Thursday, 22 October 2015

untuk kepuasan

Salam korang.. kali ni aku post kan panjang sikit! untuk bagi korang puas sikit membacanya.. ni adalah last bab 1. Semoga korang berada di jiwa bila membaca kisah ini..


Kemuncaknya datang jua. Khalida di kurniakan zuriat. Awal perkahwinan Khalida memang pernah mengandung tetapi anak yang di kandungnya keguguran. Bukan sekali, tetapi dua kali Khalida keguguran. Keguguran kali pertama semasa usia kandungannya dua belas minggu. Kali kedua pula pada usia kandungannya sudah menjangkau kepada lima bulan. Namun begitu kekecewaan Khalida terubat apabila kandungan ketiganya selamat. Khalida memperoleh zuriat perempuan. Sejak Khalida mempunyai zuriat sendiri Salina mula berubah. Macam-macam kerenah dan bahasa tidak enak keluar apabila dia berhubung dengan Yahya. Khalida tidak pernah ambil tahu kenapa Salina mahu bercerai. Cuma, Khalida ada diberitatahu jiran-jiran Salina. Tamat sahaja tempoh eddah Salina telah berkahwin lain. Mudah sungguh Salina membina ikatan perkahwinan yang baru. Tetapi biarlah. Itu pegangan Khalida. Khalida tidak ada kena mengena dengan keputusan Salina itu. 

Tiba-tiba terdengar rengekan Rania dari dalam bilik. Khalida tersedar. Panjang sungguh lamunannya tadi. Bingkas bangun untuk melihat Rania. Khalida berharap Irdina akan dapat mengawal emosi. Irdina yang masih dalam pantang bersalin. Irdina yang memang patut dikasihani walau kedegilannya yang membawa kepada apa yang dia tanggung sekarang. Khalida menyimpan hasrat. Ingin melawat Irdina ketika cuti hujung minggu akan datang. Insya-Allah. Khalida akan cuba memujuk Yahya. Yahya bukan mudah untuk sengaja bertandang ke rumah orang jika tidak ada majlis tertentu atau urusan tertentu. Khalida berjalan menuju ke bilik. Rania tidak boleh terjaga ketika ini. Jika tidak, Khalida tidak akan merasa untuk memejamkan mata.

“Mami telefon siapa?” dalam pelat bercakap tapi masih boleh di fahami Rania anak Khalida bertanya sebaik sahaja Khalida masuk ke bilik untuk menjenguk.
“Kawan mami sayang.. tidurlah.. belum siang lagi ni..” Khalida memujuknya anaknya.
“Kak Yong nak susu, mami..” balas Rania.
“Okey.. sekejap ye. Kak Yong tunggu sini. Mami buatkan.” Khalida berkata lembut kepada Rania yang selesa dan serasi di panggil Kak Yong. Gelaran yang di beri oleh orang di negeri Perak ini untuk anak sulong perempuan.
Khalida memandang ke tilam yang terletak di bahagian bawah. Sebelum melangkah keluar untuk membuat susu, Rayyan di selimutkan. Khalida memisahkan tidur antara Rania dan Rayyan. Kedua-dua beradik itu tidak boleh tidur sama. Dua-dua lasak. Mujurlah bilik utama rumah Khalida mampu utuk memuatkan dua tilam besar. Khalida hanya memasang sebuah katil, manakala satu tilam lagi hanya di letakkan di atas lantai.
Selesai memberikan Rania susu, Khalida sendiri merebahkan badan di sebelah anaknya yang kecil. Suami Khalida, Yahya bekerja shif malam. Hanya ada Khalida dan anak-anak sahaja di bilik malam ini. Tidak berapa lama kemudian Khalida terlena. Kepenatan melayan kerenah anak-anak siang tadi menyumbang kepada penat badannya dan memudahkan lagi untuk matanya lena malam ini.

No comments:

Post a Comment