Salam korang.. kali ni aku post kan panjang sikit! untuk bagi korang puas sikit membacanya.. ni adalah last bab 1. Semoga korang berada di jiwa bila membaca kisah ini..
Kemuncaknya
datang jua. Khalida di kurniakan zuriat. Awal perkahwinan Khalida memang pernah
mengandung tetapi anak yang di kandungnya keguguran. Bukan sekali, tetapi dua
kali Khalida keguguran. Keguguran kali pertama semasa usia kandungannya dua
belas minggu. Kali kedua pula pada usia kandungannya sudah menjangkau kepada
lima bulan. Namun begitu kekecewaan Khalida terubat apabila kandungan ketiganya
selamat. Khalida memperoleh zuriat perempuan. Sejak Khalida mempunyai zuriat
sendiri Salina mula berubah. Macam-macam kerenah dan bahasa tidak enak keluar
apabila dia berhubung dengan Yahya. Khalida tidak pernah ambil tahu kenapa
Salina mahu bercerai. Cuma, Khalida ada diberitatahu jiran-jiran Salina. Tamat
sahaja tempoh eddah Salina telah berkahwin lain. Mudah sungguh Salina membina
ikatan perkahwinan yang baru. Tetapi biarlah. Itu pegangan Khalida. Khalida
tidak ada kena mengena dengan keputusan Salina itu.
Tiba-tiba
terdengar rengekan Rania dari dalam bilik. Khalida tersedar. Panjang sungguh
lamunannya tadi. Bingkas bangun untuk melihat Rania. Khalida berharap Irdina
akan dapat mengawal emosi. Irdina yang masih dalam pantang bersalin. Irdina
yang memang patut dikasihani walau kedegilannya yang membawa kepada apa yang
dia tanggung sekarang. Khalida menyimpan hasrat. Ingin melawat Irdina ketika
cuti hujung minggu akan datang. Insya-Allah. Khalida akan cuba memujuk Yahya. Yahya
bukan mudah untuk sengaja bertandang ke rumah orang jika tidak ada majlis
tertentu atau urusan tertentu. Khalida berjalan menuju ke bilik. Rania tidak
boleh terjaga ketika ini. Jika tidak, Khalida tidak akan merasa untuk
memejamkan mata.
“Mami
telefon siapa?” dalam pelat bercakap tapi masih boleh di fahami Rania anak
Khalida bertanya sebaik sahaja Khalida masuk ke bilik untuk menjenguk.
“Kawan
mami sayang.. tidurlah.. belum siang lagi ni..” Khalida memujuknya anaknya.
“Kak
Yong nak susu, mami..” balas Rania.
“Okey..
sekejap ye. Kak Yong tunggu sini. Mami buatkan.” Khalida berkata lembut kepada
Rania yang selesa dan serasi di panggil Kak Yong. Gelaran yang di beri oleh
orang di negeri Perak ini untuk anak sulong perempuan.
Khalida
memandang ke tilam yang terletak di bahagian bawah. Sebelum melangkah keluar
untuk membuat susu, Rayyan di selimutkan. Khalida memisahkan tidur antara Rania
dan Rayyan. Kedua-dua beradik itu tidak boleh tidur sama. Dua-dua lasak.
Mujurlah bilik utama rumah Khalida mampu utuk memuatkan dua tilam besar.
Khalida hanya memasang sebuah katil, manakala satu tilam lagi hanya di letakkan
di atas lantai.
Selesai
memberikan Rania susu, Khalida sendiri merebahkan badan di sebelah anaknya yang
kecil. Suami Khalida, Yahya bekerja shif malam. Hanya ada Khalida dan anak-anak
sahaja di bilik malam ini. Tidak berapa lama kemudian Khalida terlena.
Kepenatan melayan kerenah anak-anak siang tadi menyumbang kepada penat badannya
dan memudahkan lagi untuk matanya lena malam ini.
No comments:
Post a Comment