Seperti yang saya janjikan... saya mulakan entry novel saya. semoga korang seronok membaca dan mengikutinya..
BAB 1
Deringan
telefon bimbit yang begitu kuat telah mengejutkan Khalida. Lantas matanya segar
semula. Terpisat-pisat dia, sambil menggosok-gosok matanya dengan jari, pantas
tangannya meraba-raba di bawah bantal tidurannya. Sementara jari jemari Khalida
meraba mencari di mana letak telefon bimbitnya itu, deringan tersebut terhenti.
Tidak lama kemudian kedengaran nada lagi menandakan ada sistem pesanan ringkas
yang masuk. Mujurlah bunyi itu tidak mengganggu anak kecil yang lena di sebelah.
Pantas Khalida membuka untuk melihat isi kandungannya. Mata Khalida membulat.
Bertambah segar apabila membaca mesej yang diterima tadi. Kedengaran keluhan
kecil Khalida. Kemudian Khalida perlahan-lahan bangun dari pembaringannya.
Khalida tidak mahu gerakannya nanti akan menyebabkan anak-anaknya yang telah
lena itu akan terjaga semula. Kecoh nanti jika kedua anak itu bangun semula.
“Kau dah tidur ke?” soalan pertama yang datang dari telefon bimbit Khalida yang tiba-tiba berbunyi semula. Tanpa salam suara dari sebelah sana kedengaran semacam suara orang sedang menangis layaknya.
“Tadi terlena sekejap.. menidurkan si Rania ni.. aku pulak yang terlelap... Dengar bunyi telefon ni tadi dah segar semula aku..” Jawab Khalida dalam nada yang paling rendah.
Perlahan-lahan Khalida bergerak ke pintu untuk keluar dari bilik. Khalida ingin meneruskan perbualan dengan si pemanggil. Temannya yang bernama Irdina dihujung talian sana. Irdina lah si pemanggil dan si penghantar pesanan ringkas tadi. Irdina jugalah yang membuatkan Khalida mengeluh tadi usai membaca kiriman pesanan ringkas di telefon bimbitnya. Irdina yang mengejutkan lenanya tadi. Irdina adalah teman Khalida semasa sama-sama belajar sejak dari bangku sekolah menegah hinggalah ketika mereka sama-sama menyambung pelajaran ke menara gading. Masa sama-sama belajar dulu mereka memang rapat. Walaupun mengambil jurusan yang berbeza namun mereka tetap akrab. Kelangsungan persahabatan antara mereka jadi lebih akrab lagi apabila sama-sama di tugaskan di sekolah yang sama. Walau hanya berkesempatan tiga bulan sahaja Khalida mengajar di SMK Seri Pagi, persahabatan dengan Irdina menjadi lebih akrab sehingga kini.
“Kau dah tidur ke?” soalan pertama yang datang dari telefon bimbit Khalida yang tiba-tiba berbunyi semula. Tanpa salam suara dari sebelah sana kedengaran semacam suara orang sedang menangis layaknya.
“Tadi terlena sekejap.. menidurkan si Rania ni.. aku pulak yang terlelap... Dengar bunyi telefon ni tadi dah segar semula aku..” Jawab Khalida dalam nada yang paling rendah.
Perlahan-lahan Khalida bergerak ke pintu untuk keluar dari bilik. Khalida ingin meneruskan perbualan dengan si pemanggil. Temannya yang bernama Irdina dihujung talian sana. Irdina lah si pemanggil dan si penghantar pesanan ringkas tadi. Irdina jugalah yang membuatkan Khalida mengeluh tadi usai membaca kiriman pesanan ringkas di telefon bimbitnya. Irdina yang mengejutkan lenanya tadi. Irdina adalah teman Khalida semasa sama-sama belajar sejak dari bangku sekolah menegah hinggalah ketika mereka sama-sama menyambung pelajaran ke menara gading. Masa sama-sama belajar dulu mereka memang rapat. Walaupun mengambil jurusan yang berbeza namun mereka tetap akrab. Kelangsungan persahabatan antara mereka jadi lebih akrab lagi apabila sama-sama di tugaskan di sekolah yang sama. Walau hanya berkesempatan tiga bulan sahaja Khalida mengajar di SMK Seri Pagi, persahabatan dengan Irdina menjadi lebih akrab sehingga kini.
Di
ruang tamu itu Khalida berasa agak selesa untuk terus berbual. Sungguh pun
begitu nada suara Khalida tetap rendah. Rumah yang didiaminya ini tidak sebesar
mana, jadi jarak antara ruang tamu dengan bilik utama yang menempatkan Rania
dan Rayyan tidur itu tidaklah jauh mana.
Beberapa ela sahaja sudah ke muka pintu bilik utama itu.
“Kenapa
dengan kau?” Tanya Khalida dalam nada yang agak janggal.
Terdengar
dihujung talian sana esakan Irdina. Tiada suara yang mampu di lontarkan Irdina.
Khalida membisu. Berjeda menunggu jawapan dari Irdina. Teringat bait-bait ayat
dari mesej yang dihantar Irdina tadi. Ayat yang menyentapkan tangkai hatinya.
Melenyapkan rasa mengantuknya sebentar tadi.
‘Miinggu depan suami
aku ajak ke mahkamah syariah.. dia nak ceraikan aku...’
Entah
kali yang keberapa Khalida kurang ingat Irdina menyebut perkataan ‘cerai’ dalam
usia perkahwinan yang baru hendak mencecah 3 tahun itu. Kadang-kadang geram
juga Khalida mendengarnya. Mudah sungguh pasangan Irdina yang juga merupakan
rakan satu sekolah dengan mereka dahulu menyebutnya. Tanpa alasan yang kukuh
seolah-olah mengugut pula dirasakan Khalida.
“Dia
nak ceraikan aku.. kali ini muktamad katanya.. dia beritahu aku .. dia tak mahu
lagi memikirkan cemburu di hatinya..” Dalam suara masih teresak-esak Irdina
memulakan bualnya. Khalida menduga sendiri. Dari esak Irdina itu sudah lama
temannya itu menangis. Suaranya sudah menjadi garau. Menandakan tekaknya
semakin kering.
Khalida
hanya mendengar. Memberi peluang kepada Irdina untuk menceritakan situasi
sebenar. Dalam sedu sedan yang masih berbaki Irdina meluahkan segalanya. Dari
cerita Irdina yang berjela-jela itu Khalida hanya mampu menyampuk sekali sekala
untuk menenangkan Irdina yang nampaknya masih terlalu emosi. Khalida merasakan
tidak ada apa-apa masalah sebenarnya antara Irdina dan Hakimi. Irdina sahaja
yang di lihat terlalu emosi. Mungkin juga pengaruh keadaan Irdina sekarang. Irdina
masih dalam pantang. Itu yang paling Khalida tidak dapat terima jika benar
Hakimi mahu menceraikan Irdina. Minggu hadapan selesai sahaja tempoh berpantang
Irdina akan bergelar janda sekali lagi. Ya, sekali lagi. Sanggup kah temannya
itu? Kasihan sungguh Khalida memikirkannya. Irdina yang sanggup meminta cerai
dari suaminya terdahulu semata-mata untuk berkahwin dengan Hakimi. Menjadi
isteri kedua Hakimi pula. Bukanlah hina untuk menjadi isteri kedua. Tetapi
pilihan yang di buat Irdina itu di tentang oleh semua yang mendengarnya. Hakimi
yang sudah memiliki isteri dan beranak lima menjadi pilihan Irdina. Alasan yang
diberikan mudah sahaja. Hakimi adalah kekasih pertamanya. Kekasih yang hilang
jejaknya setelah Irdina menolak untuk berkahwin ketika mereka tamat pengajian
dahulu. Atas alasan apa Irdina menolak lamaran Hakimi, Khalida kurang pasti.
Tahu-tahu sahaja mereka tidak lagi menjadi pasangan kekasih.
“Apa
nak jadi dengan Hakimi ni..” komen Khalida berbasi-basi. Merasakan Irdina
sendiri mengetahui yang dia kurang senang dengan Hakimi sekarang ini. Kelakuan
Hakimi macam kebudak-budakkan. Sedikit sahaja tidak kena di hatinya, mahu
berpisah.
“Entah
lah Ida.. sudah nasib aku begini..” balas Irdina masih dalam esakan. Irdina
memanggil Khalida dengan nama singkatan itu.
“Macamni
lah Dina.. buat masa ni kau bertenanglah dulu. Jaga emosi kau tu. Kau masih
dalam tempoh berpantang. Nanti lain pulak jadi. Hal si Hakimi tu kau tolak tepi
dulu. Orang tengah panas jangan di tambah lagi panasnya tu..” pujuk Khalida
untuk menenangkan hati Irdina yang sudah pasti tengah lara yang amat sangat. Dalam
tempoh yang begini selalu orang tua-tua menasihatkan emosi kena di jaga dengan
betul. Jika tidak bimbang ‘meroyan’. Kisah hilang pertimbangan ketika
menghadapi pelbagai tekanan dalam tempoh berpantang memang selalu di dengarnya.
Harap-harap Irdina tidak sampai ke tahap itu. Khalida pernah terbaca di akhbar,
seorang ibu bertindak mencekik anaknya sendiri kerana mengalami tekanan semasa
dalam tempoh berpantang. Malah Khalida sendiri pernah mengalami situasi
sebegitu. Khalida masih ingat waktu dia keguguran buat kali ketiga bayi yang di
kandungnya sudah menjangkau lima bulan. Tanpa sebab yang jelas bayi itu
tiba-tiba tidak lagi bernyawa. Khalida bagai hilang arah kerana dia sememangnya
sangat mengharapkan kehadiran cahaya mata ketika itu. Ibu Khalida menceritakan
pada suatu petang ketika dalam tempoh berpantang itu Khalida berlari tanpa
tujuan ke arah hujan panas. Itu tanda-tanda penyakit ‘meroyan’ kata ibu
Khalida. Minta di jauhkan semua itu dari berlaku bisik Khalida sendirian didalam
hati.
Setiap
kali mendengar masalah rumahtangga Irdina dan Hakimi, serasa mahu sahaja
Khalida memulangkan paku buah kerasnya kepada Irdina. Sedari awal lagi Khalida memang tidak menyokong tindakan Irdina untuk
berkahwin dengan Hakimi. Alasannya meninggalkan Rahim dahulu tidak kukuh
langsung. Irdina mengatakan Rahim mandul. Sementalah sudah berlalu lima tahun
perkahwinan mereka masih belum di kurniakan zuriat. Irdina memberikan alasan
dia tidak mahu hidup tanpa zuriat. Dia mampu melahirkan zuriat. Rahim yang
mandul. Bertemu semula dengan Hakimi di pekan kelahiran mereka memberi kekuatan
dan ruang kepada Irdina untuk menamatkan ikatan perkahwinannya bersama Rahim. Irdina
sudah memutuskan. Perkahwinan dengan Rahim harus di tamatkan. Malah keluarga Irdina
sendiri terpaku dan kelu untuk menutur kata saat Irdina mengatakan Rahim mati
pucuk. Dayus jika tidak melepaskkannya. Sudahnya Rahim rela dalam paksa
melepaskan Irdina dengan talak satu.
No comments:
Post a Comment