Monday, 27 March 2017

Dan sekolah pun bermula!

Salam dan semoga semua yang membaca di rahmati Allah..

Seperti biasa isnin di kaitkan dengan blues! kenapa kan .. Hahah! Korang fikirkan lah sendiri!

Entry ini saya tulis malam tadi. Nak on trak la kononnya satu entry dalam masa sehari..

Sempena hari pertama sekolah.. moh kita cerita pasal sekolah.. Saya pernah bersekolah di sebuah daerah yang saya kira sangat jauh di pedalaman. Di daerah itu saya belajar sampai darjah lima. Zaman saya sekolah rendah dulu saya aktif bersukan sampai pengsan pun ada sebab penat! Hahaha! Saya sangat aktif dan antara top student juga..

Bila naik ke sekolah menengah saya melalui zaman gelap ketika belajar di temerloh. tak aktif cuma sekadar pengawas sekolah. Pernah sampai satu tahap saya macam taknak dah sekolah. Dengan kenakalan dan jiwa yang memberontak ketika itu..saya rasa saya hanyut dengan dunia saya sendiri. Mujurlah ibubapa saya beri peluang untuk saya tinggal di rumah bapa saudara.

Bila di menengah atas saya suka masuk pertandingan forum lah.. pidato lah.. deklamasi puisi..penulisan esei dan macam-macam lagi..Dunia persekolahan saya perlahan. Saya bukan pelajar cemerlang lagi ketika di sekolah menengah. Saya pelajar yang melalui detik tingkatan enam,

Dannn..paling penting saya tidak berjaya untuk ke menara gading dengan result STPM saya. Lantaran pula ketika tu keluarga saya melalui detik sukar.. adik saya pun nak sambung belajar..

Cita-cita hendak menjadi doktor terkubur begitu sahaja apabila saya gagal untuk ke kelas sains masa tingkatan 4. Saya juga hanya sempat mengambil kelas perakaunan selama 6 bulan sahaja.

tapiiii.. Siapa sangka setelah enam tahun meninggalkan alam pelajaran secara formal..saya terdetik untuk menyambung pelajaran. Ketika itu ekonomi sangat teeruk. saya di berhentikan kerja. lalu terfikir untuk sambung pelajaran. Kebetulan pula bidang pekerjaan yang saya ceburi melayakkan ianya di kira sebagai pengalaman bekerja yang formal..

Lalu bermula lah langkah saya sebagai mahasitua di universiti!

okay... nanti saya sambung lagi ye..moralnya di sini.. bijak awal persekolahan belum tentu bijak sehingga hujungnya. Juga tak bermakna selepas abis sekolah tak lepas masuk universiti memang peluang tu dah teertutup rapat. itulah yang di katakan masa depan kita tak tahu.. semua rahsia Allah..

hokey.. macam biasa cari saya untuk sihat.. cari saya untuk cantik! 0125656086



Sunday, 26 March 2017

Cerita pasal masak-masak pulak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan yang datang menjenguk blog comel saya ni.. Sempena hari ahad ni meh kita cerita santai-santai je.. Kali ni pasal masak memasak.

Sebenarnya saya sendiri tak pasti bila saya di kesan suka memasak. Saya hanya ingat lepas berkahwin.. suami memang nak makan selalu di rumah dan suka bawa bekal ke tempat kerja. Itu kisah dua tahun lepas lah. Sejak suami bekerja dekat dengan rumah.. hanya perlu berjalan kaki sahaja.. tiada lagi istilah bekal.. balik makan tiba waktunya..

Cerita pasal makanan.. saya ni mak orang negeri sembilan..so memang suka makan pedas-pedas. tapi dek kerana suami dan anak-anak tak makan pedas.. ada makanan saya inovasikan cara penggunaan cilinya..

Korang pernah dengar sardin masak lemak cili padi?? Rasa mesti ada yang tau.. tapi sebelah utara ni memang kengkawan tak pernah tau masak macamtu!

Ok.. Cuba try lepas ni ye..

Bahan-bahannya

1. Sardin (sebaiknya sardin cap ayam)
2. Bawang besar
3. Santan
4. kentang
5. Cili padi
6. Garam secukup rasa
7. Asam keping
8. Kunyit


Mula-mula masakkan santan .. isi bersama air sedikit supaya tidak teerlalu pekat. Lepas tu masukkn kentang dan bawang yg di potong besar. lepas kentang empuk masukkan kuah sardin. Biarkan menggelegak dalam 5 minit.
Akhir sekali baru masukkan ikan sardin dan asam keping. Biar lagi menggelegak lima minit untuk hasil masam asam keping dan masak ikan sardin.

petua untuk kentang cepat lembut memang kena masukkan asam keping kemudian sekali.

cili pula saya ceritakan asing diakhir resepi ni.. tu saya kata saya inovaasikan. sepatutnya cili padi tu di tumbuk dan di masukkan pada awal lagi time santan nak menggelegak tu. Tapi di sebab kan keluarga tak makan pedas.. saya hanya letakkan cili yang vietnam tu sebiji-sebiji. takde potong.. kalau potong nanti pedasnya akan meresap ke kuah..

jadi bila time makan cili tu nanti saya pecahkan saya untuk dapat rasa pedas!

Selamat  mencuba!


Pssttt..! sambil masak kalau teringat nak cantik-cantik lepas tu.. hubungi saya ye! kita ber mary  kay pulak! 0125656085.. nak suplimen pun ada! sila kan.. jangan segan ye

Saturday, 25 March 2017

Novel yang tak kunjung Habis

Salam sahabat maya saya sekalian.. kali ini saya bersiaran dengan sedikit sambungan novel saya.. Saya bercadang untuk menjadikan ianya sebuah novel nyata suatu hari nanti.. doakan saya ye!



“Macamana sekarang? Seronok dah jadi ibu?” Ceria sahaja bunyi suara Umairah bertanyakan soalan biasa-biasa kepada Irdina.
“Seronok.. tapi aku cepat rasa penat lah. Maklumlah.. aku beranak sulong umur dah tua..” Merendah diri bunyinya jawapan dari mulut Irdina.
“Weh! Tak tua mana kau tu. Nun di luar negara sana, baru-baru ni aku ada terbaca, umur 53 tahun masih boleh bersalin normal tau!” Seloroh atau benar kenyataan Umairah itu Irdina kurang pasti.
“Kau ni ada-ada aje cerita lawak..” Berbunga riang sedikit hati Irdina mendengar celoteh Umairah yang tidak langsung menunjukkan sikap prejudis terhadap Irdina.
Irdina tahu, dalam ramai teman di SMK Seri Pagi ini, Umairah memang seorang yang periang. Ceria dan tidak pernah di dengarnya Umairah mengata sesiapa di kalangan rakan mereka. Umairah yang berkahwin muda. Umurnya menjangkau 18 tahun sahaja sudah mendirikan rumahtangga. Tetapi tekad dalam dirinya besar. Walau sudah mendirikan rumahtangga Umairah tetap melanjutkan pelajaran. Tepat jangkamasa sepatutnya menamatkan pengajian, Umairah juga mampu tamat seperti orang lain yang bujang. Itu lah Umairah.

“Hehehe! Betul apa aku cakap.. Bukan nak ambik hati kau tau!” Celoteh Umairah sedikit sebanyak menceriakan Irdina pagi itu.

kita jumpa lagi pada entry berikutnya ya.. jangan lupa.. time baca ni lepas tu bayangkan.. produk apa nak beli? Hehe!! Shaklee dan mary kay tentunya ya!
0125656085 number whatsapp sy

Friday, 24 March 2017

Kembali setelah hampir setahun...

Salam sahabat maya sekalian. Masih ada lagi ke yang bertandang di blog usang saya ni? Rasanya semakin di lupakan teratak ni. Tapi saya masih yakin ada yang masih berkunjung kerana masih ada pembaca yang menghubungi saya bertanyakan tentang produk dan juga study saya. Daaaaaannn!! jeng! jeng! jeng ! juga tentang novel saya yang belum nampak pengakhirannya..

Tunggu!! Saya akan hapdet satu persatu hokey! Insya Allah saya tidak akan meninggalkan rumah ini terlalu lama lagi!

Okey! yang pertama yang nak saya maklumkan.. bila mula menulis semula di sini bahasa diri aku akan bertukar kepada saya. Lembut sikitkan? maklumlah sekarang makin berkeyakinan dan membawa bersama brand barang kecantikan..! ahaks!

Saya sekarang telah mula menyertai keluarga besar MARY KAY! Gembira dan enjoy sahaja sebenarnya. Bermula dengan belian untuk diri sendiri akhirnya bergelar Beauty Consultant gituu! Ada yang berpendapat..alaaa...tak cantik.. macamana nak promote? hmmm.. kena positif lah.. cantik bila wajah segar.. tiada pigmen.. itu dah cukup bertuah.. kalau nak berubah cantik ke wajah model ala erra fazira memang tak la kan.. So .. be rasional. Kita tetap cantik dengan cara kita dan diri kita sendiri. Keyakinan diri bertambah apabila kita menggunakan produk yang memang untuk cantik!


jom kita tengok apa yang best dalam mary kay  ni.. saya perkenalkan ikut apa yang saya pakai dulu lah..supaya apa yang saya ceritakan adalah sesuatu yang benar dari hati...
Selain pencuci..saya guna hak ni.. 





Okay.. untuk itu jangan malu dan jangan segan kalau korang nak tanya ke.. nak beli ke.. sila lah whatsaapp saya .. number masih tak bertukar 0125656085


Hokey rerakan semua! jumpa lagi esok bersama Nelly hokey! kita cerita pasal lain lak!