Monday, 1 September 2014

keajaiban shaklee di bulan september

Salam rakan maya sekalian.. setelah 5 hari tidak menjenguk ke blog comel ini.. hari ni aku gagahkan diri untuk melangkah dengan yakin untuk september ini. Istimewanya september ni adalah merupakan bulan uangtahun kelahiran aku.. dan bersempena target yang nyata, aku mengharapkan sempena bulan kelahiran aku ni ada keajaiban yang akan berlaku dalam biz comel aku iaitu tak lain tak bukan adalah SHAKLEE!

Lima hari tanpa entry merasakan kekosongan yang nyata dalam perjalanan kehidupan seharian aku. Mungkin kegiatan mengupdate entry dah berbulan-bulan aku lakukan.. maka bila terlalu lama tak update aku rasa janggal pulak! rasana itu tanda kecintaan aku terhadap bisnes ini memang telah nyata dalam hati aku.

bulan ogos yang lepas aku berjanji untuk membuat 3 entry sehari. tapi nampaknya aku belum mampu untuk bergerak selaju itu. perjalanan masa sebagai pendidik dan pelajar tidak memberikan ruang yang banyak untuk aku menyelenggara blog comel ini.. 

So.. back to the normal.. sehari dua entry.. kalau ada terlebih adalah baik tapi tidak boleh terkurang. itu target yang pasti!

Sebagai pengakhiran cerita kali ini.. aku mengharapkan kalian yang membaca coretan ini mendoakan kejayaan dan kesejahteraan aku sempena ulangtahun kelahiran aku!!

semoga aku terus sukses dalam semua bidang yang aku ceburi selain bahagia bersama keluarga tercinta...aminnn

No comments:

Post a Comment