Friday, 8 August 2014

Kisah dunia nyata

salam sahabat sekalian

bertemu lagi kita di coretan bisu ini untk kesekian kalinya..

hari ni aku nak kongsikan warna warni kehidupan duniawi tentang sebuah ego dan kekayaan.

1. pernah kah korang bertemu dengan seorang yang mengaku kaya dan berharta tapi masih bekerja makan gaji?

2. pernah kah korang bertemu dengan seseorang yang merasakan dirinya terlalu bagus kerana dia merupakan orang atasan yang punya kelulusan tinggi?

kedua situasi tu memang ada kan??

untuk situasi 1
ini adalah pendapat peribadi aku sebagai pemerhati ok... rasanya kalau aku sudah punyai syarikat sendiri.. Bisnes besar, berharta, kekayaan dari kecil adalah milik aku.. aku tak akan bekerja makan gaji lagi!! tak akan menempuh rutin bekerja dengan arahan orang lain!

itu aku... korang? hmmm.. sendiri je yg tahu sebenarnya kaya atau tidak diri kita. Setakat kaya harta dan berlumba lumba menghambur kata nista kepada org lain pun takda maknanya!

untuk situasi 2
keadaan ni memang selalu berlaku. Berada di atas baru sikit je dah rasa semua orang bawah macam kuli batak. aku pernah rasa dan sedang merasa situasi ini. aku tak marah tapi aku kecik hati. sakit hati tu senang hilang sebb biasa muncul sekejap je.. tapi kecik hati tu yang makan dalam.


moralnya..
jadilah orang yang besederhana. Jadilah seorang yang senang di dekati. waau pada awalnya orang mengaggap anda sombong, tapi bila dah bergaul mesra orang akan rasa selesa dengan kita. jangan kerana kita berpelajaran tinggi semua orang bawah kita adalah kuli. ingat... Allah sedikitpun tak bezakan hambanya kecuali dengan amalan masing-masing..

#peringatan utk diri sendiri juga#

No comments:

Post a Comment