apa cerita

Tuesday, 26 August 2014

Shaklee effect lg

Salam sahabat sekalian..

Cerita pasal shaklee effect lg.. Secara tak langsung bila m Shaklee punya pasal.. Untuk lebih mudah menyakinkan pembeli.. Aku dengan yakin juga bertukar ke pencuci muka shaklee sejak tujuh bulan lepas.. Alhamdulillah.. Kesannya amat memuaskan hati.. Muka makin berseri-seri! Maklumlah.. Produk yang takde bahan kimia.. Memang mahal sikit.. Tapi berbulan tahannya..

Seterusnya aku cuba pulak vitamin yang dinamakan ostemetrix dan advance joint health tablet atau ringkasnya AJHT. Sebelum ni duk dengar orang cakap bagus untuk keselesaan sendi dan tulang.. Aku memang bermasalah dengan sendi sejak setahun dua ni.. Lalu aku berani kan diri.. Cuba pulak! Dan.. Memang sangat berbaloi sebab pagi bangun tidur aku tak lagi terhenjut-henjut menahan sakit tapak kaki dan tumit. Selain sendi kaki menjadi lebih selesa!

So.. Korang taknak ke shaklee effect tu? Meh try dulu.. InsyaAllah.. Memuaskan hasilnya nanti

Bkn sekadar si penjual shaklee tapi pengguna tegar shaklee juga!!

Whatsapp ida ali 01135078334


Monday, 25 August 2014

Shaklee effect

Salam sahabat sekalian...

Mana-mana pun sekarang perkataan shaklee effect diguna pakai. Bukan sekadar kesan pengambilan suplimen shaklee tu aje.. Tapi merangkumi keseluruhan yang berkaitan dengan shaklee.

Sebagai salah satu contoh effect yang aku rasa bila bershaklee.. Hidup rasa terisi dengan aktiviti berfaedah.. Di samping menikmati kehidupan yang lebih berkualiti..aku berada dalam kalangan mereka yang sentiasa positif. Selama ini aktiviti online lebih kepada mengisi masa lapang tanpa faedah tertentu..kini tidak lagi..

Berikutnya.. Pengisian aktiviti kerohanian juga semakin bertambah hari ke hari.. Kan ke effect join shaklee tu.. Effect positif ok!

Join shaklee pun tak susah mana. Cuma langkah kena berhati-hati dibawah siapa korang join. Jangan terkena yang memaksa anda untuk melabur modal yang besar untuk beli stok barang. Tiada istilah buat stok kerana produk boleh di beli pada bila-bila masa..

Aku join bawah group muslimah yang sangat membantu dan sentiasa positif! Syukur.. Korang nak? Joommm!

011 35078334

Sunday, 24 August 2014

sambung cerita kaya dengan SHAKLEE!

pagi tadi pandangan peribadi aku tentang kaya dan berjaya... malam ni kita cerita pulak hasrat aku nak menjadi kaya dan berjaya!

dalam kehidupan sekarang aku memang pasti.. sebagai pekerja yang makan gaji tidak ada kekayaan akan datang bergolek. sebab.. makan gaji.. gaji sebulan sekali.. dapat pun habis sekali!

so.. bila aku di perkenalkan dengan bisnes comel ni (sudah tentunya SHAKLEE la kan) aku mula menjejak mimpi untuk menjadi kaya!!

apa tak nye.. dari cerita mereka yang sudah bergelar master.. kekayaan wang ringgit dari bisnes shaklee ini memang nyata. tapi kekayaan itu tidak datang dengan mudah. semuanya perlukan pengorbanan pelbagai aspek.. tapi hasil pengorbanan tu memang manis.. 

dan....

yang paling terkesan kepada aku.. kekayaan wang ringgit tu adalah cabang mengalirnya ke mana.. dengan keuntungan  yang meriah.. lebih mudah untuk kita bersedekah.. lebih mudah untuk kita memenuhi impian orang-orang tersayang dan diri kita sendiri!

juga...

dalam meniti tangga-tanga untuk kaya dan berjaya dalam shaklee ni juga.. aku lalui pengalaman pengisian rohani yang sangat terkesan dalam kehidupan seharian aku.. kalau dulu .. dhuha tu ntah bila last buat dah tak ingat pun! tapi sekarang aku sentiasa berusaha untuk menunaikannya walau hari bekerja. kalau awal dulu hanya pada hari cuti aku set mine akan solat dhuha.. tapi dari hari ke hari aku berusaha untuk menunaikannya sekerap yang mungkin.. begitu juga berzakat.. selama ni tak pernah fikir pasal zakat sebab rasa tak layak pun keluar kan zakat.. tapi sejak join shaklee zakat tu dah jadi rutin.

haa... indah kan? cerita nak jadi kaya dalam bisnes shaklee ni.. 

taknak ke kaya dan berjaya.? bagi aku.. sebagai seorang islam.. kaya harta dan cara kita membelanjakannya itu adalah tanda berjayanya kita. juga cara kita mendapat kekayaan itu perlu ada konsep yang jelas dan nyata urusannya.

jom.. cuba untuk berjaya dan kaya dalam bisnes ni!!


PM ida ali
011-35078334




 


berjaya... pasti kaya?

salam sahabat semua.. di awal pagi minggu ni aku nak kongsikan pendapat dan pandangan peribadi aku tentang situsi yang biasa kita lihat dan hadapi.

orang kaya?

ramaikan kita jumpa orang kaya.. dan kita lihat kehidupan mereka sukses je.. senang lenang.. dan kita mentafsirkan mereka kaya dan berjaya dalam hidup..tapi kan.. atas dasar apa kita mengatakan orang kaya tu berjaya pun kita taktau.. senang cakap kita pun bukan rajin nak fikirkan.. sebab takde kena mengena dengan kita kan!?

sebenarnya pada pendapat aku..(korang tak perlu ikut atau boikot ye!) sekadar pandangan sendiri.. aku merasakan orang kaya tidak semuanya berjaya.. ramai yang kaya tapi miskin hati. miskin hati dalam memberi kepada yang hak. miskin hati dalam menyayangi pada yang hak.. miskin hati dalam hubungan dengan Pencipta. 

tiga perkara ni selalu aku jumpa. ramai yang kelihatan kaya.. tapi miskin dengan senyuman.. miskin dengan keikhlasan. aku pernah hadapi situasi ni. ketika itu aku bekerja di sebuah butik yang terkenal dengan produknya yang mahal. kiranya yang masuk membeli tu memang orang yang berduit. Nak pulak masuk membeli songket yang beratus dalam kuantiti yang banyak. (mungkin bagi korang tak cukup kaya orang gini.. tapi bagi aku yang tak pernah kaya ni rasa orang tu dah kaya lah!)

sambung cerita orang tu tadi.. dia dengan angkuhnya berkata pada aku.. u ni tau kira ke dah i beli banyak-banyak ni?.. dengan muka yang angkuh..dengan bahasa yang sinis..bukan kah itu miskin hati namanya? bersangka buruk pada seorang pekerja kedai yang di anggap tidak tau apa-apa.. kaya duit kan?? tapi hati?

sendiri mau ingat lah!!

so.. betul ke yang kaya tu berjaya? hmmm.. mungkin satu segi mereka kaya.. tapi tidak semua segi mereka berjaya dengan kekayaan mereka!!

renung-renungkan lah!

Thursday, 21 August 2014

Ramuan semulajadi VIVIX SHAKLEE

Salam sahabat maya.. sekali lagi kita bertemu di alam maya ini..

Kali ni nak kongsikan bersama korang ramuan VIVIX.. VIVIX biasanya orang cerita pasal kandungan anggurnya.. Kandungan muscadine Grape nye selalu menjadi topik utama dan bualan penggunanya. Memang kandungan anggur ni lebih terkenal sebangai salah satu ramuannya kerana rasa VIVIX tu sendiri memang masam-masam kelat macam anggur hitam tu..

Ramuan lain yang tak kurang pentingnya dan mengandungi pelbagai sumber vitamin dalam VIVIX adalah purple carrot. kalau dalam bahasa kita lobak ungu! rasanya dalam hidangan makanan kita seharian.. ada ke lobak ungu ni jadi pilihan?

purple carrot ni ialah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phebolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. nama-nama saintifik ni bukan suka-suka je aku guna tau! semua ni adalah dari sumber rujukan sahih. Semua tentang kandungan purple carrot. 

Satu lagi kandungan pentingnya adalah athyhocyanins iaitu antioksidan yang mujarab. Athyhocyanins adalah antioksidan utama dalam carrot yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. carrot ungu-kuning mengandungi kapasiti anti oksidan paling banyak dalam semua jenis carrot. asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. 

kajian ke atas athyhocyanins dewasa ini juga telah mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksiden, anti radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula ia juga memamerkan kesan kepada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


so.. tu sebab VIVX didapati sesuai untuk mengawal diabetes dan juga kearah penjagaan jantung yang sihat...




Wednesday, 20 August 2014

Bisnes shaklee .. tapi taknak duit?

Salam sahabat maya sekalian..

ada ke ye orang berbisnes tapi taknak keuntungan dalam bentuk wang ringgit tu? macam sekarang lah kan.. aku berbisnes shaklee.. tapi taknak duit bonus tu!

macam pelik je kan bunyinya.. 

sebenarnya bukan tak nak duit keuntungan dalam bentuk bonus yang shaklee berikan tu yang aku maksudkan.. gini ceritanya...

dalam group yang aku sertai ni santapan rohani memang lengkap dah di hidangkan. kami di ajar tidak bertuan kan DUIT bila berbisnes ni. sebab kalau bisnes nak kan duit je.. memang takkan kekal lama. tu kata leader yang dah berjaya..

dan.. aku bersetuju dengan pendapat tu. sebab.. secara logiknya kalau memikirkan duit semata sah-sah la bila keuntungan sikit je rasa fade up mula timbul.. rasa menyampah.. dan macam-macam rasa negatif lagi..

tapi.. cuba kita terapkan dalam berbisnes shaklee ni bukan duit tu tunjang segalanya. Andai keuntungan tu tidak seperti yang dijangkakan, berbaik sangka lah kita kepasa sang Pencipta.. ada kebaikan dan keuntungan lain yang Dia nak kita fikirkan.

macam sekarang.. aku masih tekun meng update entry blog ni walau tak bawa keuntungan pun untuk masa ni. tapi aku lebih memikirkan perkongsian pembacaan yang berterusan ada kebaikan yang akan timbul. aku bukan hanya si penjual vitamin shaklee.. tapi aku juga adalah pengguna tegar! so banyak kebaikan dan kejayaan penggunaan produk ni yang boleh aku kongsikan..

dalam masa yang sama.. aku bersyukur mula berbisnes shaklee maka bermula rutin amalan rohani yang lebih mantap.. kiranya pemangkin kepada santapan jiwa lah jugak..

aku bercakapa berdasarkan group yang aku join.. aku taktau group lain macamana.. so.. pengalaman masing-masing.. sapa yang belum sertai.. teringin nak sertai.. jom.. aku bimbing korang ke jalan yang manis pengisiannya!

PM ida ali 011 35078334

Tuesday, 19 August 2014

makan banyak pun kekurangan vitamin E?

Setiap hari kita makan nasi kan.. pasti dengan lauk kan.. rasanya jarang yang tak makan nasi kalau namanya orang melayu.. rasa mcm tak percaya kalau orang melayu tak suka makan nasi. jarang sekali dengar walau memang tak mustahil ada!

dah tu kalau makan nasi sure dengan lauk kan? ada yang masih amalkan makan nasi dengan garam jer? tipu lah!!

so.. dalam banyak makanan lauk pauk kita ambik tu pelbagai kandungan nutrisi yang ada.. lemak.. karbo. dan lain-lain.

hari ni meh kita tengok kandungan Vitamin E dalam hidangan pemakanan kita.
Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuklah minyak germa gandum, bijirin gandum, kacang, soya, minyak jagung, avokado dan minyak zaitun. 

Haaa.. rasanya cukup ke berlebih pengambilan sumber ni yang menyumbang vitamin E?

Buah-buahan seperti anggur, pic, dan beri hitam serta sayuran seperti tomato, brokoli, dan taugeh. Telur juga mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi. 

hak ni pulak rasanya paling banyak yang kalangan kita selalu ambik adalah telurrrr!! betul tak?
 
Makanan yang segar dan mentah mengandungi kandungan vitamin paling tinggi. Pendedahan makanan terhadap cahaya dan kepanasan akan mengurangkan kandungan vitamin dan mineral yang terkandung, jadi makanan yang terlalu masak dan makanan yang tidak disimpan dengan rapi perlu dielakkan. Begitu juga sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipotong akan meningkatkan pendedahan terhadap cahaya, jadi memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bentuk asal lebih digalakkan.

so secara kesimpulannya bila kita ambik banyak jenis hidangan makanan, tetapi belum tentu cukup vitamin E yang di perlukan badan kita. kerana apa? semua jenis tanaman sekarang banyak menggunakan baja tiruan dan terdedah dengan cahaya matahari yang lama.. Dalam masa yang sama cara masakan kita juga mengurangkan kandungan vitamin E yang ada dalam setiap sumber makanan itu...

so.. meh kita amalkan pengambilan suplimen secara teratur agar kandungan vit E yang di perlukan badan berada dalam keadaan sempurna sentiasa. sebiji saja untuk sehari.. telan boleh .. buat masker pun boleh!!


sila-sila!! pm ida ali
011-35078334



vitamin E complex SHAKLEE

kelangsungan minat dan kehendak

salam sahabat maya sekalian.. bertemu lagi kita di keybord bisu hari ni!

dalam menjalani rutin kehidupan seharian.. kita pasti ada minat yang tertentu kan.. aku rasa orang yang takde minat adalah orang yang dah hilang semangat untuk hidup. setuju tak? sebab.. semua benda kita buat kena ada minat. kalau tak minat takde apa yang boleh jalan dengan baik...

minat pulak kalau melibatkan hal-hal positif pasti membawa keceriaan dalam hidup.. 

bercerita tentang minat dalam hidup... aku ada minat.. minat aku sekarang adalah berniaga! shaklee tentunya.. minat tu timbul sebab perniagaan ini menjanjikan pulangan yang berbaloi. sangat-sangat berbaloi minat aku yang satu ni.. tiap tengah bulan je duit masuk 3 ke 4 angka dalam akaun aku..! sebelum ni tiap tengah bulan pening kepala memikirkan mana nak cekau duit nak berbelanja!

aku kira minat aku berniaga ni adalah minat yang positif...

tapi,

aku ada satu lagi minat yang tak berapa nak ok..!! tapi menimbulkan kepuasan pada aku! iaitu minat membeli belah!! terutama dalam mengumpul koleksi fareeda!

sebenarnya kelangsungan dua minat ni sebenarnya mempunyai hubung kait! aku minat berbelanja.. so.. bila tengok shaklee mendatangkan hasil yang berbaloi.. memang kerajinan tu ada!

hmm.. minat korang?

meh la kita kongsi pengalaman tentang MINAT!

Monday, 18 August 2014

menyertai shaklee sokong israel?

waduh!! berat sekali ya tuduhan tu. namun apakan daya sebagai insan biasa memang ada yang senang-senang menuduh dah senang-senang jugak di tuduh!

senangnya macam ni sahaja.. kalau kurang yakin.. memang boleh goyah. tapi buat sesuatu juga kena yakin. berbelas MLM masuk.. tetiba join shaklee quit jugak hanya dengan isu remeh temeh. 

dalam situasi macamni kalau yang terlalu taksub untuk memboikot apa sahaja alasan defend diri dari pihak shaklee tidak berguna lagi. semua nya salah belaka. dan pasti ada yang kata.. untuk bisnes.. memanglah semuanya akan di nafikan.. kepentingan peribadi dan syarikat.

ini pendapat peribadi aku saja... kalau lah nak kata boikot tu nak boikot produk yahudi.. dan mencari sampai ke akar umbi hasilan produk yahudi tu kemana perginya..sedangkan penafian tuan punya dah jelas.. apa kata korang yg nak sangat boikot semua lah.. baru adil kan.. mungkin korang perlu pakai baju dari daun je la.. tu pun awas!! kalau ada daun tu pokoknya orang yahudi jugak yang mula perkenalkan.. kena boikot jugak kot!!

kalau sakit pun.. jangan makan ubat dari hospital.. tak pun cari dulu yahudi mana yang kuarkan ubat tu.. 

jangan lah un fare.. tu facebook pun.. boikot lah.. tapi tak kan?? sebab konon facebook boleh guna sebagai senjata untuk melemahkan pihak lawan.. 

So? tak terfikir ke.. selagi kita guna.. selagi tu lah aktif nya dana yang mereka perolehi?

kesimpulannya.. aku jemu nak melayan cerita boikot ni.. bak kata master master yang dalam group aku.. sekali palestin di serang.. sekali isu ni bergenang!!

yang bercerita berdegar-degar pasal boikot tu pun bukan bagus mana.. lebih sudu dari kuah je.. yang tukang buka isu macam biasa je.. yang komen isu yang lebih-lebih..

moralnya.. berpijaklah di bumi nyata.. rasanya ramai antara SID shaklee mmg menderma terus untuk tabung GAZA dgn bonus yang dapat tengah bulan baru nih.. bukan sekadar cakap kosong boikot tak tentu pasal tapi tak sumbang apapun melain fitnah dan bekalan dosa je!!

~~ pendapat peribadi sahaja ~~

tak suka.. takda apa-apa power aku nak boikot korang pulak!!

Berperang dengan diri dan shaklee!

Salam sahabat maya sekalian.. Hari ini bersiaran lagi secara bisu tapi tetap bersamamu!

Pada saat aku menulis ni perasaan bercelaru dalam diri. Memikirkan study yang tak kunjung habis.. Memikirkan bisnes shaklee yang semakin mendapat tempat dihati.

Paham-paham je lah kan.. Bila sesuatu dah mendapat tempat dihati semuanya serba tak kena kalau sehari tak melihat atau tak berbicara tentangnya. Macamtu lah kuatnya ikatan rasa aku dan shaklee!

Seronok bernniaga sambil mwngumpul kawan baru memang amat terasa sejak aku join bisnes shaklee ni. Selama ni tak pernah kan..join mana-mana bisnes bergerak berkumpulan begini. Walau pun sale perlu di lakukan dengan sendiri tapi kerjasama berkumpulan amat kuat dalam bisnes ni.

Walaupun aku lom menikmati jualan melalui blogcomel ni namun ikatan yang kuat membuatkan aku terus percaya..suatu hari nanti pasti ada!

Saturday, 16 August 2014

dunia indah shaklee

shaklee menambahkan keceriaan hidup! tak percaya?

kena percaya lah.. sebab ini kisah aku!

sebab apa aku kata dunia indah shaklee...sebab makan produknya memang berbaloi bagi orang macam aku ni.. orang yang kurang macam-macam dalam badan.. maklum lah umur dah meningkat..

yang berikutnya kenapa shaklee membawa keceriaan kepada aku ialah.. shaklee je yang boleh bagi duit kat aku setiap tengah bulan! sapa tak rasa indah kan? tengah bulan tengok dalam akaun ada duit.. walau belum puluh ribu..tapi apa yang aku dapat aku bersyukur sangat!

seterusnya kenapa aku ceria dengan shaklee.. sebab bila menyertai keluarga besar shaklee ini lah aku bertambah kawan.. pertambah pengetahuan dan bertambah amalan.. bukan nak berlagak atau nak menunjuk tapi perkara baik harus kita war-war kan.. 

dalam group yang aku sertai ni kepala paling atas adalah muslim. cara berniaga yang di ajar memang berlandaskan agama.. konsep sedekah.. zakat.. tak pernah dilupakan.. sentiasa di perbaharui ingatan tu setiap kali bonus menjelma!

korang tak rasa ke keindahan tu..? kalau korang nak rasa keindahan berSHAKLEE.. mai join ahli dengan aku.. sambil kesihatan terjaga..pendapatan juga bertambah..

nak jadi ahli pun ada pilihan..

buat belian RM650++ terus layak untuk keahlian PERCUMA

satu lagi membayar harga RM65 untuk starter kit dan + pos rm10.

pilih je yang mana.!!

cerita cuti tanpa gaji

sabtu yang nyaman... abis sudah tumpuan untuk kerja kursus .. sekarang adalah masa untuk aku handle tesis dengan sepenuhnya. Nak hantar notis isnin ni.. so ada dua malam untuk perbaiki apa patut. 

dulu aku beria sangat nak konvo on time. terdesak rasa nak konvo ontime tu lah yang membawa kepada cerita cuti tanpa gaji. cuti tanpa gaji ni sebenarnya berkait juga dengan emosi aku yang kala itu sangat-sangat terganggu.. masa tu baru berpindah ke penang ni.. bibik aku pun baru aku hantar balik.. so.. aku memulakan kehidupan di penang ni dgn penuh tunggang langgang!

kehidupan kat rumah di tingkat 9.. anak-anak yang aku kena urus sorang-sorang.. semua menyumbang kepada stress yang teramat sangat dalam kehidupan aku kala itu.

lepas aku berpindah ke rumah sekarang..aku mula cuti tanpa gaji yang bersambung dengan cuti sekolah dalam sebulan lebih.. aku tak mengadap student yang luar jangkaan aku tu.. aku kembali bekerja lepas cuti pertengahan tahun tu dengan aman sikit.

walau tesis ku time tu tak siap jugak..tapi aku dah mula stabil emosi.. keselesaan rumah pun menyumbang kepada kelegaan emosi.. anak-anak makin faham mereka takde lagi orang suruhan!

so.. lepas pada tu aku tak lagi memikirkan perlu cepat konvo untuk master ni. aku lebih tumpukan untuk menghabiskannya sahaja. bersama dengan saki baki semangat yang ada.. aku teruskan. tahun ni pun aku tak sempat untuk konvo.. selalu aku pujuk hati.. tak apalah.. takde perubahan pun dalam kerjaya aku kalau cepat atau lambat habis.. sebab.. sambung belajar ni sebenarnya lebih kepada kepuasan diri.. azam aku yang kuat untuk di panggil doktor norlida!

ok lah.. harap kengkawn mendoakan jugak impian aku yang satu tu..

Friday, 15 August 2014

Stress sebabkan vitamin C dalam badan hilang??

Stress??

patut lah banyak jerawat! rupanya bila stress kandungan vitamin C dalam badan secara semulajadi akan  menyusut!

Seterusnya di dapati dalam kajian shaklee..

sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C ~ patutlah ramai perokok kulit mereka kering dan kusam!!

pengambilan pil penaham sakit juga membolehkan vitamin C menyusut dengan banyak!

dan...

kalau terlebih pulak.. (melebihi 12 kapsul) akan terjadi sedikit cirit birit!

pengambilan saya secara berterusan dalam masa 3 minggu.. merekah di tumit semakin berkurangan..!



vita C complex shaklee





lelah KRSV

Salam sahabat maya...

rasanya ramai tak tahu apa KRSV.. maksud perkataan tu adalah kajian rekaan seni visual. PBS gak ni.. tapi berpusat dan berdasarkan lembaga peperiksaan dan markahnya di kira dalam SPM sebenar.

Setiap tahun soalan yang berbeza perlu di buat oleh pelajar. mula febuari hingga julai. tamatnya kursus pentaksiran hari ni maka nyaman lah sikit nyawa aku nak bernafas!

so, perlu beralih tumpuan kepada tesis yang masih tidak di hantar notis. sebenarnya kelewatan ni pun di sebabkan KRSV. aku perlu mendahulukan emosi aku untuk kerjaya tetap dan sumber utama rezeki aku ni dulu. senang cerita tesis tu sekadar kepuasan peribadi .. tidak menyumbang apa-apa kenaikan gaji atau pangkat dalam kerjaya aku..kecuali aku beralih arah ke IPT.

so far tiada cadangan untuk ke arah itu kerana selagi belum konvo semuanya masih tergantung!

apapun habis sahaja ber viva kelak.. lelah kedua ku juga hilang.. tika itulah fikiran bersih untuk memikirkan bisnes kecil ku ini. Aku suka menjalankannya. macam update entry blog ni .. aku belum lagi pernah mendapat pelanggan dari blog walau dah beratus entry yang aku buat.. tapi keseronokan aku untuk berkongsi cerita dan kebaikan produk membuatkan aku sentiasa bersemangat nak buat!!

kita buat, insyaAllah hasil tu pasti dapat.. cepat atau lambat sahaja yang membeza kan!!

kisah jadi ahli lagi

Salam sahabat sekalian

menjadi keluarga besar shaklee ini membuatkan saya lebih ramai kawan dan pengetahuan. apa tak nye setiap malam ada perbncangan ilmiah. setiap minggu ada ilmu IT yang baru di pelajari. Rasanya sejak menyertai shaklee saya lebih berupaya mengggunakan kemudahan internet secara optimum!

Sebenarnya memang banyak bisnes lain yang boleh di ceburi selain SHAKLEE ni. ppilihan adalah di tangan kita. Bermodalkan rm77 untuk mendapatkan kit permulaan dan kos penghantaran.. kita yang kembangkannya mengikut apa yang kita nak!

Bisnes risiko yang rendah. tidak ada kedai perlu di sewa. tidak ada pekerja yang perlu digajikan. untung berlipat kali ganda..tapi kena sepadan dengan usaha. tidak semudah memetik jari untuk mendapat untung ribuan ringgit sebulan melainkan usaha yang berterusan.

jangan rasakan tak pandai bercakap... branch jauh.. takde modal.. dah ramai sangat yang jual shaklee..semua tu alasan.. bak kata tokoh bisnes internet yang berjaya.. kita kena mulakan tanpa menunggu kesempurnaan kerana kesempurnaan itu boleh di cari bila kita berani memulakannya!

jom sertai shaklee!!


PM ~ ida ali ~ 011-35078334


Thursday, 14 August 2014

ESP ada asid amino??

Apa itu asid amino?

Protin terdiri daripada 20 jeni sasid amino yang setiap satunya akan menghasilkan kenis protin yang berbeza mengikprotin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh seseorang manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat di hasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Inisebagai asid amino tidak perlu. manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh dari sumber pemakanan di kenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asod amino tersebut.

ESP dari shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia..

Antara kebaikan ESP ini ialah

~ awet muda
~ baik untuk hormon
~ kkulit remaja
~ pembentukan tenaga
~ memperbaki pigmentasi

banyak lagi sebenanrya kebaikan ESP ni..


 

santai-santai di tengah hari

Bertemu lagi di catatan bisu yang berlagu riang!

mana tak riangnya .. hari ni aku masih di alor setar menghadiri kursus sehingga esok. gembira kerana lepas perasaan melihat anak didik yang langsung takmau di didik dan tidak ada rasa kesian dengan insan bergelar guru!

teringat kejadian beberapa hari lepas. sebal hati melihat kelas yang satu ni. memang sejak 2014 ni polisi aku adalah menjaga kesihatan berpanjangan.. nak pulak aku adalah pengedar shaklee kan!! hahaha!

dek kerana kesihatan yang sudah ada tanda di jangikiti penyakin moden ni.. aku memang takde lagi menjadi singa betina seperti tahun-tahun sebelum ni. Nak kata aku jemu mengajar..tidak!! aku sangat suka mengajar.. sangat suka berkongsi apa jua untuk kebaikan.. sangat suka berkecindan dengan pelajar.. tapi..

timbal balik yang aku dapat sangat-sangat mengecewakan.. tak tau lah kalau sekolah aku sekarang je menghadapi masalah mcmni.. masalah yang belum pernah aku jumpa di 3 sekolah aku sebelum ni. guru berada di dalam kelas, pelajar keluar masuk sesuka hati. di tegur katanya kita tak sporting. di biarkan maka jadilah seperti berkeliarannya makhluk di zoo.

cukuplah cerita pasal sekolah yang tak berkesudahan..

anak-anak untuk pertama kali tak melihat wajah aku seharian!! semalam pagi masih melihat wajah mereka.. esok petang pulak baru bertemu semula!! kesian anak demuk aku yang manja tu. harap dia lena juga tanpa pelukan hangat aku!!

cerita menakutkan VIVIX!!

Takut nak ambik VIVIX sebab mahal?

Fikirkan semula.. sebab..

Dalam kajian makmal shaklee buat ramuan vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada emapt mekanisma utama penuaan pada tahap sellular.

4 tahap tu adalah 

~ melindungi dan memperbaiki sellular DNA
~ memberi impak positif kepada pengawalan genetik
~ menggalakkan biogenesis
~ melambatkan pembentukan protin AGE

semua ni menjurus ke arah anti penuaan yang selalunya amat di harapkan oleh wanita yang sentiasa ingin kelihatan muda dan bertenaga!


vivix shaklee


Wednesday, 13 August 2014

berkursus adalah perkara best jugak!

Pada hari ni aku sepatutnya berkursus

berkursus adakalanya memang sesuatu yang menyeronokkan. tapi kengkadang ada juga yang menjadi tak seronok langsung.!

sekarang kursus kalau bermalam lama suami aku akan ambik cuti untuk menguruskan anak-anak. sebenarnya boleh je tinggalkan di rumah pengasuh terus. tapi aku tak sanggup tengok anak tidur rumah orang!

nak pulak si adik memang tak pernah bermalam di rumah orang tanpa aku. tak pernah tak tengok aku dalam satu hari. masa aku masuk wad dulu..hari-hari dia akan jumpa aku.. akan peluk puas-puas dan akan sayu je nak balik rumah. malah abahnya ada ckp malam ketiga tu mendung sangat2 emosi adik.. 

tapi apakan daya kan.. kerja.. sekali terfikir.. andai aku berjaya jadi jutawan shaklee alangkah bagusnya!

rania pulak memang tak kisah sangat.. anak aku sorang ni memang nampak independent. sangat tolerasi dan celupar jugak! hahaha!

cita-cita dia nak suruh aku beli kereta alphard dengan duit raya dia tak pernah padam lagi!




join ahli shaklee free!

salam sahabat maya sekalian.. untuk kesekian kalinya cerita join ahli shaklee ye!

join FREE bermakna korang perlu buat belian barang berjumlah 200 uv atau bersamaa RM650++

barang apa kena beli tu terpulang.

biasanya join free ni orang buat time promosi barang.. beli 6 free 1. 

bulan ni promosi Shaklee adalah GLA complex


dengan belian set GLA ini secara automatik korang akan dapat mengumpul UV sebanyak 144uv. dengan tambahan lagi 54 uv korang layak secara automatik untuk mendapat keahlian percuma seumur hidup!

berminat?

mai join group shaklee aku!!

Bawang putih shaklee

Salam sahabat maya sekalian.

pernah kah korang makan mentah-mentah bawang putih?

atau memang hari-hari korang ambik bawang putih gitu?

aku idak ler nak ambik bawang putih gitu.. tak mampu.. yang aku mampu dalam bentuk kapsul.. dan semestinya dari SHAKLEE!

garlic shaklee



cadangan pengambilan 2 tablet je sehari. aku memang ambik garlic ni untuk bantu mengurangkan tekanan darah. Alhamdulillah memang aku dah dapat hasilnya. Dah berbulan tekanan darah kembali normal dan tak ada lagi pening yang melampau!

Selain itu garlic ni berfungsi untuk ~

Mempertingkatkan sistem penghadaman
Detoksifikasi
Menurunkan kolestrol
Mencegah cancer
Menstabilkan glukos

kita tengok pada fungsi mempertingkatkan sistem penghadaman
~ formula uniknya mampu membantu masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria dan menghalan ulser gastrik


Tuesday, 12 August 2014

Vita E Shaklee ganggu kesuburan? menakutkkaaannn!!

Mudarat ke? ganggu ke?

tak la.. saja bagi korang suspen!

meh kita tengok manafaat utama vitamin E shaklee ni

Melindungi jantung
Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
Anti penuaan
Anti oksidan yang kuat
kelestraian tenaga
memperbaiki arthritis
menghalang keguguran
memperbaiki parut

kita tengok satu-satu..

Melindungi jantung
~ pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan koleterol HDL; mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik dan juga penyakit jantung..

yang berikutnya kita tengok lagi pada entry berikutnya ye!!

sila lah follow!



vitamin E shaklee

kisah sedih menyertai SHAKLEE

Salam sahabat maya untuk kesekian kalinya!

hari ni aku nak kongsikan kesedihan dalam menyertai SHAKLEE.. sedih?? kenapa ye?

haaa!! teruskan membaca ye..

Sebenarnya kesedihan tu akan wujud pada aku apabila melihat rakan yang beria-ia pada awalnya menyertai shaklee tetapi belum apa-apa dah pun terkulai layu di tasik madu! apa yang aku katakan ni memang wujud!

pada awal menyertai semangat membakar! tup-tup.. sale tak sampai 300uv.. lalu kecewalah hati.. hmm.. sebenarnya semangat nak cepat berjaya tu bagus tetapi kita haru sedar dan rasional .. berjaya dalam masa yang singkat tidak banyak berlaku dalam dunia realiti dan perniagaan yang jelas hukumnya. usaha dan ikhtiar perlu berterusan. niat kena betul dan tak cepat jemu.

satu lagi yang aku sedih kalau join shaklee tak buat apa-apa pada yang memang tak bekerja secara rasmi. aku tau mesti ada tak puashati. sebab cakap yang jadi surirumah takde keje. bukan itu yang aku maksudkan. tak bekerja di sini kerana tidak mempunyai pendapatan sendiri. sepenuhnya mengharapkan suami.

sedih aku melihat mereka-mereka ini. kalau ada bisnes lain itu sudah cukup baik. tidak semestinya hanya shaklee yang boleh bantu ekonomi keluarga. tapi aku bercakap atas dasar semagat nak join kata nak bantu suami.. nak ada duit sendiri.. tapi takde kesedaran diri. putus asa cepat.. menyampah dengan upline.. tu yang memang tak menjadi!!

penutupnya...
pilihan di tangan sendiri. aku berckp tidak ada kepentingan apa-apa kerana tidak penting untuk aku fikirkan atas kepentingan apa perlu berkata begini kerana ini blog aku.. memang luahan perjalanan kehidupan aku..


VITA E COMPLEX SHAKLEE

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas..

SO.. rasanya cukup ke pengambilan vitami E kita?

~ untuk 400IU vitamin E
   1kg biji gandum
   500ml minyak safflower
   8kg bayam
   500g badam

hahahah! larat ke nak ambik sehari semua tu dalam hidangan makanan kita? 

so.. marilah kita mengambil vitamin E shaklee ni


vitamin E shaklee


 Cadangan pengambilan 
memelihara kesihatan 1 biji sehari selepas makan



Monday, 11 August 2014

sambungan kisah VIta C shaklee

  

haaa,..!! kita sambung pasal Vita C Shaklee.

kali ni kita tengok manafaat utama Vita C shaklee ni.

~ membentuk kologen
   kolagen adalah sebatian asas otot, tisu gusi rangka dan tulang rawan

~ memperbaiki simptom pendarahan
   kekurangan vit c adalah penyebab gusi berdaah, lebab dikulit, pemulihan       
   kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar

~ peningkatan sistem imun
   bina sel darah merah, serap zat besi yang baik, antu sel darah putih lawan 
   bakteria dan kuman, kukuhkan sistem imun, kurangkan waktu pemulihan 
   sintom flu dan selsema

~ mencantikkan kulit
   pengambilan setiap hari vit c boleh mencerahkan kulit, melambatkan penuaan
   dan menyekat pembentukan pigmen. di mana pigmen ni adalah penyebab 
   utama kejadian jeragat
 
ni antara manfaat Vit C shaklee.. banyak lagi sebenarnya yang di sennaraikan. tapi biarlah kita berkenalan secara perlahan-lahan ye.. kerana yang perlahan-lahan itu lebih dramatik dan berterusan!



Biasakan yang betul.. betulkan yang biasa

Salam sekalian sahabat maya..!

hari ni aku nak kongsikan ayat yang jadi tajuk entry kali ni

aku sangat sukakan ayat ni. seingat aku pengetua aku puan bainah yang selalu mengucapkan kata-kata ini.

Meh kita tengok situasi yang selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita.

~ biasakan yang betul
   kita selalu memandang remeh tentang pentingnya bersikap membiasakan yang betul.. seperti mengucapkan salam. dalam kehidupan seharian aku sebagai guru contohnya. pelajar sekarang selalu tidak lagi mengucapkan salam, tetapi lebih tertarik menegur guru dengan ucapan.. cikgu.. ssambil menundukkan kepala. semakin jarang pelajar mengucapkan salam ketika berselisih dengan guru.

~ betulkan yang biasa
   dalam hal ni aku selalu beritahu kepada pelajar aku. sila betulkan yang biasa kamu buat. sebagai contohnya bercakap dalam bahasa kasar dan mencarut. selalu alasan yang di berikan mereka.. biasalah cikgu kami orang penang..dengan mak pak kami pun kami cakap macamni.. haaaaa!! kan tak betul tu.. so bolehlah kita belajar membetulkan kesalahan yang dah teramat biasa kita buat..


So.. lepas ni sila betulkan yang salah yang selalu dah kita buat dan anggap biasa..biasakan buat yang betul lama-lama akan terbit kebiasaan!

SUSTAINED RELEASE VITA C 500 MG SHAKLEE

Salam sahabat maya sekalian.. untuk kesekian kalinya kita bercerita lagi tentang dunia vitamin

kali ni kita berkenalan dengan vita C shaklee.

Kenapa vitamin C shaklee? tidak yang lain?

kerana;
Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vit C buah tersebut di dalam setiap jam. Ujian klinikal oleh pihak Shaklee telah membuktikan vit c didalam 2 tablet vit shaklee ( didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid(25% dari nya adalah dari kulit buah) yang juga di kenali sebagai vit C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi dan radikal bebas.

cadangan pengambilan adalah 2 kali sehari selepas makan untuk pemeliharaan kesihatan.

untuk siapa penting dan untuk apa vitamin c ni.. kita jumpa pada entry berikutnya ye!



vitamin C shaklee

Sunday, 10 August 2014

CoQ10 Shaklee

Sambung kisah pagi tadi ye kengkawan maya sekalian..


CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud dalam semua sel. pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10; akan tetapi jumlah CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara biasa adalah kurang dari 10mg sehari. Faktor seperti diet yang tidak seimbang.. faktor usia.. dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini.


CoQ10 juga telah di buktikan ~
~ membantu penghasilan tenaga dalam organ jantung
~ CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darahsecara semulajadi tanpa kesan sampingan.
~ CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif. 
~ kecerdasan mental
~ meningkatkan kesuburan

itu adalah antara kebaikan atau fungsi CoQ10. tanpa CoQ10 sel-sel tidak mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungis dengan betul.

CoQHEALTH shaklee
    

kisah santai di tengah hari minggu

Salam sahabat sekalian

tajuk hari minggu tapi kisah hari selasa.. silalah membaca!!

terima kasih kerana sudi membaca walau tak mengomen! apa kata lepas ni korang mula komen pulak!

Ianya percuma.. takde bayaran dikenakan! hhaha

Sebelum ni hari selasa saya mempunyai kelas yang agak pack. ada 6 waktu yang harus di lalui yang mana 3 kelas tersebut semuanya mempunyai pelbagai karenah manusia didalamnya.

tapi.. sejak 3 minggu ni dua orang guru praktikal datang ke sekolah saya. (rasa mcm kurang best ckp saya sebab dah biasa dengan aku!)

kedatangan diaorang berdua memang banyak membantu keredaan tekanan emosi aku dalam menghadapi pembelajaran seharian di sekolah ini. tak sabar nak tunggu surat pertukaran suami sampai. Harap kami sekeluarga tidak perlu berlama-lama di pulau yang tidak menjanjikan kehidupan yang ceria!

dalam kesibukan mengajar aku masih setia dengan bisnes shaklee. tetap berusaha gigih lah aku rasa berbanding dengan usaha orang lain yang tak bekerja secara tetap.. tak buat apa dirumah..hanya mengadap pc untuk tengok status orang di FB! hahahaaha

hidup kena ada cabaran
cabaran akan buat kita sentiasa berusaha
usaha perlu berterusan 
berterusan akan membuahkan hasil yang manis
manis bila bergelar master untuk pelajaran dan perniagaan!

COQHEALTH SHAKLEE


Salam sahabat sekalian

Hari ni saya kongsikan pula tentang satu lagi produk shaklee. Ni dia.. CoQHealth menampilkan campuran semulajadi proprietari 100 mg CoQ10 dan resveraterol didalam softgel yang biovailable

Produk ini membatu utnuk menjana jantung yang sihat.

adakah anda tahu bahawa ~
~ jantung berdenyut 100,000 kali sehari
~ Aorta, arteri terbesar dalam tubuh, diameternya hampir menyamai hos taman anda
~ Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah.

apakah CoQ10?
Jantung mengepam hampir 2,000 galen darah keseluruh bahagian tubuh kita setiap hari. sebagai otot yang berkerja keras di dalam tubuh dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. tenaga tersebut diperolehi  dengan bantuan nutrien yang di panggil koenzim Q10.. so.. singkatannya CoQ10..

moga penerangan saya membawa manafaat kepada pengetahuan kesihatan yang membaca blog ini walau tidak membuat pembelian. saya masih gembira dan berterima kasih kerana ada yang membaca dan meningkat setiap hari. saya masih mengamalkan sharing is caring!

wang bukan segalanya!



Saturday, 9 August 2014

AJHT shaklee

Kalau pagi tadi saya bercerita tentang AJHT .. malam ni saya sambung sikit lagi tetang AJHT yang saya tau.

Mari kita tengok pulak bagaimana ianya membantu sendi sihat dalam 3 cara.

Cara 1 - Meningkatkan cushioning (perlindungan)
Cara 2 - Memelihara tisu penghubung yang sihat
Cara 3 - Meningkatkan keselesaan sendi 

Ekstrak Boswellia dibuktikan secara klinikal pantas membantutkan mekanisme respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.

Ekstrak bosswellia di perolehi dari resin pokok Boswellia serrata. ekstrak botanikal ini mengandungi asib boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Satu lagi bahan utama dalam AJHT ialah ekstrak jagung yang membekalkan glukosamin yang pekat. Berbanding dengan kebanyakkan produk lain mendapat ekstrak ini dari kekerang tetapi SHAKLEE menghasilkan dari sumber sayuran.

Ciri utamanya~
100% bebas kekerang
hanya dua biji sehari dah mencukupi
mudah di telan
tiada perasa tiruan
bebas guten
 
kan itu lebih bagus? 



AJHT

Menyertai keluarga besar Shaklee

Salam sahabat maya sekalian..

tengah hari ini kita bercerita tentang peluang menyertai keluarga besar shaklee. Peluang yang mana semua orang boleh perolehi dengan syarat mengambil peluang yang ada ini dan menyertai kumpulan rangkaian perniagaan yang membantu secara keseluruhan.

Saya tekankan kenapa perlunya kumpulan rangkaian perniagaan yang baik dalam menyertai shaklee. Ini kerana kumpulan yang baik akan membantu antara satu sama lain tanpa membiarkan kita yang baru menyertai terkapai-kapai sendiri. 

kumpulan yang baik akan memberikan bimbingan berterusan secara PERCUMA! dan paling penting ianya adalah secara online. Tidak perlu menghadirkan diri kemana-mana dewan ke .. hotel ke.. nak hadir kelas. 

Kumpulan yang baik juga akan sentiasa bersedia berkongsi manafaat dan cara yang menarik untuk mendapatkan jualan yang berterusan.

So..

jangan salah pilih ye! saya bangga kerana menyertai kumpulan yang hebat.. master-master yang sangat frenly dan menghidangkan cadangan santapan rohani yang berterusan!

takmau ke sahabat semua bersama saya? 

bertindak dari awal supaya sahabat tak merasa ketinggalan..

jangan malu untuk bertanya dan bertanya!
 

 

Sihat sendi dengan AJHT

Produk yang nak saya kongsikan hari ni adalah Advance Joint health complex. yang mana lebih dikenali sebagai AJHT.

AJHT ni mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia* yang telah di tunjukan dalam kajian klinikan mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal belih kurang 5 hari!!

Cepat kan? Ini dibuktikan tau.. bukan sekadar cakap kosong. 

Boswellia adalah sejenis tumbuhan. Ni rupa bendanya.






Ekstrak Boswellia serrata telah secara klinikal dikaji adalah baik untuk osteoartritis dan fungsi sendi, terutama untuk osteoartritis lutut.

Jadi.. jangan lepaskan peluang untuk mengampil suplimen ini. Tak bermakna orang tua sahaja kena ambik sebab sakit lutut. Tapi ada juga orang muda yang bekerjaya menghadapi masalah senti ni bila bergerak terlalu banyak atau menggunakan kasut tumit tinggi bagi perempuan.

Ramuan AJHT ni terbukti secara klinikal ye.. untuk;
Menggalakkan mobiliti ~ senang paham menggalakkan pergerakan yang pastinya pergerakan yang selesa.
Meningkatkan fleksibiliti ~ senang cakap senang untuk di gerakkan dalam apa jua keadaan. Contohnya dari bangun nak duduk ke.. nak mencangkung ke..
Meningkatkan fugsi sendi ~ boleh memperolehi sendi yang baik

Dan yang paling best.. memang menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

SO.. JGN TUNGGU SENDI SAKIT BARU NAK MULA MAKAN! 

Sebab dah tau kebaikan dan fungsi.. boleh makan dari awal untuk kesihatan sendi yang berpanjangan.


Advance Joint health complex - SHAKLEE




Friday, 8 August 2014

Kisah dunia nyata

salam sahabat sekalian

bertemu lagi kita di coretan bisu ini untk kesekian kalinya..

hari ni aku nak kongsikan warna warni kehidupan duniawi tentang sebuah ego dan kekayaan.

1. pernah kah korang bertemu dengan seorang yang mengaku kaya dan berharta tapi masih bekerja makan gaji?

2. pernah kah korang bertemu dengan seseorang yang merasakan dirinya terlalu bagus kerana dia merupakan orang atasan yang punya kelulusan tinggi?

kedua situasi tu memang ada kan??

untuk situasi 1
ini adalah pendapat peribadi aku sebagai pemerhati ok... rasanya kalau aku sudah punyai syarikat sendiri.. Bisnes besar, berharta, kekayaan dari kecil adalah milik aku.. aku tak akan bekerja makan gaji lagi!! tak akan menempuh rutin bekerja dengan arahan orang lain!

itu aku... korang? hmmm.. sendiri je yg tahu sebenarnya kaya atau tidak diri kita. Setakat kaya harta dan berlumba lumba menghambur kata nista kepada org lain pun takda maknanya!

untuk situasi 2
keadaan ni memang selalu berlaku. Berada di atas baru sikit je dah rasa semua orang bawah macam kuli batak. aku pernah rasa dan sedang merasa situasi ini. aku tak marah tapi aku kecik hati. sakit hati tu senang hilang sebb biasa muncul sekejap je.. tapi kecik hati tu yang makan dalam.


moralnya..
jadilah orang yang besederhana. Jadilah seorang yang senang di dekati. waau pada awalnya orang mengaggap anda sombong, tapi bila dah bergaul mesra orang akan rasa selesa dengan kita. jangan kerana kita berpelajaran tinggi semua orang bawah kita adalah kuli. ingat... Allah sedikitpun tak bezakan hambanya kecuali dengan amalan masing-masing..

#peringatan utk diri sendiri juga#

Thursday, 7 August 2014

melawan keletihan dan mood yang melayang

Sebenarnya ketika saya mencatatkan coretan iini.. badan sangat lah letih.. mood jugak mmg kelaut.. tetapi saya dah berjanji untuk berusaha sehabis baik supaya apa yang saya buat konsisten.. buka saya buat ketika saya lapang sahaja!

saya mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam SHAKLEE ni. Saya percaya sebelum berjaya!

so saya perlu usahakan sebaiik mungkin jadikan usaha yang luarbiasa supaya hasilnya nanti jugak luar biasa!


bila kita meletakkan cabaran pada diri.. semestinya pemikian dan fizikal kita akan bergerak lebih dari biasa.. so.. jom bersama sama fikir dan bertindak secra luarbiasa.. tapi masih di bentengi dengan peraturan yang mengikut syariat..

SHAKLEE jer ke ada set kesuburan?

Salam teman maya sekalian!

pernah ada kastemer bertanya saya.. kenapa ye.. semua orang syorkan shaklee?

saya hanya ketawa dan jawab.. fenomena sekarang nih!

mau tak fenomena.. pelbagai testimoni dah wujud weh!

set ni merangsang kesuburan.. bukan pasti membuatkan yang mengambilnya akan mengandung. Semua itu urusan Allah.. Kita hanya berusaha sebaik mungkin!

set kesuburan shaklee

Wednesday, 6 August 2014

Cabaran utk konsisten

Salam sahabat maya sekalian

Cabaran sungguh rasanya nak konsisten dlm memeriahkan blog kecil ini.. Tetapi selagi boleh saya tidak akan patah semangat!!

Tercabar tu baik utk perkembangan otak dan kerjaya!

Bila kita rasa tercabar.. Otak kita mula ligat berfikir.. Maka aktiflah otak kita bekerja.. Minda akan segar. Bila minda segar akan membuatkan fizikal kita juga bergerak segar!

Percaya atau tidak.. Itu hakikat! Ada ke org rasa tercabar.. Tapi takde apa perasaan pun!?

Monday, 4 August 2014

Tiada zuriat.. Tak subur?

Salam sahabat maya sekalian..

Berbicara lagi kita dalam topik yang agak menarik iaitu kesuburan..

Pernah dengar tak orang selalu cakap.. Takde anak dia tu.. Sapa yang mandul agaknya..

Selalunya pihak lelaki akan merasakan salah pihak perempuan kerana tidak mampu hamil. Maklumlah kita selalu dengar lelaki payah digolongkan dalam masalah tak subur kerana dikatakan tahap kesuburan mereka tak berkurang dek faktor umur. Sedangkan perempuan sampai pada satu tahap memang kesuburan tu akan berkurang..

Dan... Betul ke takda anak tu tanda tak subur?

Bagi pendapat peribadi saya.. Semua tu tak betul... Kalau ikut perubatan saya tak pasti. Bagi saya ada jugak pasangan yang sudah membuat pemeriksaan menyeluruh.. Semua ok.. Tapi rezeki belum ada. Tu satu hal.. Ada pulak yg mengalami keguguran berulang. Mengandungnya kerap tetapi untuk mengekalkan sehingga terjadinya kelahiran tak ada.. So.. Subur ke tak tu?

Sebenarnya apa jua definisi tentang kesuburan.. Tak perlu di ambil pusing.. Yg penting kita tidak putus asa dalam berusaha!

Antara usaha yg boleh kita buat.. Rangsang kesuburan tu dgn pelbagai makanan kesihatan.. Dannn.. Dah tentunya dari saya adalah set cadangan kesuburan SHAKLEE!

Sunday, 3 August 2014

kisah vivix lagi

Setelah dua bulan mengambil VIVIX secara konsisten.. saya dapati perubahan yg ketara pada ketegangan kulit juga!!

sebelum ni saya hanya fokus kepada memperbaiki kompilasi diabetes yg saya alami.. rupanya sumbangan vivix lebih dari yg saya sangkakan!!

jika dulu nak pakai bedak compac tu kena pakai krim bagai.. nak bagi lekat bedak kat kulit muka.. tapi sejak ambik vivix secara konsisten.. terus pakai bedak je dah ok.. takde bertapuk2 lagi..

sukaaa!!

bacaan gula dalam darah saya juga menunjukkan penurunan yg berterusan.. walau tidak dapat result yg di kehendaki lg.. tapi tetap bersyukur dengan perkembangan positif ini..

nak cuba? meh saya terangkan bagaimana pengambilan yg berkesan!

vivix SHAKLEE