Salam sahabat sekalian
tajuk hari minggu tapi kisah hari selasa.. silalah membaca!!
terima kasih kerana sudi membaca walau tak mengomen! apa kata lepas ni korang mula komen pulak!
Ianya percuma.. takde bayaran dikenakan! hhaha
Sebelum ni hari selasa saya mempunyai kelas yang agak pack. ada 6 waktu yang harus di lalui yang mana 3 kelas tersebut semuanya mempunyai pelbagai karenah manusia didalamnya.
tapi.. sejak 3 minggu ni dua orang guru praktikal datang ke sekolah saya. (rasa mcm kurang best ckp saya sebab dah biasa dengan aku!)
kedatangan diaorang berdua memang banyak membantu keredaan tekanan emosi aku dalam menghadapi pembelajaran seharian di sekolah ini. tak sabar nak tunggu surat pertukaran suami sampai. Harap kami sekeluarga tidak perlu berlama-lama di pulau yang tidak menjanjikan kehidupan yang ceria!
dalam kesibukan mengajar aku masih setia dengan bisnes shaklee. tetap berusaha gigih lah aku rasa berbanding dengan usaha orang lain yang tak bekerja secara tetap.. tak buat apa dirumah..hanya mengadap pc untuk tengok status orang di FB! hahahaaha
hidup kena ada cabaran
cabaran akan buat kita sentiasa berusaha
usaha perlu berterusan
berterusan akan membuahkan hasil yang manis
manis bila bergelar master untuk pelajaran dan perniagaan!
No comments:
Post a Comment