apa cerita

Sunday, 18 October 2015

santai ahad.. jom ikuti sambungan novel saya..

Salam korang! mungkin korang bole tinggalkan komen sikit.. please!! korang rasa cerita ni boleh jual tak? aku memang syok bila ada kawan nak tolong terbitkan! tapi sebenarnya novel ni belum ada penyudahnya.. korang rasa apa penyudah yang best? hehehe! selamat membaca!

sambungan dari entry lepas...



“Biasa-biasa sahaja. Suka tidak. Marah pun tidak.” Khalida menjawab. Memang itulah yang benar-benar berlaku. Salina yang kini sudah pun menjadi bekas madunya tidak berapi-api memarahinya. Salina cuma memberitahu dia malu dengan orang sekeliling. Suaminya dianggap seorang yang baik. Pendiam orangnya Yahya itu, tetapi dalam diam menduakannya. Saat itu Khalida hanya membisu. Tiada guna dia meluah bicara.
Bebalik kepada situasi Irdina yang mahu menyamakan kisah mereka. Khalida berkira-kira mahu berceramah panjang atas keputusan Irdina itu. Tetapi itu dahulu. Sebelum Irdina berkahwin. Sekarang tidak ada gunanya lagi. Tiga tahun dahulu tidak sama lagi situasinya dengan keadaan sekarang. Irdina sudahpun sah menjadi isteri kedua Hakimi. Sedangkan Khalida sejak dua tahun yang lepas tidak lagi berkongsi suami. Tidak lagi bergelar isteri kedua yang membawa maksud berkongsi suami. Dua tahun lalu madu Khalida telah meminta cerai dari Yahya. Tanpa alasan kukuh surat panggilan untuk pengesahan lafaz cerai di terima Yahya. Yahya mengambil keputusan melepaskan isteri pertamanya kerana memikirkan jarak tempat tinggal sekarang, memikirkan Salina yang meminta cerai dan memikirkan tiada sudahnya jika bergaduh sepanjang masa. Khalida masih ingat. Tiga tahun pertama perkahwinannya bersama Yahya, Salina madunya tidak pernah bermasalah dengan Yahya. Walau Yahya kadang-kadang pening kepala dengan pelbagai syarat baru dari Salina, tetapi tidaklah membawa kepada perkataan cerai. Begitu juga dengan Khalida. Salina tidak pernah mencari masalah dengan Khalida. Khalida dan Salina yang memang pernah ditemukan oleh Yahya di rumah yang di diami oleh Salina. Ketika itu Salina juga kelihatan tenang dan rasional. Masalah mula timbul apabila Yahya bertukar tempat kerja. Bukan kehendak Yahya. Tetapi arahan tugas. Sebagai anggota keselamatan Yahya terikat dengan arahan.

No comments:

Post a Comment