apa cerita

Saturday, 16 August 2014

cerita cuti tanpa gaji

sabtu yang nyaman... abis sudah tumpuan untuk kerja kursus .. sekarang adalah masa untuk aku handle tesis dengan sepenuhnya. Nak hantar notis isnin ni.. so ada dua malam untuk perbaiki apa patut. 

dulu aku beria sangat nak konvo on time. terdesak rasa nak konvo ontime tu lah yang membawa kepada cerita cuti tanpa gaji. cuti tanpa gaji ni sebenarnya berkait juga dengan emosi aku yang kala itu sangat-sangat terganggu.. masa tu baru berpindah ke penang ni.. bibik aku pun baru aku hantar balik.. so.. aku memulakan kehidupan di penang ni dgn penuh tunggang langgang!

kehidupan kat rumah di tingkat 9.. anak-anak yang aku kena urus sorang-sorang.. semua menyumbang kepada stress yang teramat sangat dalam kehidupan aku kala itu.

lepas aku berpindah ke rumah sekarang..aku mula cuti tanpa gaji yang bersambung dengan cuti sekolah dalam sebulan lebih.. aku tak mengadap student yang luar jangkaan aku tu.. aku kembali bekerja lepas cuti pertengahan tahun tu dengan aman sikit.

walau tesis ku time tu tak siap jugak..tapi aku dah mula stabil emosi.. keselesaan rumah pun menyumbang kepada kelegaan emosi.. anak-anak makin faham mereka takde lagi orang suruhan!

so.. lepas pada tu aku tak lagi memikirkan perlu cepat konvo untuk master ni. aku lebih tumpukan untuk menghabiskannya sahaja. bersama dengan saki baki semangat yang ada.. aku teruskan. tahun ni pun aku tak sempat untuk konvo.. selalu aku pujuk hati.. tak apalah.. takde perubahan pun dalam kerjaya aku kalau cepat atau lambat habis.. sebab.. sambung belajar ni sebenarnya lebih kepada kepuasan diri.. azam aku yang kuat untuk di panggil doktor norlida!

ok lah.. harap kengkawn mendoakan jugak impian aku yang satu tu..

No comments:

Post a Comment