apa cerita

Tuesday, 20 October 2015

Hubungan panas!

Korang tunggu tak? korang tunggu tak? hehehe! tunggu tak tunggu aku tetap post kan sambungannya sebagai tanda aku tak tinggal kan blog ini bersawang..!

selamat membaca!



Khalida pula sebagai seorang guru memang mudah berpindah untuk mengikut suami. Sedangkan Salina tidak boleh. Salina bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik. Mana mungkin dia bertukar kerja. Kecuali berhenti dan memohon pekerjaan di tempat baharu. Lantaran itu Salina terus menetap di Selangor. Khalida pula mengikut Yahya berpindah ke Perak. Semenjak itu hubungan Yahya dengan Salina mula panas. Ada sahaja alasan dan kekangan yang tidak membolehkan Yahya pulang menjenguk Salina. Yahya pernah menyatakan yang dia sudah habis rasa untuk meneruskan perkahwinan bersama Salina. Salina yang bagi Yahya pandai bermuka-muka. Salina yang macam singa lapar bila berhadapan dengan Yahya apabila hatinya tidak berkenan dengan apa jua keadaan. Tetapi ketika itu Yahya menyatakan dia tidak akan melepaskan Salina. Kecuali Salina yang meminta. 

Yahya memberitahu Khalida, walaupun Khalida memaksa dia menceraikan Salina sekalipun, dia tidak akan melakukan perkara tersebut. Kecuali Salina yang memintanya. Itu keputusan Yahya. Khalida hanya menurut. Khalida malas mahu memikirkan banyak perkara berkaitan madunya itu. Cukuplah hubungan dia dengan Yahya baik. Itu sudah memadai. Khalida cuba faham dan menerima dengan hati yang terbuka alasan Yahya. Yahya kasihan kepada Salina. Itu alasan yang Yahya berikan kepada Khalida bila Khalida bertanya apa perlu perkahwinan itu di teruskan jika tiada sefahaman lagi. Khalida merujuk kepada sikap Yahya yang langsung tidak mahu menjenguk Salina dan sentiasa berperang mulut setiap kali Salina menghubunginya.

semoga berterusan membacanya ye! di samping tu shaklee jgn lupa!
 

No comments:

Post a Comment