Monday, 30 June 2014

kenapa kita perlukan supliment??



Mari kita kaji sendiri eh!!

Berapa ramai yang benar-benar amalkan pemakanan seimbang. Makan buah sebelum buah 3-4 hidangan setiap hari tanpa gagal
   
Zaman sekarang ni pertanian tak macam dulu, organik..semula jadi.. Semua pun baja kimia bagai.
 
Orang zaman dulu tanam sayur belakang rumah, petik terus masak dan makan. Tahu tak berapa banyak vitamin yang hilang sebaik saja sayur/buah dipetik. Kemudian kalau biar beberapa jam sementara dibawa ke pasaraya, sementara nak dibeli, sementara nak dimasak. Agak-agak berapa peratus khasiat yang tinggal by the time sayur/buah masuk dalam perut kita.
 
Banyak khasiat hilang masa pemprosesan. Vitamin C contohnya adalah vitamin larut air. Waktu basuh kat sink tu banyak vitamin yang hilang. Kalau sayur tu masak sup, hilang dalam kuah. Vitamin C juga hilang apabila terdedah pada suhu 60 darjah celcius. So waktu masak tu banyak vitamin yang akan hilang dan rosak
   
Kehidupan zaman sekarang ni sangat stress dan kita perlukan lebih banyak vitamin/nutrient berbanding orang zaman dulu yang hidupnya kurang stress. Lebih-lebih lagi kalau orang yang duduk di bandar besar.

rasanya betul tak?? bg aku .. mmg betul la..

No comments:

Post a Comment