Cabaran sungguh rasanya nak konsisten dlm memeriahkan blog kecil ini.. Tetapi selagi boleh saya tidak akan patah semangat!! walau terkadang rasa lesu tak bermaya nak menulis apa-apa akibat dek persekitaran kerja yang tidak memberangsangkan...
Tercabar tu sebenarnya baik utk perkembangan otak dan kerjaya! itu pendapat peribadi saya.
Bila kita rasa tercabar.. Otak kita mula ligat berfikir.. Maka aktiflah otak kita bekerja.. Minda akan segar. Bila minda segar akan membuatkan fizikal kita juga bergerak segar!
Percaya atau tidak.. Itu hakikat! Ada ke org rasa tercabar.. Tapi takde apa perasaan pun!?
satu lagi saya sangat sukakan ayat ni. seingat saya bekas pengetua saya puan bainah yang selalu mengucapkan kata-kata ini.
Meh kita tengok situasi yang selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita.
~ biasakan yang betul
kita selalu memandang remeh tentang pentingnya bersikap membiasakan yang betul.. seperti mengucapkan salam. dalam kehidupan seharian aku sebagai guru contohnya. pelajar sekarang selalu tidak lagi mengucapkan salam, tetapi lebih tertarik menegur guru dengan ucapan.. cikgu.. ssambil menundukkan kepala. semakin jarang pelajar mengucapkan salam ketika berselisih dengan guru.
~ betulkan yang biasa
dalam hal ni aku selalu beritahu kepada pelajar aku. sila betulkan yang biasa kamu buat. sebagai contohnya bercakap dalam bahasa kasar dan mencarut. selalu alasan yang di berikan mereka.. biasalah cikgu kami orang penang..dengan mak pak kami pun kami cakap macamni.. haaaaa!! kan tak betul tu.. so bolehlah kita belajar membetulkan kesalahan yang dah teramat biasa kita buat..
So.. lepas ni sila betulkan yang salah yang selalu dah kita buat dan anggap biasa..biasakan buat yang betul lama-lama akan terbit kebiasaan!
so.. biasakan saya sebagai pengedar shaklee anda juga!
Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally
Instagram idaally
No comments:
Post a Comment