apa cerita

Tuesday, 13 October 2015

Novel vs motivasi

hai semua!

hari ni saya akan kongsikan sebahagian lagi bahagian-bahagian yang terdapat dalam novel saya.. pada masa sama saya ingin kongsikan buku motivasi yang saya cadangkan untuk diterbitkan serentak bersama novel saya kelak..InsyaAllah.. doakan saya ye..



“Bang, Julia nak tanya sikit.. boleh?” Julia cuba mengawal suaranya selunak mungkin.
“Ye.. tanyalah .. Apa dia?” Hakimi menjawab tanpa emosi. Dia hanya memandang kosong ke arah Julia. Tidak dapat meneka apakah pertanyaan yang bakal keluar dari mulut Julia.
“Siapa Irdina?” Julia bertanya. Pendek sahaja soalannya. Namun di lihatnya airmuka Hakimi tiba-tiba keruh.
“Irdina? Macam pernah dengar nama itu.. Tapi di mana ya?!” Hakimi menjawab semula dengan airmuka yang ceria. Menjawab dalam nada berjenaka.

“Abang ni.. Jue tanya betul-betul ni..” Julia seakan merajuk apabila Hakimi mempermainkannya.

Kemelut semakin memuncak bila momen ini berlaku dalam penulisan novel saya.. ikuti perkembangannya lagi ye..

Tanpa pengetahuan Hakimi sebenarnya Syakira pernah menghubunginya bertanya tentang Irdina. Azhar tidak mampu berbohong. Berbohong bermakna menambah kelukaan Syakira. Itu pendapat Azhar. Syakira pernah menghubunginya bertanyakan adakah Azhar mengenali Irdina. Azhar secara jujur mengaku kepada Syakira memang dia mengenali Irdina. Mereka sekelas semasa bersekolah menengah dahulu. Azhar minta maaf kepada Irdina. Azhar sendiri tidak tahu atas dasar apa dia minta maaf. Sedangkan dia tidak terlibat langsung dengan agenda perkahwinan Hakimi dan Irdina. Dia sendiri tahu perkahwinan Irdina dengan Hakimi setelah mereka bergelar suami isteri.

Jumpa lagi di entry saya yang akan datang.. selepas ini saya akan memulakan satu entry khas mengikut bab penulisan saya.. saya harap rakan sekalian boleh komen untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan saya,..


No comments:

Post a Comment