apa cerita

Thursday, 4 September 2014

kesabaran teruji dengan shaklee

salam sahabat maya sekalian.. coretan kali ni saya nak kongsikan tentang sabar. rasanya semua antara kita sebagai manusia normal adalah seorang yang pandai mengurus emosi dan mempunyai tahap kesabaran yang baik. apa yang nak aku kongsikan ni adalah pandangan peribadi aku sahaja. korang tak perlu setuju ataupun boikot! hehehe!

pengalaman aku sebagai seorang pereka grafik 5th masa awal lepas sekolah dulu rasanya kurang mencabar kesabaran. kerja sangat menyeronokkan walau pun kerjanya tidak menentu masa baliknya. kadang-kadang pernah jam 4 pagi baru sampai rumah. tapi kepenatan terus hilang lepas sampai je rumah... takde bebanan perasaan dan bebanan kerja yang perlu di sambung kat rumah.. takde rasa geram.. takde rasa menyampah pada sesiapa.. so.. rasanya tiada kesabaran yang teruji..

tapi... pengalaman baru aku temui bila menjadi seorang pendidik.. seawal aku posting dulu aku posting di sebuah sekolah agama.. aman damai dengan perangai pelajarnya.. alunan ayat-ayat suci al-Quran setiap pagi menyamankan lagi keadaan. sapaan pelajar membuatkan hidup rasa damai dengan di kelilingi oleh aura positif. so.. masih takde kesabaran teruji.

sekolah kedua aku di kajang aku mengajar sesi petang.. pelajar masih tahap biasa-biasa sahaja.. masih boleh mendengar kata dan semangat belajar masih tinggi. segelintir sahaja yg yang tak menurut kata.. so kesabaran memang di perlukan.. tapi tidak lagi teruji..

kesabaran ku mula teruji sejak aku masuk mengajar ke menengah atas ketika aku mengajar di perak.. segelintir pelajar yang memang sengaja mencabar perasaan memang wujud. namun begitu rasanya kesabaran aku masih ada batasnya.. masih rasa berjaya mendidik anak bangsa.. kerana yang bermasalah adalah kumpuan kecil.

tapi... kesabaran makin teruji ketika aku mula masuk mengajar di penang ni pada awal januari 2013.. segalanya macam hancur berkecai. bukan aku tak mencuba bukan aku sengaja! tapi sungguh .. di sini memang segalanya berkecai.. minat dan hasrat jadi pudar.. kesabaran memang teruji. dengan perangai.. dengan persekitaran.. semuanya menyumbang banyak aura negatif dari yang positif. pada tahun pertama aku datang aku masih lagi bersungguh meneruskan kesungguhan dan kemantapan suara aku! tapi sejak aku di serang darah tingg yang kronik.. aku belajar mengurus emosi dengan baik untuk mendapatkan kesihatan yang baik..

maka.. pada tahun ni terdengarkah.. komplen pelajar.. aku sombong! sombong kerana aku tidak lagi ambik peduli.. takde nak marah-marah.. aku pulangkan kehendak mereka.. suka hati mereka lah nak buat apa.. janji tidak mudarat pada aku..!

itulah kisah aku dan kesabaran ku...

sekarang aku mengajar seadanya.. jiwa makin teruji bila kenal shaklee! kerana di dunia shaklee lebih menjanjikan aura positif kerana tiada tekanan dengan manusia-manusia yang tidak tahu menghargai kehidupan.. semua berlumba-lumpa untuk kebaikan..

kalau dulu aku berasa pelik orang dah kerja elok tapi berhenti keje.. tapi sekarng tidak lagi.. walau aku belum ada niat nak berhenti kerja tetapi cerita orang berhenti keje kerajaan khususnya tidak lagi cerita pelik pada aku!

No comments:

Post a Comment