Saturday, 24 October 2015

ustazah genit

best tak tajuk entry kali ini? hehehe! saje bikin panas! kasi up sikit viewer je. jangan salah sangka ye..

kat sini aku bagitau korang entry novel akan berselang seli dengan entry shaklee aku tau!

kali ni novel.. jommmmm!! permulaan bab 2 ok?!



Bab 2
Suasana di bilik guru di SMK Seri Pagi pada pagi itu seperti biasa riuh rendah. Sebelum kelas pertama bermula biasanya memang begitulah suasananya. Ada yang memang sudah bersedia untuk memulakan kerja kerana mempunyai waktu mengajar pada waktu pertama. Ada juga yang berkira-kira untuk ke kantin terlebih dahulu kerana waktu mengajar akan bermula pada waktu berikutnya. Bilik guru terletak di tingkat dua di SMK Seri Pagi. Bertentangan dengan bilik guru tersebut menempatkan pelajar Tingkatan 6. Jadi, suasana riuh masih terkawal. Tidak ada pergerakan pelajar berlari-lari dan berkejaran antara satu sama lain. Kalau lah di tempatkan pelajar tingkatan satu bertentangan dengan bilik guru ini mungkin haru-biru tiap hari dengan adegan kejar mengejar budak-budak tingkatan satu yang masih belum matang itu.

Di suatu sudut dalam bilik guru kelihatan Irdina duduk termenung menongkat dagu di mejanya. Riuh rendah perbualan teman-teman yang bertingkah-tingkah bunyinya pagi itu tidak menarik minatnya langsung. Di perhatikannya jadual peribadi yang terletak di bawah cermin yang ada di atas meja miliknya. Irdina seakan-akan terkejut. Mungkin sudah terlupa jadual waktu. Maklumlah, cuti bersalin yang di ambilnya tiga bulan. Tiga bulan adalah satu tempoh yang panjang. Terkocoh-kocoh Irdina bangun. Mengambil beberapa buku rujukan di meja, lalu menyusur keluar ke pintu belakang. Laluan tersebut menyebabkan Irdina perlu melalui deretan lagi meja guru. Bezanya ada tingkap yang menjadi pemisah apabila mengambil laluan di kaki lima itu untuk turun ke bawah. Kalau Irdina mengambil laluan keluar melalui deretan meja guru-guru lain tadi, dia terpaksa berhadapan dengan pandangan-pandangan sinis dari teman-temannya. Irdina merasakan semua orang memandang sinis terhadapnya semenjak dia menjadi isteri kepada Hakimi. Semua orang tahu Rahim seorang yang baik. Ramai yang tidak menyangka mereka bercerai. Irdina dan Rahim telah mengambil seorang anak angkat perempuan. Orang tua-tua selalu berkata mengambil anak angkat akan dapat anak sendiri juga akhirnya. Tetapi itu tidak berlaku kepada Irdina dan Rahim. Mungkin belum masanya. Mungkin juga itu bukan rezeki mereka. Sejak itu Irdina rasa tersisih sendiri.

“Aku rasa laki dia memang tak balik la..” suara yang halus itu amat di kenali Irdina. Itu suara ustazah Shuhaidah. Ustazah genit itu tidak seperti ustazah layaknya dari segi pemakaiannya. Itu pandangan Irdina.

sambung lg.. saboorr!!

Thursday, 22 October 2015

untuk kepuasan

Salam korang.. kali ni aku post kan panjang sikit! untuk bagi korang puas sikit membacanya.. ni adalah last bab 1. Semoga korang berada di jiwa bila membaca kisah ini..


Kemuncaknya datang jua. Khalida di kurniakan zuriat. Awal perkahwinan Khalida memang pernah mengandung tetapi anak yang di kandungnya keguguran. Bukan sekali, tetapi dua kali Khalida keguguran. Keguguran kali pertama semasa usia kandungannya dua belas minggu. Kali kedua pula pada usia kandungannya sudah menjangkau kepada lima bulan. Namun begitu kekecewaan Khalida terubat apabila kandungan ketiganya selamat. Khalida memperoleh zuriat perempuan. Sejak Khalida mempunyai zuriat sendiri Salina mula berubah. Macam-macam kerenah dan bahasa tidak enak keluar apabila dia berhubung dengan Yahya. Khalida tidak pernah ambil tahu kenapa Salina mahu bercerai. Cuma, Khalida ada diberitatahu jiran-jiran Salina. Tamat sahaja tempoh eddah Salina telah berkahwin lain. Mudah sungguh Salina membina ikatan perkahwinan yang baru. Tetapi biarlah. Itu pegangan Khalida. Khalida tidak ada kena mengena dengan keputusan Salina itu. 

Tiba-tiba terdengar rengekan Rania dari dalam bilik. Khalida tersedar. Panjang sungguh lamunannya tadi. Bingkas bangun untuk melihat Rania. Khalida berharap Irdina akan dapat mengawal emosi. Irdina yang masih dalam pantang bersalin. Irdina yang memang patut dikasihani walau kedegilannya yang membawa kepada apa yang dia tanggung sekarang. Khalida menyimpan hasrat. Ingin melawat Irdina ketika cuti hujung minggu akan datang. Insya-Allah. Khalida akan cuba memujuk Yahya. Yahya bukan mudah untuk sengaja bertandang ke rumah orang jika tidak ada majlis tertentu atau urusan tertentu. Khalida berjalan menuju ke bilik. Rania tidak boleh terjaga ketika ini. Jika tidak, Khalida tidak akan merasa untuk memejamkan mata.

“Mami telefon siapa?” dalam pelat bercakap tapi masih boleh di fahami Rania anak Khalida bertanya sebaik sahaja Khalida masuk ke bilik untuk menjenguk.
“Kawan mami sayang.. tidurlah.. belum siang lagi ni..” Khalida memujuknya anaknya.
“Kak Yong nak susu, mami..” balas Rania.
“Okey.. sekejap ye. Kak Yong tunggu sini. Mami buatkan.” Khalida berkata lembut kepada Rania yang selesa dan serasi di panggil Kak Yong. Gelaran yang di beri oleh orang di negeri Perak ini untuk anak sulong perempuan.
Khalida memandang ke tilam yang terletak di bahagian bawah. Sebelum melangkah keluar untuk membuat susu, Rayyan di selimutkan. Khalida memisahkan tidur antara Rania dan Rayyan. Kedua-dua beradik itu tidak boleh tidur sama. Dua-dua lasak. Mujurlah bilik utama rumah Khalida mampu utuk memuatkan dua tilam besar. Khalida hanya memasang sebuah katil, manakala satu tilam lagi hanya di letakkan di atas lantai.
Selesai memberikan Rania susu, Khalida sendiri merebahkan badan di sebelah anaknya yang kecil. Suami Khalida, Yahya bekerja shif malam. Hanya ada Khalida dan anak-anak sahaja di bilik malam ini. Tidak berapa lama kemudian Khalida terlena. Kepenatan melayan kerenah anak-anak siang tadi menyumbang kepada penat badannya dan memudahkan lagi untuk matanya lena malam ini.

Wednesday, 21 October 2015

nampak cantik nampak lawa!

salam sahabat shaklee sekalian! sahabat shaklee? syok jugakkan gelaran tu! hahaha! ketawa sorang aku!

Meh hari ni kita kongsi cerita pasal nak cantik.. ramai perempuan nak cantik.. ramai lelaki suka perempuan cantik. Dalam satu kajian yang saya pernah baca lelaki yang berumur bawak 25 tahun sememannya sukakan kecantikan. Paras rupa adalah pilihan utama dalam pencarian jodoh!

Pada masa yang sama juga kita selalu dengar hidup bermula pada usia 40.. dan berhati-hati pada usia itu.. baik lelaki dan perempuan. Pengalaman saya ini sekadar perkongsian. tidak melibatkan sesapa pun ye. terpulang masing-masing nak rasa macamna!

Dulu.. muka saya memang agak kusam.. kulit yang tak berapa nak cerah ni banyak masalah. sekali buat facial sekali akan berseri. begitulah putarannya. tapi facial pun saya tak konsisten buat. jadi jarang lah berseri tu datang kan!? heheh!

tetapi maslaah kusan saya hilang bila saya mula gunakan pencuci muka nutriwhite dari shaklee. Sungguh! kulit saya tidak lagi terlalu berminyak dan tidak juga terlalu kering. Bak kata iwan dangdut.. yang sedang-sedang saja! Bermula dengan penggunaan pencucui muka ni, saya beranikan diri menggunakan produk lain setelah 6 bulan saya serasi dengan pencuci sahaja. Memang sangat berbaloi. Sememangnya harga agak tinggi. Tetapi jika di bandingkan boleh di gunakan berbulan-bulan lamanya..sememangnya berbaloi dengan harganya.

Kulit saya semakin halus pori-porinya dan tidak lagi berminyak yang merimaskan.. semuanya nampak ok-ok je!

jom cuba.. tak rugi mencuba.. dari korang bertukar jenama hampir setiap bulan.. jom mulakan konsisten dalam penggunaan pencuci muka dengan nutriwhite by shaklee!





Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally


Tuesday, 20 October 2015

Hubungan panas!

Korang tunggu tak? korang tunggu tak? hehehe! tunggu tak tunggu aku tetap post kan sambungannya sebagai tanda aku tak tinggal kan blog ini bersawang..!

selamat membaca!



Khalida pula sebagai seorang guru memang mudah berpindah untuk mengikut suami. Sedangkan Salina tidak boleh. Salina bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik. Mana mungkin dia bertukar kerja. Kecuali berhenti dan memohon pekerjaan di tempat baharu. Lantaran itu Salina terus menetap di Selangor. Khalida pula mengikut Yahya berpindah ke Perak. Semenjak itu hubungan Yahya dengan Salina mula panas. Ada sahaja alasan dan kekangan yang tidak membolehkan Yahya pulang menjenguk Salina. Yahya pernah menyatakan yang dia sudah habis rasa untuk meneruskan perkahwinan bersama Salina. Salina yang bagi Yahya pandai bermuka-muka. Salina yang macam singa lapar bila berhadapan dengan Yahya apabila hatinya tidak berkenan dengan apa jua keadaan. Tetapi ketika itu Yahya menyatakan dia tidak akan melepaskan Salina. Kecuali Salina yang meminta. 

Yahya memberitahu Khalida, walaupun Khalida memaksa dia menceraikan Salina sekalipun, dia tidak akan melakukan perkara tersebut. Kecuali Salina yang memintanya. Itu keputusan Yahya. Khalida hanya menurut. Khalida malas mahu memikirkan banyak perkara berkaitan madunya itu. Cukuplah hubungan dia dengan Yahya baik. Itu sudah memadai. Khalida cuba faham dan menerima dengan hati yang terbuka alasan Yahya. Yahya kasihan kepada Salina. Itu alasan yang Yahya berikan kepada Khalida bila Khalida bertanya apa perlu perkahwinan itu di teruskan jika tiada sefahaman lagi. Khalida merujuk kepada sikap Yahya yang langsung tidak mahu menjenguk Salina dan sentiasa berperang mulut setiap kali Salina menghubunginya.

semoga berterusan membacanya ye! di samping tu shaklee jgn lupa!
 

Monday, 19 October 2015

Omega ubat kurus?

Salam sahabat maya sekalian.. saya tau saya ada pengikut setia.. walau tidak ramai tapi viewer blog saya setiap hari adalah meningkat! Alhamdulillah.. terima kasih peminat misteriku!

Entry kali ini saya kongsikan kembali cerita tentang produk omega. Dulu saya fikir saya handal menulis. Semua produk saya nak share kan. Tapi apabila masuk dua tahun menjadi SID sah shaklee saya fikir lebih baik saya tumpukan lebih banyak sharing berkaitan produk yang saya memang makan. Dan antara yang memang saya makan adalah omega guard shaklee ini.

Saya ceritakan dari sisi untuk membantu menyusutkan berat badan. Ramai orang nak kurus tapi tak konsisten pun tak menjadi. So.. konsisten adalah amat penting. pengambilan omega yang berterusan sememangnya dapat membantu menurunkan berat badan secara semulajadi. tidak drastik dan tidak perlu berlapar.

Ini kerana minyak ikan mengandungi satu jenis bahan yang menyebabkan selera makan dapat dikawal dan sebab itulah ramai yang nak kurangkan berat badan ambil omega ini. Sekaligus dapat mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL dan baik untukkesihatan jantung. Disamping itu juga omega membantu untuk meredakan masalah sendi dan tulang kerana minyak ikan ini berfungsi sebagai pelincir kepada sendi. 

Pada masa yang sama omega baik untuk mereka yang asma kerana ianya bersifat memanaskan paru-paru.Anak seawal umur setahun sudah boleh diberikan Omega ni. Tapi jangan di picit ke dalam mulut! Anak saya berbuat begitu langsung jadi fobia! Ada cara lain selain di telan terus sebiji omega ni. caranya..picit dalam susu atau picitkan dalam sup mereka..

Selamat mencuba rakan semua! 

Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally


Sunday, 18 October 2015

santai ahad.. jom ikuti sambungan novel saya..

Salam korang! mungkin korang bole tinggalkan komen sikit.. please!! korang rasa cerita ni boleh jual tak? aku memang syok bila ada kawan nak tolong terbitkan! tapi sebenarnya novel ni belum ada penyudahnya.. korang rasa apa penyudah yang best? hehehe! selamat membaca!

sambungan dari entry lepas...



“Biasa-biasa sahaja. Suka tidak. Marah pun tidak.” Khalida menjawab. Memang itulah yang benar-benar berlaku. Salina yang kini sudah pun menjadi bekas madunya tidak berapi-api memarahinya. Salina cuma memberitahu dia malu dengan orang sekeliling. Suaminya dianggap seorang yang baik. Pendiam orangnya Yahya itu, tetapi dalam diam menduakannya. Saat itu Khalida hanya membisu. Tiada guna dia meluah bicara.
Bebalik kepada situasi Irdina yang mahu menyamakan kisah mereka. Khalida berkira-kira mahu berceramah panjang atas keputusan Irdina itu. Tetapi itu dahulu. Sebelum Irdina berkahwin. Sekarang tidak ada gunanya lagi. Tiga tahun dahulu tidak sama lagi situasinya dengan keadaan sekarang. Irdina sudahpun sah menjadi isteri kedua Hakimi. Sedangkan Khalida sejak dua tahun yang lepas tidak lagi berkongsi suami. Tidak lagi bergelar isteri kedua yang membawa maksud berkongsi suami. Dua tahun lalu madu Khalida telah meminta cerai dari Yahya. Tanpa alasan kukuh surat panggilan untuk pengesahan lafaz cerai di terima Yahya. Yahya mengambil keputusan melepaskan isteri pertamanya kerana memikirkan jarak tempat tinggal sekarang, memikirkan Salina yang meminta cerai dan memikirkan tiada sudahnya jika bergaduh sepanjang masa. Khalida masih ingat. Tiga tahun pertama perkahwinannya bersama Yahya, Salina madunya tidak pernah bermasalah dengan Yahya. Walau Yahya kadang-kadang pening kepala dengan pelbagai syarat baru dari Salina, tetapi tidaklah membawa kepada perkataan cerai. Begitu juga dengan Khalida. Salina tidak pernah mencari masalah dengan Khalida. Khalida dan Salina yang memang pernah ditemukan oleh Yahya di rumah yang di diami oleh Salina. Ketika itu Salina juga kelihatan tenang dan rasional. Masalah mula timbul apabila Yahya bertukar tempat kerja. Bukan kehendak Yahya. Tetapi arahan tugas. Sebagai anggota keselamatan Yahya terikat dengan arahan.

Saturday, 17 October 2015

sedar atau tidak?

Salam sahabat maya sekalian..

untuk kesekian kalinya menulis lagi.. sebenarnya macam rasa janggal bila membahasakan diri sebagai SAYA, kerana terlalu biasa dengan bahasakan diri AKU! jadi belasah je la kan memana pun.. saya ke aku ke yang pastinya aku tetap norlida ali.. cum dr nelly ali to be! hahaha!

Bercerita tentang shaklee mungkin lebih sesuai membahasakan diri sebagai saya.. saya dealer sah skhalee.. saya menjual shaklee..saya pengguna tegar shaklee!Jom kali ini saya ceritakan kisah shaklee lagi.. Kali in berkisar tentang kesedaran bervitamin atau mengambil makanan tambahan atau juga dinamakan suplimen. 

Ada yang terlalu negatif apabila bercerita tentang suplimen. Sebagai sinonim saya sebagai pengedar shaklee saya ada juga terima mesej yg di forwardkan oleh sahabat handai di facebook tentang berita-berita negatif akibat pengambilan suplimen. Khususnya shaklee lah kan.. 

ini pandangan saya. sekadar pandangan peribadi saya. korang tak perlu setuju atau menentang apa yang saya utarakan. Bagi saya sebagai pengguna shaklee ada dua isu yang selalu saya malas nak layan. satu shaklee bawa bahaya. satu lagi shaklee adalah yahudi. penat nak jawab panjang-panjang. pendeknya mcamni je saya akan jawab.. kalau ye produk ata label shaklee yang membawa mudarat, sila kemukakan laporan perubatan. saya akan panjangkan pada pihak pengurusan. shaklee satu company yang berdaftar dan dah berdiri kukuh lebih 50tahun. So silalah panjangkan masalah tersebut pada yang berkaitan. jangan duk viralkan benda tak sahih.

yang kedua tentang shaklee adalah yahudi. Rasanya kalau nak di kira terang-terangan tiada satu pun tindakan pengurusan shaklee berbaur yahudi. Kalau nak kira sebb shaklee dari amerika dan amerika itu yahudi, sudahkah korang periksa semua ubat-ubatan yang pernah korang ambik. Adakah buatan malaysia?

hmmm.. kesimpulannya.. bagi saya sebenarnya banyak lebih kepada serangan secara psikologi je kalau cakap shaklee ni mcm-mcm. rasanya belum pernah shaklee di arah tutup company!

itu sahaja komen saya untuk korang yang selalu pertikaikan..



Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram ideally