apa cerita

Tuesday, 2 September 2014

hari jadi ke hari kelahiran?

Salam rakan maya sekalian..

hari ni pada 40 tahun yang lepas aku telah di lahir kan di sebuah hospital yang di beri nama BENTONG!

sedar tak sedar usia aku dan pun menginjak 40 tahun pada tahun ini. Seusia ini aku telah punya keluarga yang baik.. sepasang anak yang comel dan seorang suami yang boleh di banggakan. kerjaya yang stabil dan juga perjalanan kehidupan yang aman. Alhamdulillah...

dugaan demi dugaan berlalu dalam kehidupan aku perlahan-lahan.. sejak 10 tahun lalu.. sejak bergelar isteri.. aku mula menikmati kehidupan yang lebih dihargai..dihormati dan di sayangi selayaknya dari seorang suami.

walaupun kehadiran cahaya mata agak lewat.. aku tetap bersyukur dengan kelahiran dua anak ini.. sekarang mereka berumur 6 tahun dan 4 tahun..

seusia 40 tahun ini tidak ada apa yang terlalu menghimpit kehidupan aku. setakat ini aku rasa selesa dengan apa yang aku buat. aku seorang pelajar di usia 40 tahun.. itu adalah kehendak aku untuk merealisasikan impian aku untuk bergelar sebagai DOKTOR NORLIDA! so.. untuk mencapai tahap tu aku ada satu lagi halangan berpagar untuk sampai ke garisan penamat iaitu menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran. sementara tu aku masih menunggu tarikh untuk ber VIVA untuk sarjana aku. harap dalam masa terdekat semuanya akan selesai dan aku boleh bergraduat.

dan.. pada tahun menginjaknya umur aku 40 ini lah aku memulakan bisnes SHAKLEE. setelah menjadi pengguna 3 tahun.. aku menjadi pengedar sah. seronok kerana membuatkan aku sentiasa berkejar dengan masa. seronok kerana aku perlu memikirkan pelbagai cara untuk menambahkan peluang mendapat pembeli. walau pun penat ianya membuat kan aku merasakan bermotivasi dan hebat! manakan tidak.. aku bekerja sepenuh masa.. aku belajar separuh masa dan berniaga separuh masa.. di iringi tugas rutin sebagai isteri dan ibu!

so.. aku harap korang doakan kejayaan aku dalam hasrat untuk mendapat gelaran doktor norlida dan mendaki puncak jaya dalam bisnes SHAKLEE tentunya.. amin...

No comments:

Post a Comment