hari ni nak bawakan kisah yang luar kotak sikit.. bukan sekadar shaklee.. pendidikan merentasi pelbagai ruang pekerjaan.
sebenarnya tidak semua orang yang bijak berjaya dalam hidup. ibaratnya orang yang punya kelulusan tinggi belum tentu akan mencapai kejayaan yang gemilang dan terbilang dalam bidang kerjaya. sebagai contoh ada orang takde la tinggi mana pendidikan tapi rezeki dia dalam berniaga sangat baik.. untung perniagaannya berlipat kali ganda dari orang yang punya pangkat tinggi setanding pendidikan mereka. itu wujudnya ayat bekerja dari rumah, berpendapatan CEO..
satu lagi.. ada juga yang bekerja biasa-biasa sahaja dengan kelulusan yang biasa-biasa sahaja, tetapi mereka sebenarnya mampu cemerlang dalam pelajaran tapi tidak punya ruang waktu dan kesempatan. kengkadang desakan hidup membuatkan mereka terpaksa menguburkan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran. ada banyak kes gitu sebenanrya.
kes lain pula.. ada yang memang tak minat dah nak sambung belajar. minatnya terarah untuk membina keluarga. maka berkahwin lah di usia muda. keadaan ini bagus juga sebenarnya. tidak bermakna sudah bekeluarga tidak boleh melanjutkan pelajaran.. aku ada kawan yang dah berusia awal 40an ni baru nak mula ambik degree.. sama dengan anak dah masa belajar.. tapi rasanya tu tak salah selagi ada kemahuan pasti terbentang jalan.
pada keadaan lain pulak.. ada orang menyanjung tinggi orang yang punya akademik tinggi sedangkan kejayaan akademik tu kengkadang tak bawa apa makna nya pun dalam kehidupan seharian. ada yang berpelajaran tinggi tapi tidak boleh bergaul dengan baik.. suka meninggi diri dan mcam-macam masalah mental lagi..
aku pulak melalui pendidikan formal ke peringkat sekarang dalam jangka waktu yang amat panjang dan perlahan.. semua itu ada hikmahnya.
bila mula mencebur diri dalam bisnes online mcam sekarang juga merupakan peluang pendidikan secara percuma dan pelbagai bidang.. bidang pemakanan.. bidang motivasi dan tak lupa juga kewangan! semua tu pembelajaran secara tidak langsung yang dapat di perolehi bila menjiwai bissnes ini...
Tuesday, 14 October 2014
Sunday, 12 October 2014
kaitan ESP dengan susu ibu
salam sejahtera untuk kesekian lakinya kepada sahabat sekalian yang masih setia menjadi peminat misteri aku! agaknya siapa lah peminat misteri pertama yang akan memunculkan diri dalam ruangan komen aku suatu hari nanti.. aku masih terus percaya akan ada munculnya sahabat itu dan harinya pasti datang jua..
kali in mari kita kenali lebih lagi apakah kelebihan ESP shaklee. sebelum tu rasanya tak perlu lagi aku perkenalkan apakah dia ESP dan setiap kandungannya. kerana dah banyak entry yang berkaitan itu dalam penulisan yang lepas. boleh review semula ye kengkawan!
kupasan pada hari ni berkaitan ESP dan penyusuan susu ibu. sungguh aku tiada pengalaman luar dalam penyusuan susu ibu ini. tetapi pengalaman teman rapat yang memang mengamalkan ESP sepanjang proses penyusuan sememangnya amat menggembirakan hati aku..kerana perkongssian kebaikan suplimen ni beri manafaat yang baik kepada ibu yang menyusukan anak.
Antara perkaitan ESP dan susu ibu ialah kandungan protien di dalam ESP. Ini kerana antara kandungan utama susu ibu adalah protein. Kekurangan protein menyebabkan susu ibu jatuh merudum. Jadi protein dalam ESP ni membantu top-up kekurangan protein dalam tubuh ibu dan menghasilkan susu yang banyak, pekat dan berkhasiat. itu yang di katakan ESP membantu memeriahkan lagi pengeluaran susu ibu.
Oleh kerana peranan ESP ni dalam masa sama menghasilkan sel kulit yang sihat, jadi memang tak hairan kalau feedback ibu- ibu yang konsisten amalkan ESP ni rata- rata beritahu kulit jadi makin licin, cerah, hilang jeragat. Breast pun makin anjal je rasa. dapat faedah 2 in 1 kan.. susu bertambah meriah... untung untuk baby dan kulit bertambah cantik untung untuk ibu pulak!
selamat mencuba!!

Saturday, 11 October 2014
pengguna tegar vivix shaklee
Salam
sahabat maya sekalian. Semoga kita semua sentiasa berada didalam kalangan
orang-orang yang di rahmatiNya. Bertemu lagi kita dalam blog comel aku ni!
Semoga sedikit kebaikan yang aku kongsikan membawa manafaat walau hanya sebesar
zarah. Tidak bermakna korang tidak membeli produk tiada kebaikan yang korang
dapat. Sekurang-kurangnya korang membuat kebaikan dengan membaca bahan-bahan
yang baik sahaja walau tidak tinggi kandungan ilmiahnya.
Kali ini
sekali lagi aku kongsikan pengalaman aku sebagai pengguna produk. Bukan sekadar
si penjual yang mencari keuntungan semata. Aku memilih untuk menerangkan
tentang produk yang aku makan supaya apa yang aku terangkan adalah dekat di
hati aku sebagai pengguna seterusnya mampu menarik perhatian yang membaca untuk
mencuba pulak. Kali ini sekali lagi ianya berkaitan vivix dan diabetes yang aku
alami ketika ini.
Bagaimana
Vivix membantu mengawal diabetes? Korang agak-agak bagaimana ramuan vivix ni
membantu pesakit diabetes mengawal paras gula mereka? Ceritanya begini…
Ramuan vivix yang terdiri daripada
campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi
manfaat kepada pesakit diabetes. Ianya juga berfungsi memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)
Dalam masa yang sama Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk
membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat
memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit
kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.
Dengan Vivix juga dapat membantu mengawal kepekatan gula dalam darah melalui polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine. Kandungan ini akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis. Selalunya kita makan nasi setiap hari. Pengambilan karbo yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat ..
ni lah dia vivix shaklee |
Jadi.. pengambilan vivix setiap hari dapat mengawal kepekatan gula dalam darah dan mengurangkan sidrom resistansi insulin. Pengambilan perlu konsisten dan korang di galakkan monitor bacaan gula sendiri. Untuk diri aku.. sekarang bacaan gula semakin rendah walaupun masih ada di kategorikan diabetes.. tetapi aku tetap berpuashati dengan keadaan aku sekarang. Tidak drastic perubahannya.. tetapi ianya berterusan..
Sesiapa yang hendak mencuba.. atau nak tau lebih lanjut..
Friday, 10 October 2014
shaklee sebagai pendapatan sampingan
salam sahabat maya sekalian. bertemu di tinta bisu ini moga ada manafaat untuk kita bersama walau sebesar zarah sekalipun. kerana setiap kebaikan yang berterusan itu adalah yang terbaik dari yang terbaik. Insya Allah.
kali ini aku kongsikan cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui shaklee. aku kongsikan cerita ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. bukan sekadar cakap kosong untuk menarik perhatian orang semata-mata. aku kategorikan ianya sebagai pendapatan sampingan kerana aku masih bekerja makan gaji sehingga ke hari ini. dalam masa yang sama memang ramai jugak dalam kelompok rakan bisnes shaklee aku yang telahpun berhenti dari makan gaji dan memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap bisnes ni.
pendapatan sampingan ni sebenarnya adalah peluang terbaik untuk kita membuat tabungan berasingan dari duit gaji tetap kita. setiap tengah bulan duit bonus shaklee akan masuk ke dalam akaun kita secara automatik. sangat mudah sebenarnya untuk menjana pendapatan bersama shaklee. kerana modal hanya rm75 untuk anda memulakan bisnes tanpa tapak kedai ini. dalam masa sama juga anda tidak perlu untuk membeli stok barang kecuali atas kemampuan dan kehendak sendiri. mudah bukan?
berapa hasil sebulan pendapatan korang? ha, itu kita yang tentukan.. kalau rajin kita maka banyaklah masuknya.. kalau santai-santai kita.. santai jugak lah masuknya. dari pengalaman aku sendiri.. pendapatan sekitar 4 angka memang boleh dapat tetapi masa dan usaha kena bersungguh. walau aku tak konsisten lagi pendapatan sampingan ini. tetapi belum lagi pernah aku melalui bulan tu dengan tangan kosong.. setakat RM500 memang dengan mudah boleh dapat setiap bulan. walaupun mungkin kecil bagi sesetengah orang. tapi bagi aku biar kecik dan berterusan serta kurang risiko.. dari besar.. belum tentu berapa lama pulangan besar itu dan penuh risiko,
so? korang taknak? meh la try.. tak rugi kalau tak menjadi .. yang rugi adalah tak jadi-jadi nak mencuba!
bakat boleh di asah.. minat boleh di pupuk.. janji berani mencuba!
Labels:
jadi ahli
Location:
11000 Balik Pulau, Penang, Malaysia
Thursday, 9 October 2014
mencari dan menjadi yang terbaik
Salam sahabat sekalian.. sekali lagi kita bertemu di medan ini.. semoga kita sentiasa baik-baik sahaja.
kali ini aku coretkan harapan dan impian kehidupan aku yang dah pun berumur 40 tahun pada 2014 ini. umur yang dah memasuki era orang tua. era 4 series. ketika ini aku amat bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang aku hadapi adalah bahagia atas bertahun derita yang aku harung penuh onak dan duri. kalau nak di ceritakan pengalaman pahit dan kedukaan silam memang tak pernah habis. tapi aku dah mampu tinggalkan memori itu di satu sudut hati aku yang paling dalam.. hendak melupakan terus adalah mustahil kerana aku manusia yang punya akal fikiran..
kehidupan aku kala ini aku teruskan dengan rasa bahagia disamping keluarga tersayang. mencari yang terbaik untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik. itulah harapan aku setiap hari.. menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik bukan semudah menuturkannya. kerana manusia memang takkan melupakan siapa kita pada masa silam dengan mudah. walaupun siapa kita pada masa silam tidak penting, yang penting adalah siapa kita hari ini dan akan datang boleh diperbaiki hari demi hari.
kita tidak boleh hidup dengan gembira andai terlalu menangisi masa silam yang kelam. itu adalah prinsip aku. kalau aku ikutkan rasa duka rasanya aku tidak mampu untuk segembira sekarang. duka yang terbit dari kekhilafan dalam mengharungi kehidupan seharusnya kita jadikan ikhtibar dan rangsangan untuk kita menceriakan hari-hari mendatang bersama orang baru.. suasana baru dan azam baru..
so.. sebagai sahabat.. walau kita saling tak mengenali.. mari aku bawakan korang berfikir sepositif yang mungkin! kerana bersikap positif sentiasa akan membuatkan kita di lingkungi aura positif. salah satu cara untuk menjadi positif adalah berkawanlah dengan mereka yang sentiasa positif!
sekian.. moga bermanafaat walau sebesar zarah!

cerita peribadi
Location:
11000 Balik Pulau, Penang, Malaysia
Wednesday, 8 October 2014
keahlian free shaklee
salam sahabat handai sekalian.. walau kita tak pernah bersua muka.. walau aku taktau pun sapa yang membaca tapi aku pasti ada pengikut setia blog aku ni.. kalau tak masakan bertambah bilangan pengunjungnya hari ke hari kan.. terima kasih aku ucapkan kepada kalian semua! aku tetap gigih menulis dalam blog ini walau aku belum lagi mendapat kastemer pertama melalui blog.. tak mengapalah.. paling tidak aku seronok orang membaca hasil tulisan aku setiap hari! faedah menjual mungkin belum rezeki aku kala ini...
kali ni aku bawakan fikiran korang ke alam shaklee lagi sekali! bagaimana kiranya korang nak menjadi keluarga besar shaklee ni.. bulan ni ada promosi ESP tu.. beli 6 free 1. andai korang tak mahu keluarkan modal untuk RM75 tu inilah masanya korang boleh dapat keahlian FREE! kalau kata FREE ramai yang suka kan.. cara belian ni korang nak share dengan sapa tu pandai-pandai korang lah.. janji belian tu dilakukan serentak 6 tin tu melalui agen yang sah. jangan tertipu sudah! ada agen yang ambik peluang meminta korang beli set ni tapi tidak membuka peluang keahlian percuma kepada korang. jangan taktau.. memang boleh jadi.. nak pulak kalau dapat dikesan korang takmau menjalankan perniagaan pun.
sebenarnya menjadi ahli secara sah ni adalah lebih baik dari korang dapat harga ahli dari kenalan terdekat atau saudara mara korang. sebab korang boleh jana pendapatan tanpa sengaja pada awalnya. bila dah tengok duit bonus tu nanti.. insyaAllah minat akan ada untuk cuba lagi dan lagi untuk mendapatkan bonus yang lebih lagi.. tu pengalaman aku sendiri tau! join sekadar nak barang banyak time tu dan takde fikiran pun nak berniaga seperti sekarang. tapi bila mula menjana bonus tanpa usaha yang berhempas pulas.. aku mula merasakan bisnes ini ada peluang cerah untuk diusahakan kalau kita rajin.. sebab tak berapa rajin pun buleh dapat ni kan pulak kalau rajin kan??
pendek saje entry aku hari ni sekadar berkongsi nak kasi FREE korang jadi ahli. Jom beli set ESP beli 6 free 1 dapat keahlian free.. ada lagi beberapa keistimewaan yang korang akan dapat.. kalau nak tau meh pm aku,., whatsapp la senang...
01135078334

Tuesday, 7 October 2014
SHAKLEE - ke arah kehidupan yang lebih sihat
salam sahabat
sekalian.. semoga kita semua berada dalam keadaan yang terbaik. pertama
kalinya aku ingin kongsikan bacaan ilmiah yang aku baca dari buletin
shaklee. Shaklee ada jurnal sendiri kalau korang nak tau.. dan mungkin
ada yang dah tau kan.. jadi sebagai pengguna tegar makanan tamabahan ini
keyakinan aku bertambah bila tengok memang shaklee mempunyai
penyelidikan saintifik dalam setiap apa yang mereka keluarkan.
kali ini aku kongsikan bacaan ilmiah yang telah aku alih bahasakan! harap dapat membantu sedikit ilmu kita semua. kefahaman aku yang minima ini aku terjemah untuk bacaan ringan tapi berguna untuk setiap pelawat blog aku ni.. dalam banyak faktor yang aku baca cara mencegah cancer .. aku jumpa faktor... pilihlah makanan tambahan dengan bijak! aku tidak mahu mengupas isu mencegah cancer kerana itu bukan kepakaran aku. aku hanya nak kongsikan kebaikan pemakanan tambahan yang aku amalkan.
so.. shaklee adalah merupakan antara jenama makanan tambahan yang sememangnya popular dan dah bertapak lama dalam pasaran makanan tambahan. sebagai pengguna aku rasa aku dah mengambil langkah bijak dalam pengambilan makanan tambahan. menurut kajian pengambilan makanan tambahan dapat melambatkan proses untuk kita terdedah kepada cancer yang pelbagai yang di sebabkan oleh pelbagai faktor.
sebagai contoh pengambilan vitamin c sangat membantu kita untuk tidak selalu dijangkiti demam dan selsema. alhamdulillah feedback yang aku terima dari kengkawan yang mengambil Vitamin C ni semuanya berpuashati. memang mereka dapat kesan yang positif setelah mengamalkannya secara konsisten. vitamin C biasa yang terdapat dalam pasaran adalah larut air.. sedangkan vitamin C shaklee mampu bertahan dalam badan selama 24 jam!
begitu juga pengambilan vitamin-vitamin lain. semuanya mempunyai fungsi khusus yang mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan kita jika kita mengamalkannya secara konsisten. tiada jalan pintas untuk mendapatkan kesan yang optimum. jangan kita makan seminggu dua kemudian tidak nampak hasil yang kita inginkan.. kita dengan mudah menyalahkan produk yang kita makan tidak berkesan atau tidak baik. konsisten tu penting!!
so.. sesapa nak try shaklee.. jom

Norlida ali SID no 1076533
whatsapp 01135078334
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally
Monday, 6 October 2014
aku shaklee dan fareeda!
salam sahabat maya sekalian.. semoga kalian sihat sentiasa.. jelita sentiasa! hari ni nak cerita pasal sihat dan jelita! walau aku taklah sejelita mana tapi kejelitaan adalah hak impian setiap insan! ada banyak tafsiran jelita yang ada dalam kehidupan kita. kali ni aku nak kongsikan cerita jelita luar dan dalam!
korang sure pernah dengar tudung jenama FAREEDA bukan? tag line nya FAREEDA ..NYATA JELITA.. dek kerana pengaruh yang kuat pada tag line itu.. aku telah menambah baik page aku di facebook dengan nama PAKAR NYATA JELITA! see?? betapa kuatnya pengaruh jenama ini dalam kehidupan aku kan? heheeh!
sebenarnya ada kaitan shaklee dengan fareeda ni.. (jgn silap ye.. bkn fareeda tuan punya patern tapi fareeda tudung jenama dia!) aku kenal shaklee terlebih dahulu pada hujung 2011. di perkenalkan oleh rakan sekerja yang tak pernah pun sebut meh la jadi ahli! hahaha! time tu pun kalau dia ajak mungkin aku pun taknak kerana aku sibuk berniaga kain pasang. sangat memberangsangkan bisnes aku ketika itu. itu cerita 2011 ketika aku di perak. setelah dua tahun.. iaitu ketika aku di penang.. baru terbuka hati untuk join ahli..
tang join ahli pada nov 2013 tu lah terkaitnya dengan fareeda. masa tu aku masih memakai saiz 12 fareeda ni. jadi ramai pilihan seller yang ada menjual saiz ni. (sekarang dah bertukar saiz.. susah cari). bermula dengan belian sehelai tudung, aku tergoda dengan kebijaksanaan kata-kata si penjual fareeda dan dealer shaklee ni! tak lain tak bukan dia adalah Firdzaluv fareeda. tengok tu.. nama facebook dia pun mencerminkan kecintaan dia pada fareeda! hahaahah! dia ni kebetulannya aku dah kenal live.. tapi dia je tak kenal aku! aku pernah terserempak dengan dia di butik fareeda permatang pauh.
time aku terserempak dengan dia tu.. kawan aku yang bisik kat aku.. dia cakap tu la seller firdzaluv.. yang banyak stok tu! dia datang dengan anak dara dia.. dia ni besarnya sama je ngan anak dia! hahaha! bila aku membeli tudung dengan dia secara online pada november 2013 tu.. bermula lah era aku dengan shaklee sebagai dealer. dia ni pandai tarik kastemer.. sambil jual fareeda dia promote shaklee.. siap ofer dahulukan bayaran pendaftaran..!! baik kan? sedangkan dia tak kenal pun siapa aku!
so.. bermula dengan sehelai fareeda.. membawa aku ke dunia bisnes shaklee sebenar. sebelum tu aku tak terniat pun nak bisneskan produk yang aku dah makan ni. masih ingat lagi belian pada bulan pertama tu aku dapat bonus dalam 80++ dengan belian sendiri dan untuk sepupu aku yang baru berkahwin ketika itu. dannnnn.. masa disember 2013 tu aku siap cakap dengan mak bisnes aku ni jangan ganggu aku! aku takkan buat apa-apa sale pada bulan tu sebab nak tumpukan segala perhatian pada tesis master yang menyerabutkan aku ketika itu.
pada januari 2014 aku mula aktif bertanya pada kengkawan. kebetulan sesi persekolahan. jadi rezeki tak terduga datang dalam bisnes kecil aku ni.. dan siapa sangka pada bulan itu aku dapat sale yang sangat memberangsangkan. dengan galakan dan sokongan mak bisnes aku ni.. aku berjaya melangkah setapak lagi rank dalam bisnes shaklee! masa tu aku dah pernah jumpa dia live dan bertegur sapa.. dan dalam masa sama.. minat aku mula datang sebab tengok bonus yang dapat boleh beli berhelai-helai fareeda setiap bulan!
itu lah kisah aku, fareeda dan shaklee.. sampai sekarang aku meneruskan bisnes shaklee dengan hati yang seronok. tiada gesaan tiada paksaan. hanya ada galakan dan dorongan yang berterusan dari rangkaian kumpulan bisnes shaklee yang aku sertai.
sampai sekarang juga aku tetap jadi pengguna fareeda. walaupun pernah satu masa aku hampir bertukar ke patern lain... tapi tak lama.. aku mula mengumpul semua warna-warni fareeda ni.. fareeda ni di pakai mudah dan selesa. memang rasa nyata jelitanya bila memakai!! cuma sekarang belian amat terbatas kerana pilihan semakin kurang sejak aku bertukar saiz ke saiz 14. dahulu ramai seller menjadi tumpuan aku.. tapi sekarang tumpuan aku lebih pada kepada sorang seller ni sahaja iaitu munirah abd rahman..!! haaaa!! siap promote ni.. nak cari fareeda.. servis terbaik.. cari firdzaluv untuk saiz M.. cari munirah abd rahman untuk saiz L dan XL..!! cari aku untuk dapatkan shaklee dan khidmat nasihat serta motivasi percuma!

ESP Shaklee dan kecantikan
Salam sahabat maya sekalian.. semoga sentiasa di rahmatiNya dan bahagia di samping insan tersayang.. sambil korang layan pagi di hari yang masih cuti ni.. meh baca serba sedikit tentang ESP shaklee. ESP adalah singkatan pada Energizing Soy Protien. produk ini antara produk yang popular dalam rangkaian makanan tambahan yang di keluarkan atas jenama SHAKLEE.
ESP ni dihasilkan dengan ujian klinikal yang sah oleh saintis shaklee.. jadi korang janganlah bimbang akan kandungannya dan kesan ke atas manusia macam kita. Kacang soya yang di gunakan shaklee hanya mengandungi non-GMO (satu lagi istilah sains yang baru aku belajar - non-genetically modified organism) yang mana ianya di proses pada suhu yang sangat rendah. ESP ini dihasilkan dari 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama. faktor inilah juga yang membolehkan individu yang mengambilnya pada sebelah pagi boleh bertahan rasa lapar sehingga ke tengahari tanpa rasa lemah.. sebab ESP bagi tenaga segera dan bertahan lama.
Disamping mempunyai 9 asid amino yang penting untuk badan.. kandungan indeks glisemik yang rendah juga menjadikan ESP sangat sesuai untuk pengidap kencing manis. Pada masa sama satu hidangan ESP (tidak melebihi tiga sudu sehari) bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol tiada asid uric dan sangat mudah di serap oleh tubuh badan kita.
jika dikaitkan dengan kecantikan pula.. ESP sangat membantu untuk membina otot, kuku, rambut kulit dan lain-lain melalui kandungan asid aminonya. pengambilan yang kerap dan berterusan boleh menjadikan pengamalnya mendapat awet muda! disamping itu juga ianya mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. pengambilan ESP juga dapat membantu dalam menangani masalah pigmentasi kulit.
jadi.. secara kesimpulannya.. faedah ESP shaklee ini memang baik untuk siapa yang mementingkan kecantikan. bagi mereka yang membuat bajet sederhana dalam pengambilan suplimen untuk kecantikan kulit, ESP shaklee adalah jawapan terbaik. harganya sangat berpatutan dengan faedah yang bakal di perolehi oleh pengguna.
kepada penggemar soya.. ESP memang hidangan yang lazat. tetapi jangan risau jika anda tidak menggemari soya.. anda masih boleh menikmati hidangan ESP ini bersama perasa minuman yang anda gemari.. seperti milo.. oren ribena dan lain-lain asalkan tidak mengandungi keffin.
berminat? ingin tahu lebih lanjut?

Sunday, 5 October 2014
raya dan dua hari yang sepi
salam sejahtera sahabat sekalian.. selamat hari raya aidil adha di ucapkan.. rasanya masih belum terlewat mengucapkannya.. setelah bisu tanpa bicara dua hari.. kita bertemu lagi.. kesihatan yang tidak berapa baik menyebabkan tiada bait kata mampu di lontarkan.. nak pulak sekarang laptop sahaja yang boleh menembusi wifi manakala desktop dah mula buat perangai. dengan telefon pulak aku selalu gagal untuk menghantar berita ke sini..!
malam ni takde cerita rasmi yang nak di kongsikan. sekadar cerita rasa hati yang semakin tua ini menyambut hariraya. untuk pertama kali aku beraya hanya bertemankan anak-anak yang tidak tahu apa-apa. suami aku bekerja akan balik esok pagi. so.. pagi raya tadi aku takde rasa pun hariraya.. hanya seawal pagi tadi aku menelefon mak kat kampung. dia ceria sahaja bunyinya. ye lah.. hanya aku seorang yang tak balik. adik-adik yang lain semua ada di kampung. nasib lah ni raya haji.. kalau raya puasa mustahil aku akan tunggu macam ni kat rumah!
selalu dulu masa awal kawin aku takde anak.. di kajang.. pasti akan balik raya mana pun.. masa duduk di perak pernah sekali suami kerja jugak pada hari raya.. tapi aku ada bibik indon yang menemani aku dan anak-anak.. tahun lepas pertama kali beraya di penang tapi adik aku kakteh dan ibu aku ada di sini menemani aku berhariraya. jadi tahun ni paksa rela.. beraya lah tiga beranak je.
tiada persiapan langsung yang menggambarkan suasana hari raya. semalam aku berhajat nak membuat rendang ayam.. tapi pergi pasar punya la ramai orang beratur nak beli ayam! sudahnya aku balik dengan santan..kerisik dan serai yang sebeban!! ayam takde!
pagi tadi seawal tujuh pagi suami aku dah keluar bekerja.. aku sambung tidur sehingga anak-anak bangun! kemudian bersiap untuk ke rumah pengasuh anak-anak aku. kat rumah pengasuh yang aku panggil kaksu ni lah merasa makan rendang.. lemang dan ketupat.. kebetulan pulak hujan je.. so .. mood nak berjalan tu takde.. terbantut.. balik dari rumah kaksu hujan renyai.. aku sambung tidur lagi!! mewah dengan tidur hari raya aku kali ni!
sehingga detik aku menulis ni.. tiada aktiviti menarik.. anak-anak mengadap movie.. aku mengadap lappy.. dengan mood yang kurang dan dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan....

Thursday, 2 October 2014
kelangsungan yang belum selesai
selamat wahai sahabat sekalian.. kali ini aku bawakan kisah peribadi yang sedang aku hadapi.. tak menarik tapi elok sebagai pengajaran berguna kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran. kisah study aku ni dah berlarutan hampir empat tahun. aku sendiri sudah mula naik bosan bila memikirkan kesudahannya. sesekali terdetik nak tukar mod pengajian kepada kerja kursus. tetapi aku perlu menghadiri kelas untuk dua semester lagi lah pulak!
jumaat baru ni aku dikejutkan dengan berita bahwa notis untuk VIVA yang aku hantar rupanya tak lengkap.. dah lebih sebulan fakulti tidak dapat hubungi aku kerana aku tukar number fon. aku sebenarnya rasa pelik la jugak sebab supervisor aku tahu number aku. aku guna whatsapp dan facebook berhubung dengan supervisor aku. sudahnya aku anggap saje lah dia terlepas pandang nak maklumkan. sekarang pulak dia dekan fakulti lagilah sibukkan. bersangka baik adalah terbaik dan harap yang akan jadi pun baik-baik belaka.
sekarang aku tengah memikirkan mcamana nak pergi ke tanjung malim dalam masa terhampir.. dah la baru saje membayar yuran semester ni. sekarang kena lagi bayar sebanyak 600 yuran untuk VIVA. aku tengak klasifikasi yuran tu tulis yuran peperiksaan! aduhai.. macam-macam.. so.. semester ni kena keluar 930 untuk selesai semua. apakan daya kan.. kehendak hati punya pasal.. ku turut kan jua!
nampaknya mungkin aku perlu naik train untuk kesana. mengulangi rutin semasa aku mengadap kelas setiap hujung minggu masa semester pertama dan kedua 3 tahun dahulu!
aku amat berharap semester ni adalah semester terakhir. sebab dah terlalu lama rasanya berada di takuk ini. terhenti terlalu lama membuatkan ruang masa yang ada menjadikan aku rasa makin jauh untuk menyambung pelajaran pada peringkat kedoktoran pula.. usia dah mula menyentuh kaki senja ni..! aku harap impian dan harapan ini takkan berkubur besama semangat yang dah mula goyang..
doakan kejayaan aku ye kengkawan. terima kasih aku dahulukan!

Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Wednesday, 1 October 2014
tragedi shaklee di bulan oktober!
Salam sahabat maya sekalian! Dua hari menyepikan diri sebenarnya nak bagi korang suspen sikit tunggu bait-bait kata aku! Apa khabar sahabat misteri ku? Harap korang yang membaca ini dibawah lindunganNya..dan baik-baik belaka. Bahagia-bahagia belaka..mulia-mulia belaka hatinya..
Haaa!!! Berkisar pada kisah tragedi oktober ni teringat aku kisah promosi ESP.. Sebenarnya aku memang menunggu apakah promosi bulan ni.. Baru nak hai..hai kat korang kat sini! Tengok-tengok ESP! Wah!! Bahagia ku rasa! Kenangan promosi ESP ni time mac dulu menggamit lg! Bulan promosi ESP tu la aku merasa bonus EMPAT angka yang gilang gemilang! Time tu aku baru je naik rank sebagai senior supervisor..semangat berkobar-kobar jadinya. Ibaratnya.. Time mac tu la aku mula fokus untuk jadi dealer yang baik.. Pengguna yang tegar..dan pekongsi maklimat yang prihatin!
Sangat berbaloi join shaklee aku rasakan mulai saat itu. Dan bermula bulan mac jugaklah aku mula melahirkan anak-anak bisnes ku! Walaupun shaklee tidak menjanjikan bulan dan bintang bila kita berjaya ada anak bisnes baru.. Tapi aku seronok makin ramai pengguna menjadi keluarga besar shaklee secara rasmi!!
Harap oktober ini tragedi mac akan berulang dengan lebih gemilang! Siapa tau daribonus empat angka.. Dengan promoi esp ni.. Mencipta tragedi bersejarah aku mencapai bonus LIMA angka! Sapa tau kan?? Doakan ye sahabat maya sekalian.
So.. Sapa nak merasa ESP.. Dia buleh dpt kulit cantik.. Dapat berdiet.. Dan lhas bagi ibu-ibu yang bg bf.. ESP dapat.memeriahkan lagi susu korang! Beli set.. 6 free 1.. FREE gak membership!! Joommm!!! Sapa tau korang jugak boleh dapat macam aku! Berbonus empat angka bila bulan promosi ESP ni..
Pm 01135078334
Sekitar bayan lepas..balik pulau..teluk kumbar free pos! Aku dtg depan pintu hantar!

11000 Teluk Kumbar, Penang, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)