Wednesday, 7 January 2015

berfikir di luar kotak

Semoga kehadiran hari ini adalah lebih baik..lebih indah dan lebih bermakna dari semalam. Dan jangan bawa duka semalam ke hari ini kerana ianya bisa merosakkan selautan rasa kita untuk mengharungi hari ini dengan aman....

Kali ini aku kongsikan buah fikiran aku yang tengah serabut menyiapkan pembetulan ni. Kali ni tentang berfikir di luar fikaran yang biasa. Aku coretkan ini sebagai luahan rasa aku yang selalu sangat dengan orang sekeliling meremehkan usaha aku untuk menyambung pengajian yang tak kunjung selesai ini. Coretan aku ini adalah dalam ruang lingkup aku sebagai seorang guru yang berkhidmat dalam kerajaan persekutuan!

Sekarang ni masih ramai lagi yang beranggapan belajar selepas mendapat pekerjaan yang terjamin dan tidak membawa pulangan apa-apa dalam bentuk wang ringgit adalah pekerjaan sia-sia. Seolah-olah perkara itu adalah perbuatan yang membazir.. membazir masa..membazir duit, membazir tenaga. tak tahu lah berapa ramai yang masih berfikir sebegitu bila 2015 ini menjengah!

Aku mengajak berfikir di luar kotak tu adalah kerana.. jangan fikir terlalu sempit. jangan fikir tiada gunanya sampai bila-bila pengajian tu. terkini mulai 2014.. tangga gaji permulaan untuk DG41 dah pun berbeza antara yang ada ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran! haaa.. bayangkan kalau dulu korang yang muda-muda tu terus je sambung pengajian sarjana.. sekarang masuk ke perkhidmatan awam.. gaji yang selalu jadi topik utama tu memang berbeza. 

aku sebenarnya ingin meletakkan diri aku berada dalam keadaan selamat pada masa akan datang. selamat dari segi perkhidmatan maksud aku. selain dari mengejar cita-cita yang terhenti suatu ketika dulu. bayangkan suatu hari nanti aku dah takde minat langsung nak belajar.. tiba-tiba wajib guru menengah mempunyai sarjana. kala itu aku pasti aku antara yang akan menerima kesannya. aku sayangkan kerjaya aku. dan aku mahu aku relavan dalam perkhidmatan aku sampai aku pencen!

pada masa yang sama belajar membuatkan kita mahu tak mahu perlu membaca sebanyak mungkin bahan rujukan.. minat membaca aku tak mati sampai bila-bila. aku memang suka membaca. walau sekarang minat untuk membaca bahan ringan seperti novel adalah sangat terhad tetapi pembacaan ilmiah yang aku lakukan hampir setiap hari membuatkan otak aku sentiasa berfikir ke arah positif dan buat otak aku menjadi segar!






Tuesday, 6 January 2015

pra viva pembetulan 6 bulan..

salam sahabat sekalian.. hari ni bersiaran lewat sikit.. siang tadi sibuk menghabiskan beberapa lembaran data untuk di terjemahkan..

hari ni aku bawakan sedikit coretan yang mungkin memberi manafaat kepada sahabat yang ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana. bagi rakan yang sudahpun memiliki sarjana mahupun kedoktoran pula.. coretan ini aku lontarkan sekadar pengalaman sendiri dan luahan rasa aku melalui pahit getir menghabiskan sarjana ini.

Genap sebulan lepas aku menghadiri sesi pra viva peringkat master aku. sebelum ini tidak pernah terlintas yang aku perlu menghadiri pra viva. rupanya sesi ini di adakan di peringkat UPSI sahaja. Ada baiknya sesi ini di adakan..dalam masa yang sama ada juga pendapat ianya membebankan pelajar. bagi aku pula yang dah pun melalui frasa tu rasanya ada baiknya dan ada juga lah sedikit bebannya.

melalui sesi pra viva pada awal tafsiran aku adalah sesi santai melibatkan dalaman fakulti sahaja. tetapi aku terkejut rupanya ia adalah satu sesi rasmi. yang berjalan dengan ada pengerusi majlis, dengan adanya pemeriksa dalaman, pencatat rasmi dan juga rakan-rakan sesama supervisor dan rakan sesama master dan PHD...dan siap ada tajaan makanan!

semasa melalui sesi pembentangan itulah aku baru faham terjemahan dan hamparan idea aku belum cukup untuk memperolehi ijazah sarjana multimedia melalui mod B. hmmm.. inilah kisah yang nak aku highligt kan.. perbezaan mod. atau lebih mudah cara pengajian. aku masih ingat salah seorang pemeriksa dalaman aku mengatakan bahawa data dan analisis yang aku bentangkan tidak cukup untuk mencapai tahap sarjana mode B. katanya kalau mod C aku dah boleh selesai dah! masa tu aku pegang kepala yang rasa berpinau!

sebenarnya mod pengajian ni adalah beza pengajian itu di jalankan. kebanyakkan rakan yang berjaya menghabiskan sarjana dengan mudah adalah di bawah pengajian kerja kursus. Di mana mod pengajian sebegini kalau di UPSI di kenali dengan mod C. Pelajar perlu menghadiri kelas dan kerja yang selalu di sebut 'tesis' tu hanya perlu di siapkan untuk melengkapkan 6 jam kredit pengajian. Bukan nak memperlekehkan pengajian peringkat ini. susah senang nak menghabiskan sarjana..hanya yang melaluinya sahaja yang tahu. cuma di sini bezanya yang paling ketara bila tesis yang sebenarnya di panggil kertas projek pada mod C ini penulisannya tidak melibatkan pemeriksa lain. hanya supervisor sendiri yang menilai dan meluluskannya. Jadi tak hairan ramai yang boleh habis on time.. dan patah perkataannya juga tidak lebih dari 20k.. 

dalam hal mod B yang aku lalui pulak.. tesis tu di panggil disertasi.. melibatkan 18 jam kredit. dan ada dua pemeriksa lain. seorang dari fakulti..iaitu selain supervisor kita..dan seorang lagi dari IPS. jadi, di sinilah konflik tu di lihat akan menjadi lebih sukar. ada tiga orang manusia yang berbeza pendapat dan berbeza latar pendidikan yang akan menilai hasil kajian kita.. so .. tentu ada rumit dan kelirunya kita di situ. jadi time aku menjalani sesi pra viva tu.. hanya wakil IPS je takde.. lain-lainnya ada!

setelah selesai .. pengerusi membuat rumusan dan aku di berikan masa 6 bulan untuk menyiapkan pembetulan! bayangkan pembetulan 6 bulan itulah yang aku tengah kejarkan untuk siapkan dalam tempoh sebulan ni! penyelia aku dr maizatul hayati inginkan aku menghabiskan pada semester ini juga. katanya sementara cuti sekolah ini insyaAllah aku boleh selesaikan. tempoh 6 bulan tu hanya syarat atas kertas kerana beberapa faktor seperti mod yang aku jalankan dan juga status aku sebagai pelajar separuh masa. Jarang sebenarnya yang ambil PJJ membuat mod B ni. cabaran menghabiskannya memang besar. itu bagi aku lah.. yang bergelar guru..ibu..isteri.. dan pelajar!

aku akan ceritakan tentang mod A di lain coteran ye.. mungkin sesuai waktu aku mengambil Phd nanti.

moga dapat  memberi sedikit manafaat kepada rakan dan taulan.. sapa nak tahu lagi boleh pm 0125656085 selain tanya pasal SHAKLEE boleh je tanya pasal nak buat master atau kongsi tajuk untuk PHD lak!



Monday, 5 January 2015

Terkejut!

Salam semua! terkejut?

sebenarnya saya terkejut dengan bacaan gula yang semakin stabil. beberapa hari lepas saya ke farmasi untuk memeriksa bacaan darah tinggi.. Alhamdulillah semua ok.. baik baik sahaja.. dalam masa sama saya ambik peluang untuk check kencing manis sebab strip di rumah telah habis. lama jugak dah tak check kencing manis ni..

saya selalu merasa kaki dan tangan kebas di waktu malam.. ada orang cakap tu tanda kencing manis tinggi. tapi tidak pulak berlaku pada saya. bacaan kencing manis saya..ok-ok saja. saya rasa mungkin di sebabkan oleh hobi saya makan ais! ais bagi saya macam biskut! so.. sejuk melanda.. dengan usia yang dah menjangkau 41 tahun ni.. rasanya badan makin tak tahan dengan sejuk.. apatah lagi tidur dalam aircond sentiasa!

sebenanrya bukan senang nak dapatkan bacaan gula yang stabil dalam keadaan saya yang makan takde pantang larang.. teh tarik.. nasi minuman manis.. memang hobi! kadang ada rasa.. kalau tetiba aku mati.... tapi selalunya fikiran tu cepat berlalu apabila memikirkan.. tu semua urusan Allah..

tetapi.. sempena 2015 ni saya berazam untuk cuba mengekalkan pengambilan suplimen yang sangat membantu saya ni di samping nak menjalankan diet! InsyaAllah saya akan mencubanya dengan jaya demi kelangsungan kesihatan yang baik.. Sebenarnya saya berhajat untuk stop pengambilan suplimen ni sebab harganya agak mahal.. tetapi kebetulan bulan ni PROMOSI produk berlangsung! saya pun tak jadi lah stop..!

Nak tau apa suplimen yang saya maksudkan? meh la pm saya di number 0125656085.. saya kongsikan pengalaman saya menggunakan produk ini sejak hampir setahun yang lepas 




Sunday, 4 January 2015

kenangan terindah

Assalamualaikum sahabat sekalian.. kali ini aku kongsikan pengalaman paling manis aku sebagai seorang ibu..

rania menghadiri sesi orentasi hari ni.. mulanya dia excited masa kat rumah. tapi bila singgah minum pagi tetiba dia mula muncung! bila aku tanya kenapa jawabnya kakyong macam takut sikit! aku gelakkan je la.. lalu aku cakap .. kan nak masuk ceria popstar.. mana boleh takut! kemudia dia ceria kembali..

indah sekali pengalaman menghantar dia ke sekolah. tengok gelagat dia yang berani.. walau tak de seorang kawan pun dia kenal di sekolah tu. maklum lah dia bersekolah tadika di teluk kumbar.. sekolah di balik pulau memang takde kawan lah dia.

anak aku ni memang perangai berani. anak  yang aku panggil anak niat! menunggu kehadirannya pahit manis aku lalui hampir 4 tahun. selepas tiga kali keguguran.. barulah dia lahir dengan selamat dan melengkapkan impian aku menjadi seorang ibu
.

perangai dia ni mak aku cakap memang menurun aku.. bijak berkata-kata. pemikirannya dah sampai kepada aras aplikasi.. bukan lagi tahap tahu dan faham sahaja.. ceria keluarga kami memang dengan keletah dan isu-isu dia je lah.. di samping adik dia yang manja tu..

jangan taktau.. anak aku yang sorang ni suka makan vit C chewable tau! dia ckp SHAKLEE bagus! hahaha! like mother like dotter!

Saturday, 3 January 2015

kisah tahun pertama

Salam sahabat maya sekalian.. semoga kita sentiasa di berkati dan dirahmatiNya sentiasa.. kali ni meh aku kongsikan pengalaman tahun pertama menyertai SHAKLEE.

Selama setahun ni SHAKLEE tidak pernah mengecewakan dari segi sumbangan pendapatan sampingan kepada aku. Setiap bulan tiga angka..empat angka akan menjengah ke akaun aku. Rasa lega dan rasa berbaloi sebenarnya. Siapa nak bagi duit tengah bulan kan? tapi SHAKLEE memang bagi..

Keadaan aku yang sangat sibuk ni pun masih boleh mendapat pendapatan sampingan ini. Sebenarnya kalau betul tumpukan sepenuhnya.. memang berbaloi hasilnya dengan menyertai SHAKLEE ni..

Berbaloi dari segi pendapatan sampingan.. berbaloi juga dari segi pengetahuan untuk ber bisnes.. berbaloi dari segi kesan penggunaan produk yang sangat berbaloi..

tahun 2015 ini aku mengharapkan pendapatan dari sumber SHAKLEE ni semakin stabil dan kesan penggunaan yang berterusan produk SHAKLEE ni akan membuatkan hidup aku lebih selesa dan bertenaga..

pada rakan di luar sana.. kalau rasa boring takde apa nak buat.. atau tercari-cari bisnes bermodal kecik .. berisiko kecik.. tapi pulangan yang berbaloi.. boleh PM 0125656085 aku akan cuba bantu korang untuk yang terbaik..

Friday, 2 January 2015

jana pendapatan sampingan bersama shaklee

salam sahabat maya sekalian. bertemu di tinta bisu ini moga ada manafaat untuk kita bersama walau sebesar zarah sekalipun. kerana setiap kebaikan yang berterusan itu adalah yang terbaik dari yang terbaik. Insya Allah. 

kali ini aku kongsikan cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui shaklee. aku kongsikan cerita ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. bukan sekadar cakap kosong untuk menarik perhatian orang semata-mata. aku kategorikan ianya sebagai pendapatan sampingan kerana aku masih bekerja makan gaji sehingga ke hari ini. dalam masa yang sama memang ramai jugak dalam kelompok rakan bisnes shaklee aku yang telahpun berhenti dari makan gaji dan memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap bisnes ni.

bisnes ni takde cara taja orang kita naik.. orang bawah teruk buat kerja. tidak sama sekali. bagi aku ianya adil.. sebab yang atas tetap perlu bekerja walau tak seteruk yang bawah .. tetapi mereka juga bermula dari bawah..

untuk jana pendapatan terlebih dahulu korang kena jadi ahli.. cara jadi ahli ada dua.. atas belian dan membayar secara tunai untuk seumur hidup.

di samping korang dapat pengalaman yang menarik bersama rakan rangkaian bisnes yang aku sertai ini.. koprang dapat jana pendapatan dari dua sudut.. yang pertama adalah dari sumber jualan harga runcit.. dan yang kedua adalah dari uv barang korang kumpulkan.. menarik kan?

nak tau lebih menarik.. hubungi saya..0125656085


Malam pertama

Salam sahabat maya sekalian..

Tajuk gempak kali ni eh! sebenarnya tidak ada kena mengena dengan sesiapa! Malam pertama yang saya maksud kan adalah malam pertama di tahun 2015 ini. itu sahaja..

ketika saya menulis entry ini saya masih belum tidur kala jam menunjukkan 2.00 pagi.. masih berbaki pembetulan yang belum di buat untuk tesis saya. Lelah memikirkan kena menghantarnya sebelum ahad ini.. tapi lelah juga jika tidak beriklan tentang SHAKLEE!.

saya sukakan bisnes saya.. dalam masa sama saya ingin menggapai impian agar suatu hari nanti akan bergelar dr norlida ali. begitu besar harapan..seiring dengan begitu besar cabaran dan dugaan yang perlu saya hadapi..

saya pernah balik jam 1 pagi turun dari keretapi ketika tinggal di batu gajah dahulu semata-mata menghadiri kelas yang habis jam 11 mlm.. ketika itu anak saya rayyan masih kecil.. belum pun setahun umurnya.. kini anak saya telah berusia 4 tahun lebih.. saya masih belum menyempurnakan pengajian saya.. kadang-kadang timbul rasa menyesal kerana menukar mode program dari kerja kursus ke mixmode.. tapi semuanya sudah tersurat.. 

kata-kata panel penilai semasa sesi pra viva baru ni menusuk ke kalbu saya.. mereka kata jika saya membuat kerjakursus.. kertas projek saya done! takde pertikaian! tapi di sebab kan saya mengambil mod campuran.. segalanya perlu di detail kan lagi.. aduhai.. ni baru master! kalau Phd nanti bagaimana? sesekali rasa putus asa.. takmau dah menyambung pengajian lepas nih.. tapi.. keazaman untuk melangkah setapak je lagi masih ada berbaki di sanubari saya..

saya suka yang membaca entry saya mengambil semangat dan keazaman saya.. tetapi kalin perlu lebih nekad dari saya kerana waktu saya ambil untuk menghabiskan tesis selama 5 semester agak lama.. sungguhpun begitu saya tetap bangga dengan diri sendiri.. kerana saya bekerja..bekerluarga..tanggung semua perbelanjaan sendiri!

ok lah.. semangat kena membara selalu.. seperti semangat malam pertama!

Thursday, 1 January 2015

gembira rasa di hati..

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat maya sekalian.. moga kita semua di rahmati dan terus di berkati hendaknya.. pada sesiapa yang keluarga atau sahabat handai yang terkena musibah banjir tu.. harap semua semakin baik lah kan..

hampir setahun sudah berlalu saya mengamalkan pengambilan suplimen dibawah keluaran SHAKLEE. bukan lah terlalu taksub tapi saya memang mendapat kesan yang sangat baik selepas mengamalkan beberapa produk yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan saya..


antara produk yang sangat berpuashati bila mengamalkannya adalah VIVIX saya tidak overclaim kata produk ini menyembuhkan.. sebab saya pernah cuba tinggalkan beberapa minggu.. bacaan gula saya naik sedikit.. tetapi saya merasakan pengambilan yang berterusan dapat memberikan kesan yang lebih baik di samping penjagaan pemakanan.

apabila mengambil produk ini secara tak langsung saya mendapat bonus untuk kelebihan yang lain.. saya mendapati kulit muka semakin lembut dan sekata. bintik-bintik hitam hitang sedikit demi sedikit..seronokkan? walaupun harganya dikategorikan agak tinggi.. tapi dengan kesan yang pelbagai rasanya amat berbaloi jika kita mengamalkannya.. 

satu lagi yang saya seronok bila mengamalkan pengambilan VIVIX ni.. saya jadi sentiasa bertenaga dan cergas! bangun pagi tidak lagi lemau dan berat kepala. rasa tak selesa akan muncul kalau saya tinggalkan pengambilannya..

jom try sebotol dulu.. sementara promo ni harga memang berbaloi..

jangan segan dan ragu.. hubungi saya di 012-5656085


VIVIX


Selamat tahun baru.. azam baru.. serba baru

Assalamualaikum sahabat maya sekalian.. setelah sekian lama blog ini sunyi dari coretan ..aku mulakan semula pada tahun 2015 ini. Semoga masih ada yang sudi mengikut segala perkembangan yang mengiringi kehidupan aku...


Hmmm..hari pertama tahun baru 2015 ini masih tak banyak berubah dari hari-hari sebelum ini. Masih menduduki pulau indah ini. masih membuat kerja yang sama.. cuma untuk 2015 ini aku mengharapkan sinar yang lebih baik dalam kehidupan sebagai seorang guru..sebagai pelajar.. dan sebagai peniaga online!

Sebagai seorang guru.. aku mengharapkan tahun 2015 ni akan membuahkan hasil yang lebih manis di mana aku boleh menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang dalam subjek aku.. dan cemerlang sahsiah diri mereka. walaupun aku agak meluat kerana sekali lagi aku terpaksa hadap pelajar kelas paling hujung sebagai guru kelas.. tapi aku terima juga demi tugas dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. dari sudut positifnya aku anggaplah..aku guru terbaik yang boleh mengawal kelas yang paling hujung yang selalu tidak di inginkan oleh guru lain...

Sebagai seorang pelajar.. aku harap 2015 ini aku boleh berkonvokesyen. Sekarang aku sedang membetulkan tesis bagi memenuhi keperluan VIVA sebenar. walaupun masa yang di peruntukkan adalah 6 bulan, tetapi dengan cadangan supervisor aku.. dia mahu aku siapkan sebelum sekolah bermula. ada baiknya kerana aku tak lagi perlu mendaftar untuk semester akan datang.. tapi peritnya.. memang perit nak siapkan dalam tempoh tak sampai sebulan. sebelum ni aku berkampung di upsi lebih seminggu.. memang boleh buat dengan banyak dalam sehari.. tapi bila pulang ke rumah sendiri.. semua tu tak menjadi.. macam-macam nak buat.. masa 24 jam mcm tak cukup.. namun.. langkah perlu di teruskan.. kena kuat semangat.. selangkah saja lagi.. doakan aku ye kengkawan..

sebagai peniaga online pula aku mengharapkan aku dapat meningkatkan jumlah jualan dalam setiap bisnes yang aku buat.. bisnes shaklee.. samabl hitam pahang..dan juga tudung fareeda.. walau semuanya bukan menghasilkan keuntungan puluhan ribu ringgit.. tapi aku masih seronok untuk membuat semua bisnes ini..pelbagai pengalaman pait manis aku lalui dengan menjalankan perniagaan ini..terima kasih kengkawan yang sudi menjadi pelanggan..

jumpa lagi di coretan akan datang.. aku mengharapkan VIVIX akan menjadi produk promosi untuk januari..

 
VIVIX