Tuesday 12 August 2014

kisah sedih menyertai SHAKLEE

Salam sahabat maya untuk kesekian kalinya!

hari ni aku nak kongsikan kesedihan dalam menyertai SHAKLEE.. sedih?? kenapa ye?

haaa!! teruskan membaca ye..

Sebenarnya kesedihan tu akan wujud pada aku apabila melihat rakan yang beria-ia pada awalnya menyertai shaklee tetapi belum apa-apa dah pun terkulai layu di tasik madu! apa yang aku katakan ni memang wujud!

pada awal menyertai semangat membakar! tup-tup.. sale tak sampai 300uv.. lalu kecewalah hati.. hmm.. sebenarnya semangat nak cepat berjaya tu bagus tetapi kita haru sedar dan rasional .. berjaya dalam masa yang singkat tidak banyak berlaku dalam dunia realiti dan perniagaan yang jelas hukumnya. usaha dan ikhtiar perlu berterusan. niat kena betul dan tak cepat jemu.

satu lagi yang aku sedih kalau join shaklee tak buat apa-apa pada yang memang tak bekerja secara rasmi. aku tau mesti ada tak puashati. sebab cakap yang jadi surirumah takde keje. bukan itu yang aku maksudkan. tak bekerja di sini kerana tidak mempunyai pendapatan sendiri. sepenuhnya mengharapkan suami.

sedih aku melihat mereka-mereka ini. kalau ada bisnes lain itu sudah cukup baik. tidak semestinya hanya shaklee yang boleh bantu ekonomi keluarga. tapi aku bercakap atas dasar semagat nak join kata nak bantu suami.. nak ada duit sendiri.. tapi takde kesedaran diri. putus asa cepat.. menyampah dengan upline.. tu yang memang tak menjadi!!

penutupnya...
pilihan di tangan sendiri. aku berckp tidak ada kepentingan apa-apa kerana tidak penting untuk aku fikirkan atas kepentingan apa perlu berkata begini kerana ini blog aku.. memang luahan perjalanan kehidupan aku..


No comments:

Post a Comment