apa cerita

Saturday, 10 October 2015

buah pinggang rosak?


Bertemu kita sekali lagi untuk menambah ilmu walau sekadar sebesar zarah. Seperti yang saya maklumkan saya menulis banyak berdasarkan pengalaman sendiri dan dari sumber bacaan ilmiah yang saya buat. 

Kali ini saya ceritakan serba sedikit peringat ke enam yang pengidap darah tinggi akan alami. Semakin kronik bunyinya kan..? Peringkat Ke 6 ialah Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder. Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang pernah kita makan.

Tanda Simpton Penyakit Buah Pinggang pula bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.  Secara keseluruhannya tahap kesihatan kita amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang – kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Pengalaman saya sendiri melihat ayah saya yang perlu melakukan pembedahan untuk membuang bisul di perut beliau amat menakutkan. Ayah saya memang seorang pengidap darah tinggi dan diabetis dan juga telah singgah juga penyakit jantung pada diri beliau. Bayangkan kerana tekanan darah tinggi dan diabetis yang dihidapinya dia perlu mencuci buah pinggangnya terlebih dahlu baru doctor akan melakukan pembedahan pada perut yang mengandungi bisul yang sangat besar! Puncanya?  Semua itu adalah berkait rapat dengan fungsi buah pinggangnya semakin merosot.

Bila keadaan sudah sampai ke tahap ayah saya yang berumur 70 tahun, pengambilan suplimen tidak lagi efektif sepeti umur kita yang muda.. Jadi..sedari awal ini amalkanlah pemakanan suplimen yang dapat membantu kita mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Sehingga jumpa lagi.. kepada yang sudi membaca.. terima kasih! Saya doakan anda sentiasa diberkati dan dirahmatiNya..


kredit kepada 
 
  

Norlida ali SID no 1076533
Pengedar SHAKLEE area balik pulau dan sekitarnya
whatsapp 0125656085
Fb address norlyda ali
Page pakar nyata jelita
Wechat nelly020974
Instagram idaally
 


No comments:

Post a Comment