apa cerita

Thursday, 1 January 2015

Selamat tahun baru.. azam baru.. serba baru

Assalamualaikum sahabat maya sekalian.. setelah sekian lama blog ini sunyi dari coretan ..aku mulakan semula pada tahun 2015 ini. Semoga masih ada yang sudi mengikut segala perkembangan yang mengiringi kehidupan aku...


Hmmm..hari pertama tahun baru 2015 ini masih tak banyak berubah dari hari-hari sebelum ini. Masih menduduki pulau indah ini. masih membuat kerja yang sama.. cuma untuk 2015 ini aku mengharapkan sinar yang lebih baik dalam kehidupan sebagai seorang guru..sebagai pelajar.. dan sebagai peniaga online!

Sebagai seorang guru.. aku mengharapkan tahun 2015 ni akan membuahkan hasil yang lebih manis di mana aku boleh menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang dalam subjek aku.. dan cemerlang sahsiah diri mereka. walaupun aku agak meluat kerana sekali lagi aku terpaksa hadap pelajar kelas paling hujung sebagai guru kelas.. tapi aku terima juga demi tugas dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. dari sudut positifnya aku anggaplah..aku guru terbaik yang boleh mengawal kelas yang paling hujung yang selalu tidak di inginkan oleh guru lain...

Sebagai seorang pelajar.. aku harap 2015 ini aku boleh berkonvokesyen. Sekarang aku sedang membetulkan tesis bagi memenuhi keperluan VIVA sebenar. walaupun masa yang di peruntukkan adalah 6 bulan, tetapi dengan cadangan supervisor aku.. dia mahu aku siapkan sebelum sekolah bermula. ada baiknya kerana aku tak lagi perlu mendaftar untuk semester akan datang.. tapi peritnya.. memang perit nak siapkan dalam tempoh tak sampai sebulan. sebelum ni aku berkampung di upsi lebih seminggu.. memang boleh buat dengan banyak dalam sehari.. tapi bila pulang ke rumah sendiri.. semua tu tak menjadi.. macam-macam nak buat.. masa 24 jam mcm tak cukup.. namun.. langkah perlu di teruskan.. kena kuat semangat.. selangkah saja lagi.. doakan aku ye kengkawan..

sebagai peniaga online pula aku mengharapkan aku dapat meningkatkan jumlah jualan dalam setiap bisnes yang aku buat.. bisnes shaklee.. samabl hitam pahang..dan juga tudung fareeda.. walau semuanya bukan menghasilkan keuntungan puluhan ribu ringgit.. tapi aku masih seronok untuk membuat semua bisnes ini..pelbagai pengalaman pait manis aku lalui dengan menjalankan perniagaan ini..terima kasih kengkawan yang sudi menjadi pelanggan..

jumpa lagi di coretan akan datang.. aku mengharapkan VIVIX akan menjadi produk promosi untuk januari..

 
VIVIX













No comments:

Post a Comment