hidup. ibaratnya orang yang punya kelulusan tinggi belum tentu akan mencapai kejayaan yang gemilang dan terbilang dalam bidang kerjaya. sebagai contoh ada orang takde la tinggi mana pendidikan tapi rezeki dia dalam berniaga sangat baik.. untung perniagaannya berlipat kali ganda dari orang yang punya pangkat tinggi setanding pendidikan mereka. itu wujudnya ayat bekerja dari rumah, berpendapatan CEO.. satu lagi.. ada juga yang bekerja biasa-biasa sahaja dengan kelulusan yang biasa-biasa sahaja, tetapi mereka sebenarnya mampu cemerlang dalam pelajaran tapi tidak punya ruang waktu dan kesempatan. kengkadang desakan hidup membuatkan mereka terpaksa menguburkan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran. ada banyak kes gitu sebenanrya.

kes lain pula.. ada yang memang tak minat dah nak sambung belajar. minatnya terarah untuk membina keluarga. maka berkahwin lah di usia muda. keadaan ini bagus juga sebenarnya. tidak bermakna sudah bekeluarga tidak boleh melanjutkan pelajaran.. aku ada kawan yang dah berusia awal 40an ni baru nak mula ambik degree.. sama dengan anak dah masa belajar.. tapi rasanya tu tak salah selagi ada kemahuan pasti terbentang jalan.

pada keadaan lain pulak.. ada orang menyanjung tinggi orang yang punya akademik tinggi sedangkan kejayaan akademik tu kengkadang tak bawa apa makna nya pun dalam kehidupan seharian. ada yang berpelajaran tinggi tapi tidak boleh bergaul dengan baik.. suka meninggi diri dan mcam-macam masalah mental lagi.. 

aku pulak melalui pendidikan formal ke peringkat sekarang dalam jangka waktu yang amat panjang dan perlahan.. semua itu ada hikmahnya. bila mula mencebur diri dalam bisnes online mcam sekarang juga merupakan peluang pendidikan secara percuma dan pelbagai bidang.. bidang pemakanan.. bidang motivasi dan tak lupa juga kewangan! semua tu pembelajaran secara tidak langsung yang dapat di perolehi bila menjiwai bissnes ini...

Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally



No comments:

Post a Comment