kat sini aku bagitau korang entry novel akan berselang seli dengan entry shaklee aku tau!
kali ni novel.. jommmmm!! permulaan bab 2 ok?!
Bab
2
Suasana
di bilik guru di SMK Seri Pagi pada pagi itu seperti biasa riuh rendah. Sebelum
kelas pertama bermula biasanya memang begitulah suasananya. Ada yang memang
sudah bersedia untuk memulakan kerja kerana mempunyai waktu mengajar pada waktu
pertama. Ada juga yang berkira-kira untuk ke kantin terlebih dahulu kerana
waktu mengajar akan bermula pada waktu berikutnya. Bilik guru terletak di
tingkat dua di SMK Seri Pagi. Bertentangan dengan bilik guru tersebut
menempatkan pelajar Tingkatan 6. Jadi, suasana riuh masih terkawal. Tidak ada
pergerakan pelajar berlari-lari dan berkejaran antara satu sama lain. Kalau lah
di tempatkan pelajar tingkatan satu bertentangan dengan bilik guru ini mungkin
haru-biru tiap hari dengan adegan kejar mengejar budak-budak tingkatan satu
yang masih belum matang itu.
Di
suatu sudut dalam bilik guru kelihatan Irdina duduk termenung menongkat dagu di
mejanya. Riuh rendah perbualan teman-teman yang bertingkah-tingkah bunyinya
pagi itu tidak menarik minatnya langsung. Di perhatikannya jadual peribadi yang
terletak di bawah cermin yang ada di atas meja miliknya. Irdina seakan-akan
terkejut. Mungkin sudah terlupa jadual waktu. Maklumlah, cuti bersalin yang di
ambilnya tiga bulan. Tiga bulan adalah satu tempoh yang panjang. Terkocoh-kocoh
Irdina bangun. Mengambil beberapa buku rujukan di meja, lalu menyusur keluar ke
pintu belakang. Laluan tersebut menyebabkan Irdina perlu melalui deretan lagi
meja guru. Bezanya ada tingkap yang menjadi pemisah apabila mengambil laluan di
kaki lima itu untuk turun ke bawah. Kalau Irdina mengambil laluan keluar
melalui deretan meja guru-guru lain tadi, dia terpaksa berhadapan dengan
pandangan-pandangan sinis dari teman-temannya. Irdina merasakan semua orang
memandang sinis terhadapnya semenjak dia menjadi isteri kepada Hakimi. Semua
orang tahu Rahim seorang yang baik. Ramai yang tidak menyangka mereka bercerai.
Irdina dan Rahim telah mengambil seorang anak angkat perempuan. Orang tua-tua
selalu berkata mengambil anak angkat akan dapat anak sendiri juga akhirnya.
Tetapi itu tidak berlaku kepada Irdina dan Rahim. Mungkin belum masanya.
Mungkin juga itu bukan rezeki mereka. Sejak itu Irdina rasa tersisih sendiri.
“Aku
rasa laki dia memang tak balik la..” suara yang halus itu amat di kenali Irdina.
Itu suara ustazah Shuhaidah. Ustazah genit itu tidak seperti ustazah layaknya
dari segi pemakaiannya. Itu pandangan Irdina.
sambung lg.. saboorr!!
No comments:
Post a Comment