apa cerita

Monday, 11 August 2014

Biasakan yang betul.. betulkan yang biasa

Salam sekalian sahabat maya..!

hari ni aku nak kongsikan ayat yang jadi tajuk entry kali ni

aku sangat sukakan ayat ni. seingat aku pengetua aku puan bainah yang selalu mengucapkan kata-kata ini.

Meh kita tengok situasi yang selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita.

~ biasakan yang betul
   kita selalu memandang remeh tentang pentingnya bersikap membiasakan yang betul.. seperti mengucapkan salam. dalam kehidupan seharian aku sebagai guru contohnya. pelajar sekarang selalu tidak lagi mengucapkan salam, tetapi lebih tertarik menegur guru dengan ucapan.. cikgu.. ssambil menundukkan kepala. semakin jarang pelajar mengucapkan salam ketika berselisih dengan guru.

~ betulkan yang biasa
   dalam hal ni aku selalu beritahu kepada pelajar aku. sila betulkan yang biasa kamu buat. sebagai contohnya bercakap dalam bahasa kasar dan mencarut. selalu alasan yang di berikan mereka.. biasalah cikgu kami orang penang..dengan mak pak kami pun kami cakap macamni.. haaaaa!! kan tak betul tu.. so bolehlah kita belajar membetulkan kesalahan yang dah teramat biasa kita buat..


So.. lepas ni sila betulkan yang salah yang selalu dah kita buat dan anggap biasa..biasakan buat yang betul lama-lama akan terbit kebiasaan!

No comments:

Post a Comment