Selamat membaca korang semua..
Irdina
pernah menceritakan kepada Khalida yang Rahim meminta Irdina memberi peluang
kepadanya. Rahim mengajak untuk melakukan persenyawaan secara in vitro. Secara ringkasnya IFV. Irdina
sedikit pun tidak terkesan dengan ajakan Rahim itu. Sudah terlewat, itulah
pendapatnya.
Lagipun
Irdina tidak mahu menyusahkan diri. Itu yang Irdina beritahu kepada Khalida.
Irdina menceritakan ada seorang sahabat di sekolahnya membuat kaedah itu. Sudah
tiga kali tetapi masih belum berjaya. Kaedah itu juga leceh kata Irdina. Perlu
membawa ke hulu hilir suntikan yang perlu diambil. Perlu membawa di dalam bekas
sejuk beku. Irdina tidak melihat itu sesuatu yang menarik perhatiannya.
“Dia
langsung tak kesiankan anak yang baru lahir ni ida..” sambung Irdina. Luahan
Irdina itu mematikan imbauan kenangan Khalida terhadap cerita lama Irdina.
“Hmm..
kau jangan marah aku nak cakap ni.. Dari dahulu sudah aku katakan.. Kalau dia
jenis lelaki yang mengenangkan anak, dia tidak akan berkahwin lain semata-mata
kerana cinta.” Luah Khalida untuk kali yang entah ke berapa. Kerap sungguh
Khalida menuturkan ayat itu kepada Irdina. Khalida merasakan Hakimi bukan jenis
lelaki yang memikirkan keluarga dan anak-anak. Kalau tidak masakan dia sanggup
bercinta lagi dengan Irdina ketika isterinya mengandung. Hakimi berjumpa semula
dengan Irdina ketika isterinya mengandungkan zuriat mereka yang ke lima. Semua
itu Khalida tahu dari cerita Irdina juga. Semasa mendengar cerita tersebut
Khalida merasakan Irdina juga zalim terhadap kaum sejenisnya. Irdina tidak
langsung berasa bersalah bermain cinta dengan Hakimi sedangkan isteri Hakimi
lebih memerlukan perhatian ketika itu.
“Tidurlah
dulu Dina.. esok kita sambung cerita. Kau tengah emosi ni. Jangan ikutkan hati.
Bawa bertenang.” Khalida cuba menenangkan Irdina lagi. Timbul juga perasaan
kasihankan temannya itu. Marah-marah dia pada Irdina, Irdina tetap teman
baiknya. Teman yang sedang mengharapkan sokongan moral darinya.
“Aku
sedih Ida..” sayu sekali nada Irdina. Khalida dapat merasakan kesedihan itu
sama. Irdina teman baiknya. Mustahil dia tidak terasa dengan apa yang di
tanggung Irdina.
“Aku
faham..” Hanya itu yang mampu Khalida tuturkan. Sahabatnya itu sedang berduka.
Apa lagi yang boleh di ungkapkan selain dari itu. Hendak memujuk beria-ia
rasanya masa kurang sesuai. Perbualan yang berjela-jela kelak akan mengganggu
tidur isi rumah yang lain.
“Terima
kasih Ida. Kau aje kawan yang aku ada untuk berkongsi suka dan duka..” Irdina
bersuara lagi. Sememangnya Khalida sedia maklum Irdina bagai kera sumbang
semenjak bergelar isteri kepada Hakimi. Rakan sekerja seolah-olah menjauhkan
diri. Menurut Irdina hanya seorang sahaja yang bersikap tetap seperti dulu.
“Sama-sama..
itulah gunanya berkawan. Boleh berkongsi cerita.” Balas Khalida.
“Aku
nak susukan anak ni.. esok aku call
kau lagi ye.” Sambung Irdina lagi.
“Baiklah.
Tak kisahlah bila-bila pun kau boleh call
aku Dina..” Khalida bersuara seakan-akan memujuk.
Klik.
Talian mati begitu sahaja. Khalida termanggu-manggu dalam suram lampu di ruang
tamu rumahnya. Berkira-kira mahu menunaikan solat usai anak-anak lena tadi
tertangguh dek panggilan Irdina.
Khalida
terpanggil untuk mengenang kembali perbualan antara dia dan Irdina lebih kurang
3 tahun lalu.
“Apa
perasaan kau menjadi isteri kedua?” Soalan Irdina itu bukan kali pertama yang
perlu Khalida jawab. Ramai sungguh kenalan yang bertanya. Perasaan menjadi
isteri kedua. Khalida memang tidak pernah merahsiakan perkahwinannya adalah
ikatan yang berkongsi kasih dengan wanita lain. Bagi Khalida tiada guna
menyembunyikan sesuatu yang bukan menjadi satu dosa. Memang ramai di luar sana
yang terus memandang serong kedudukan sebagai isteri kedua. Tetapi Khalida
punya pendapatnya tersendiri. Khalida punya alasan yang kukuh kenapa bersedia
untuk menjadi isteri kedua yang selalu di labelkan sebagai perampas.
“Kau
tak boleh samakan kedudukan aku sekarang sama dengan pilihan yang kau ada.”
Jawab Khalida ketika itu. Khalida sebenarnya kurang selesa temannnya itu
menjadikan keadaan dirinya sebagai penanda aras untuk melihat kebahagian
menjadi isteri kedua. Dia kurang setuju Irdina mengambil keputusan sama.
Keputusan untuk menjadi isteri kedua. Jauh panggang dari api kisah Irdina jika
hendak di bandingkan dengan kisah Khalida yang mengambil keputusan untuk
menjadi isteri kedua. Manakan tidak, Irdina telah bersuami dan masih dalam
ikatan perkahwinan yang sah ketika membuat pilihan untuk menjadi isteri kedua
kepada Hakimi. Irdina meminta untuk di ceraikan. Lalu mahu berkahwin lain untuk
menjadi isteri kedua kepada lelaki yang mempunyai lima anak. Sedangkan Khalida
berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai zuriat bersama perkahwinan
pertamanya. Suami Khalida, Yahya namanya. Telah berkahwin enam belas tahun
tanpa di kurniakan zuriat. Yahya mempunyai seorang anak angkat lelaki. Mana
boleh di samakan dengan Hakimi yang mempunyai anak lima. Zuriat sendiri dari
perkahwinan pertamanya. Lagipun, Khalida bermadu dengan seorang wanita yang
memang mengetahui perkahwinan kedua suaminya. Sedangkan Irdina ingin berkahwin
secara rahsia.
“Apa
kau rasa bila madu kau jumpa kau mula-mula dulu?” Irdina pernah bertanya
begitu. Walau pun keberatan, Khalida menjawab jua.
~ Bersambung di entry berikutnya ~
No comments:
Post a Comment