Monday 6 October 2014

aku shaklee dan fareeda!

salam sahabat maya sekalian.. semoga kalian sihat sentiasa.. jelita sentiasa! hari ni nak cerita pasal sihat dan jelita! walau aku taklah sejelita mana tapi kejelitaan adalah hak impian setiap insan! ada banyak tafsiran jelita yang ada dalam kehidupan kita. kali ni aku nak kongsikan cerita jelita luar dan dalam!


korang sure pernah dengar tudung jenama FAREEDA bukan? tag line nya FAREEDA ..NYATA JELITA.. dek kerana pengaruh yang kuat pada tag line itu.. aku telah menambah baik page aku di facebook dengan nama PAKAR NYATA JELITA! see?? betapa kuatnya pengaruh jenama ini dalam kehidupan aku kan? heheeh!

sebenarnya ada kaitan shaklee dengan fareeda ni.. (jgn silap ye.. bkn fareeda tuan punya patern tapi fareeda tudung jenama dia!) aku kenal shaklee terlebih dahulu pada hujung 2011. di perkenalkan oleh rakan sekerja yang tak pernah pun sebut meh la jadi ahli! hahaha! time tu pun kalau dia ajak mungkin aku pun taknak kerana aku sibuk berniaga kain pasang. sangat memberangsangkan bisnes aku ketika itu. itu cerita 2011 ketika aku di perak. setelah dua tahun.. iaitu ketika aku di penang.. baru terbuka hati untuk join ahli.. 

tang join ahli pada nov 2013 tu lah terkaitnya dengan fareeda. masa tu aku masih memakai saiz 12 fareeda ni. jadi ramai pilihan seller yang ada menjual saiz ni. (sekarang dah bertukar saiz.. susah cari). bermula dengan belian sehelai tudung, aku tergoda dengan kebijaksanaan kata-kata si penjual fareeda dan dealer shaklee ni! tak lain tak bukan dia adalah Firdzaluv fareeda. tengok tu.. nama facebook dia pun mencerminkan kecintaan dia pada fareeda! hahaahah! dia ni kebetulannya aku dah kenal live.. tapi dia je tak kenal aku! aku pernah terserempak dengan dia di butik fareeda permatang pauh.

time aku terserempak dengan dia tu.. kawan aku yang bisik kat aku.. dia cakap tu la seller firdzaluv.. yang banyak stok tu! dia datang dengan anak dara dia.. dia ni besarnya sama je ngan anak dia! hahaha! bila aku membeli tudung dengan dia secara online pada november 2013 tu.. bermula lah era aku dengan shaklee sebagai dealer. dia ni pandai tarik kastemer.. sambil jual fareeda dia promote shaklee.. siap ofer dahulukan bayaran pendaftaran..!! baik kan? sedangkan dia tak kenal pun siapa aku!

so.. bermula dengan sehelai fareeda.. membawa aku ke dunia bisnes shaklee sebenar. sebelum tu aku tak terniat pun nak bisneskan produk yang aku dah makan ni. masih ingat lagi belian pada bulan pertama tu aku dapat bonus dalam 80++ dengan belian sendiri dan untuk sepupu aku yang baru berkahwin ketika itu. dannnnn.. masa disember 2013 tu aku siap cakap dengan mak bisnes aku ni jangan ganggu aku! aku takkan buat apa-apa sale pada bulan tu sebab nak tumpukan segala perhatian pada tesis master yang menyerabutkan aku ketika itu.

pada januari 2014 aku mula aktif bertanya pada kengkawan. kebetulan sesi persekolahan. jadi rezeki tak terduga datang dalam bisnes kecil aku ni.. dan siapa sangka pada bulan itu aku dapat sale yang sangat memberangsangkan. dengan galakan dan sokongan mak bisnes aku ni.. aku berjaya melangkah setapak lagi rank dalam bisnes shaklee! masa tu aku dah pernah jumpa dia live dan bertegur sapa.. dan dalam masa sama.. minat aku mula datang sebab tengok bonus yang dapat boleh beli berhelai-helai fareeda setiap bulan!

itu lah kisah aku, fareeda dan shaklee.. sampai sekarang aku meneruskan bisnes shaklee dengan hati yang seronok. tiada gesaan tiada paksaan. hanya ada galakan dan dorongan yang berterusan dari rangkaian kumpulan bisnes shaklee yang aku sertai. 

sampai sekarang juga aku tetap jadi pengguna fareeda. walaupun pernah satu masa aku hampir bertukar ke patern lain... tapi tak lama.. aku mula mengumpul semua warna-warni fareeda ni.. fareeda ni di pakai mudah dan selesa. memang rasa nyata jelitanya bila memakai!! cuma sekarang belian amat terbatas kerana pilihan semakin kurang sejak aku bertukar saiz ke saiz 14. dahulu ramai seller menjadi tumpuan aku.. tapi sekarang tumpuan aku lebih pada kepada sorang seller ni sahaja iaitu munirah abd rahman..!! haaaa!! siap promote ni.. nak cari fareeda.. servis terbaik.. cari firdzaluv untuk saiz M.. cari munirah abd rahman untuk saiz L dan XL..!! cari aku untuk dapatkan shaklee dan khidmat nasihat serta motivasi percuma!



No comments:

Post a Comment