Saturday, 24 October 2015

ustazah genit

best tak tajuk entry kali ini? hehehe! saje bikin panas! kasi up sikit viewer je. jangan salah sangka ye..

kat sini aku bagitau korang entry novel akan berselang seli dengan entry shaklee aku tau!

kali ni novel.. jommmmm!! permulaan bab 2 ok?!



Bab 2
Suasana di bilik guru di SMK Seri Pagi pada pagi itu seperti biasa riuh rendah. Sebelum kelas pertama bermula biasanya memang begitulah suasananya. Ada yang memang sudah bersedia untuk memulakan kerja kerana mempunyai waktu mengajar pada waktu pertama. Ada juga yang berkira-kira untuk ke kantin terlebih dahulu kerana waktu mengajar akan bermula pada waktu berikutnya. Bilik guru terletak di tingkat dua di SMK Seri Pagi. Bertentangan dengan bilik guru tersebut menempatkan pelajar Tingkatan 6. Jadi, suasana riuh masih terkawal. Tidak ada pergerakan pelajar berlari-lari dan berkejaran antara satu sama lain. Kalau lah di tempatkan pelajar tingkatan satu bertentangan dengan bilik guru ini mungkin haru-biru tiap hari dengan adegan kejar mengejar budak-budak tingkatan satu yang masih belum matang itu.

Di suatu sudut dalam bilik guru kelihatan Irdina duduk termenung menongkat dagu di mejanya. Riuh rendah perbualan teman-teman yang bertingkah-tingkah bunyinya pagi itu tidak menarik minatnya langsung. Di perhatikannya jadual peribadi yang terletak di bawah cermin yang ada di atas meja miliknya. Irdina seakan-akan terkejut. Mungkin sudah terlupa jadual waktu. Maklumlah, cuti bersalin yang di ambilnya tiga bulan. Tiga bulan adalah satu tempoh yang panjang. Terkocoh-kocoh Irdina bangun. Mengambil beberapa buku rujukan di meja, lalu menyusur keluar ke pintu belakang. Laluan tersebut menyebabkan Irdina perlu melalui deretan lagi meja guru. Bezanya ada tingkap yang menjadi pemisah apabila mengambil laluan di kaki lima itu untuk turun ke bawah. Kalau Irdina mengambil laluan keluar melalui deretan meja guru-guru lain tadi, dia terpaksa berhadapan dengan pandangan-pandangan sinis dari teman-temannya. Irdina merasakan semua orang memandang sinis terhadapnya semenjak dia menjadi isteri kepada Hakimi. Semua orang tahu Rahim seorang yang baik. Ramai yang tidak menyangka mereka bercerai. Irdina dan Rahim telah mengambil seorang anak angkat perempuan. Orang tua-tua selalu berkata mengambil anak angkat akan dapat anak sendiri juga akhirnya. Tetapi itu tidak berlaku kepada Irdina dan Rahim. Mungkin belum masanya. Mungkin juga itu bukan rezeki mereka. Sejak itu Irdina rasa tersisih sendiri.

“Aku rasa laki dia memang tak balik la..” suara yang halus itu amat di kenali Irdina. Itu suara ustazah Shuhaidah. Ustazah genit itu tidak seperti ustazah layaknya dari segi pemakaiannya. Itu pandangan Irdina.

sambung lg.. saboorr!!

No comments:

Post a Comment